iCe CrEaM «3«

58 11 0
                                    

"Woii hawau!!" Aera menepuk belakangku

"Yelah aku je yang hawau. Hawau hawau nilah yang kau cari masa susah"

"Alah Yeri!! Aku gurau je janganlah terasa. Why so serious?" mukanya dibuat-buat sedih

"Bodoh ke?" aku memandangnya dengan muka bosan

"Yang bodoh nilah kau cari bila bosan"

Kemudian kami berdua ketawa bersama. Nasib sahaja masa ini pelajar tidak ramai di dalam kelas

"Yeri! Semalam sanggup kau tinggalkan aku dekat depan pagar sekolah kan?! Kesian dekat aku!"

Aku mengimbau kejadian semalam. Oh memang aku ada tinggal Aera sebab nak makan ice cream semalam

Sebut pasal ice cream teringat pula dekat abang encem... Hish! Kenapa aku teringat dekat mamat tu pula

Lupakan lupakan lupakan

Perkataan itu aku baca berkali-kali seperti mentera

"Yeri kau ni kenapa? Kena sampuk ke? Kau makan ubat tak lagi pagi ni, gila semacam aku tengok"

"Aku hantar santau dekat kau. kenapa ada masalah?" ujarku

Bahuku menjadi sasaran si Aera

"Jahat tau. Nasib sayang" bahuku yang dipukul sebentar tadi digosok perlahan olehnya

Aku perhati betul-betul sahabatku yang berada di sebelah ini

"Eh Aera biasanya kau tak duduk dalam kelas pepagi cenggini. Bukan kau biasa meroyan dengan pelajar perempuan yang lain dekat loker hot students ke?"

Hairan juga tengok dia duduk dalam kelas. Biasanya tinggalkan aku

Aku tinggal pandai pula complain. Dia tinggal, aku senyap je siap support lagi adalah

"Aku pergi kejap lagi, awal lagi ni. Lagi satu kau kena ikut kalini. Tiada bantahan"

"Aku nak buat apa dekat sana? Tengok kau dengan yang lain menggila lepastu aku duduk macam tunggul kayu dekat situ. Memang taklah!" aku memprotes

"Tapi kau kan ada cakap yang kau nak ambil buku bio semalam"

Oh shit-

"Fine Aera fine. Kau menang. Kalau tidak disebabkan buku bio yang setebal kamus dewan tu aku takkan jejakkan kaki dekat loker pepagi cenggini"

Aera senyum kemenangan

"Jom kita pergi sekarang sahabat" ujarnya sambil tanganku ditarik

Dengan langkah yang berat aku mengikutinya

Sanggup kau buat aku macam ni buku bio! Huhuhu























_TO BE CONTINUE_

Halluu!! Aku hapdet lagiiii
Aku bosan tau dak, aku lagi bosan kalau korang tak vote buku aku. I'm hengry😣

Btw BORAHAE💜

[C] ICE CREAM || JEON JUNGKOOKWhere stories live. Discover now