Watak : Cerita Aku

6.1K 98 1
                                    

Ahmad Harris Naufal atau selesa dipanggil dengan nama Harris sahaja seorang jejaka yang berusia 20 tahun baru lepas menamatkan pengajian di peringkat STPM. Dan kini menyambung pendidikan pada peringkat Degree dalam bidang perniagaan. Seorang yang sangat murah dengan senyuman di bibir dan seorang yang berkulit kuning langsat, mempunyai paras rupa yang sedap mata memandang.Bagi orang disekeliling Harris, senyuman dia merupakan satu senyuman yang dipanggil Killer Smile  ini kerana lesung pipit membuatkan wajah Harris bertambah comel. Harris merupakan anak bongsu dan mempunyai seorang abang. 


Ahmad Safwan Naufal atau nama panggilan Safwan. Berumur 25 tahun dan seorang Akauntan di salah sebuah syarikat di kuala lumpur. Seorang yang suka mengacau adik bongsunya dan seorang yang sangat tegas bila melakukan tugas. Seorang yang mempunyai paras rupa yang manis dan sentiasa membuatkan orang disekiling berasa tenang berada dekat dengannya. 


Puan Maria ibu kepada Harris dan Safwan, Seorang yang sangat lemah lembut. Suri rumah sepenuh masa, pandai memasak dan juga sentiasa menjaga kebajikan keluarga. Seorang yang suka kepada kucing dan suka berkebun. Seorang yang sangat tegas dalam mempertahankan pendirian dalam membuat  keputusan. 


Encik Ahmad baba kepada Harris dan Safwan, Seorang yang tampak garang tapi sebenarnya seorang ayah yang penyayang. sentiasa mengutamakan hal keluarga berbanding perkara lain. merupakan seorang pengusaha kebun kelapa sawit dan ladang getah.


Muhammad Akil Afiq, Seorang pelajar tahun kedua dalam bidang Pendidkan Jasmani berumur 21 tahun, rakan bilik Harris. Seorang yang susah untuk senyum dan sangat tegas dalam semua aspek. Senior yang terkenal dengan sikap memaki hamun pelajar yang lain. Seorang jejaka yang tinggi dan berkulit putih. Seorang yang tidak suka berkongsi hak milik dengan orang lain dan tidak suka disamakan dengan orang lain. Sentiasa digilai oleh para pelajar perempuan dan mahupun lelaki. 


Muhammad Luqman, Seorang yang tinggi dan berkulit putih mulus, wajah seperti darah campuran arab. Seorang anak kepada pengusaha syarikat kewangan di Kuala Lumpur. Seorang yang bijak dalam akademik. Seorang yang pedengar yang baik. Setia dan tidak suka orang mengambil kesempatan kepada dirinya. Merupakan salah seorang CourseMate Harris.

Aku Cinta Pada Dia!Where stories live. Discover now