Part 31

2.2K 64 16
                                    

Part Sebelum Ini:

Hari yang membahagiakan bagi Afiq telah tiba. Akhirnya mereka kini menjadi pasangan kekasih. Malam itu Harris tidur dalam pelukkan Afiq yang penuh kehangatan. 

...............................

FINAL PART!

Hari yang indah ini digunakan sebaik mungkin. Harris dan Afiq yang berdua dirumah akan banyak habis masa bersama di dalam bilik. Sementara menunggu hari khamis yang bakal menjauhkan pasangan ini mereka memanfaatkan masa yang ada untuk bersama. Di pagi hari sebelum Safwan pergi kerja Harris dan Afiq akan menyediakan sarapan untuk Safwan. Apabila ketiadaan Safwan inilah masa mereka untuk beradu asmara bersama. 

Selama empat hari ini Afiq dan Harris mengisi masa mereka dengan memenuhi aktiviti dengan memuaskan nafsu mereka. Afiq menggunakan saat ini untuk merasai tubuh yang selama ini diidamkan. Harris yang baru dalam dunia ini banyak pengalaman yang diajar oleh Afiq dari seorang yang biasa - biasa dalam memberi layanan kini boleh dikatakan seorang yang pandai dalam melayan pasangan. 

Sepanjang masa berbaki itu juga Amir tidak menghubungi Harris. Dia sayangkan persahabatan dengan Afiq. Namun jauh dilubuk hati dia masih meletakkan harapan yang Harris bakal jadi miliknya. Amir mengambil keputusan untuk tidak menganggu hubungan Harris dan Afiq kerana baginya kalau betul jodoh tidak akan kemana. Walaupun bukan dia yang pertama merasai tubuh Harris tetapi Amir akan setia menanti. 

Kini hari yang ditunggu sudah tiba pada pagi jumaat yang sayu itu Harris menghantar Afiq ke stesten bas. Harris yang sepatutnya ditemani oleh Safwan terpaksa menaiki Grab kerana Safwan perlu melunaskan kerja sebelum bercuti. Di dalam Grab Harris menghabiskan masa dengan memeluk erat lengan Afiq. Driver yang emmandu kereta yang nampak hanya mendiamkan diri sahaja. 

'Terima kasih ye.' - kata Afiq kepada driver Grab itu. 

'Sayang janganlah sedih.. kan Fiq janji nanti kita jumpa kat Melaka.. cuma bagi masa untuk Fiq luang masa dengan keluarga Fiq.. Fiq janji Fiq akan call hari - hari sampai sayang bosan.' - kata Fiq memujuk Harris yang sudah memberikan muka merajuk seperti bayi. 

'Fiq nanti jaga diri kat sana tau.. Harris takda dekat sana.. tapi Harris sentiasa ada dalam ni.' - kata Harris sambil menunjuk jantung Afiq. 

'Alaa sweetnya sayang.. ye Fiq janji Fiq akan jaga diri.. btw nanti dah sampai rumah Abang Wan text.. and sayanggg.. Fiq nak ucapkan terima kasih sangat - sangat sebab sudi terima Fiq.. Fiq rasa bila hari sayang terima Fiq, Fiq lah insan paling bahagia. And Fiq nak cakap yang selama beberapa hari ni Fiq sangat bahagia.. Fiq kalau boleh taknak hari jumaat ni muncul pon.. Fiq nak sentiasa dekat dengan sayang.' - kata Fiq sambil memeluk Harris tanpa mengendahkan orang yang berada dikawasan itu. 

'Fiq.. Harris malu lah orang tengokkk.. Harris pon nak terima kasih dekat Fiq sebab sudi layan kerenah Harris.. sudi terima Harris walaupun Harris selalu sakitkan hati Fiq.. Terima kasih Fiq.' - balas Harris kepada Afiq yang masih dalam pelukkan. 

Harris menghantar Afiq ke platform yang telah ditetapkan. Harris melihat Afiq yang sedang turun ke tingkat bawah dengan hati yang sebak. Sejujurnya Harris belum sediakan untuk berjauhan dengan Afiq. Tanpa sedar airmata Harris gugur membasahi pipi. 

'Sayangg please jangan lah nangis.. Fiq tak boleh tenang macam ni.. pleasee' - kata Harris yang melefon Harris sambil melihat kekasih hatinya itu. 

'Yeee sorry.. Harris tak mampu tahan.. no worries i be okay.. Take Care  B..' - balas Harris. 

' I will Sayangg... anything just text B okay.. i will be asap..' - jawab Afiq sambil mematikan telefon dan senyum kepada Harris. 

Setelah bayangan Afiq sudah tidak nampak Harris mengambil keputusan untuk meninggalkan stesten bas tersebut dan order Grab untuk menuju pulang ke rumah. Di dalam perjalanan Harris terima text dari Afiq menyatakan dia sudah menaiki bas dan bas telah bergerak. Selepas 20 minit menaiki Grab Harris tiba di rumah. Harris berjalan terus menuju ke bilik untuk berkemas kerana esok pagi dia akan balik ke Melaka. Sedang Harris leka berkemas satu panggilan masuk di daripada Afiq. Afiq meminta untuk Harris menemankannya kerana terlalu bosan sehingga tidak tahu untuk membuat apa - apa. Harris hanya menurut dan berbual bersama.

Aku Cinta Pada Dia!Where stories live. Discover now