Part 21 : ABC

1.8K 54 17
                                    

Part Sebelum Ini :

'Aduh takkan nak suruh Abang Wan pick up aku.. Lagipun dia macam busy lately ni.. Takkan nak duduk dengan Fiq selama study week ni. Tapi dari aku masuk tadi dia tak tegur pon.. Hmm, bagus la takda aku rasa janggal sangat.. Takpa seminggu je Harris kau boleh tempoh semua ni..' - getus Harris dalam hatinya. chat maaf dari Luqman menbanjiri chat mereka. Harris hanya balas okay sebagai tanda dia okay. 

.............

Masa berlalu dengan pantas.Hari ini merupakan hari jumaat dan bermakna lagi 2 hari Harris boleh berjumpa dengan Luqman. Sejak kebelakangan ini Harris mengambil keputusan untuk tidak mengganggu Luqman kerana beri ruang untuk dirinya dan Luqman untuk study. Harris bertambah pelik dengan perubahan sikap Afiq yang tidak bertegur atau bercakap langsung dengan nya selama berada dalam bilik mereka. Selalunya Amir yang akan datang ke bilik dan bersembang bersama dengan Harris berbanding dengan Afiq. Kalau ikutkan kata Amir, Afiq memang akan lebih dia dan fokus pada study bila tiba minggu peperiksaan. Selepas menunaikan solat jumaat. 

Flashback Harris:

'Aik Abang Wan tak kerja ke hari ni'? - tanya Harris yang hairan dengan abangnya kerana mengajak untuk solat jumaat bersama. 

'Tak.. Abang Wan ambil cuti.. semalam penat sangat sampai pagi ni lewat bangun.' - Kata Safwan yang mengingat peristiwa yang tidak pernah terfikir dalam hidupnya akan jadi. 

'Ohh.. Abang Daus pon tak kerja juga ke?' - tanya Firdaus yang hairan melihat Firdaus ada bersama dengan Safwan di dalam kereta. 

'Tak Harris. Abang Daus cuti.. sbab last weekend kena kerja.. so minggu ni Abang Daus minta cuti.' - kata Firdaus yang seperti tidak senang duduk di dalam kereta. 

Perancangan awalnya mereka bercadang untuk pergi keluar makan bersama sama selepas menunaikan solat jumaat. Namun semuanya hancur apabila tetiba Abang Wan terpaksa masuk kerja sebab ada hal urgent. 

End Flashback Harris.

Harris telah dibekalkan oleh Safwan dengan bekalan makan tengahari hari. Harris mula berasa hairan kenapa Firdaus ada sekali?.  Banyak perkara yang pelik berlaku sejak kebelakang ini antara Safwan dan Firdaus.

Lamunan Harris terhenti apabila mendengar satu hempasan pintu yang kuat oleh Afiq yang baru balik dan terus menghempaskan dirinya di katil. 

'Aik nak kasi pecah ke pintu ni.. kenapa tetiba macam moody je aku tengok dia ni.. gaduh dengan Naim la tu..' - Harris berteka teki sambil meletakkan nasi bungkus yang dibelikan itu dalam pingan untuk dimakan. 

'Hmm.. nak tengok cerita apa ye.. Cerita flipped ni dah bosan tengok.. Harry Potter pon sama juga. Layan korea la pula...' - mengomen Harris sambil memilih cerita Miracle in Cell No.7. 

Sedang Harris khusyuk menonton cerita itu tanpa menyedar yang Afiq berada dibelakangnya itu. Tetiba Harris terasa lengannya dikuis oleh seseorang. 

'Harris..' - panggil Afiq buat percubaan yang pertama. 

'Harris..' - panggilan kedua.. 

'Harrissss' - panggilan ketiga oleh Afiq kali ini disertakan dengan sentuhan di lengan Harris. 

'Awak panggil ke.' - tanya Harris kepada Afiq yang berada dibelakangnya itu. 

'Ye... Fiq panggil..' - kata Afiq yang seperti orang meminta kasih sayang. 

'Haa.. nak apa.. ada yang boleh saya bantu ke ?' - tanya Harris meminta kepastian kepada Afiq. 

'Macam ni.. Fiq lapar laa.. tengok Harris makan buat Fiq bertambah lapar.. boleh tak nak sikit nasi tu.' - kata Afiq yang tidak menjamah sebutir nasi dari pagi tadi. 

Aku Cinta Pada Dia!Where stories live. Discover now