....Cinta kepada Allah, Cinta Ilahi
Kerana Allah itu kekal. Allah tidak akan hilang. Allah ada selama-lamanya. Jika kita mencintai Allah, maka tiada yang akan merampas Allah daripada kita. Kita tidak akan berebut cinta Allah dengan sesiapapun. Cinta Allah cukup untuk semua. Bahkan kita mengharapkan semua orang dapat mencintai Allah bersama-sama dengan kita.Tidak pernah kita menjumpai kes yang ada seseorang itu bergaduh,
"Aku lagi Allah cintai daripada kau!"
"Aku lagi layak mendapat cinta Allah, aku selalu bangun qiamullail!"
"Aku lagi layak, aku selalu baca Al-Quran!"Pelik kalau ada. Yang akan terjadi adalah, apabila melihat ada orang yang semakin dekat dengan Allah, kita jadi cemburu. Lantas kita semakin mendekat kepada Allah. Kita jadi lebih banyak beribadah. Kita jadi lebih banyak menangis.
Hasilnya setiap ibadah yang dilakukan sangat-sangat membahagiakan. Hati terasa hidup dengan merasakan kebersamaan Allah. Sungguh, Allah itu dekat. Dia sentiasa ada tika kita memerlukan-Nya. Bahkan Allah sentiasa mengingati kita. Mudah. Firman Allah:
"Karena itu, ingatlah kamu kepada-Ku niscaya Aku ingat (pula) kepadamu."
[Q.S. Al-Baqarah, 2:152]Allah sentiasa ada apabila kita mengingatinya. Bukan macam kekasih dunia yang fana, kita sibuk-sibuk ingat dia, entah-entah dia tengah sibuk buat kerja lain atau lebih teruk, dia main kayu tiga! Na.. tercyiduk kamu.
YOU ARE READING
Cinta Itu
AdventureSelama hampir 6 bulan ini aku tertanya-tanya, "Mengapa hati aku betul-betul tak keruan?" Ada sahaja yang tidak selesai. Ada sahaja yang tidak kena. Setelah diselesaikan, muncul masalah baru. Itu tandanya punca masalah tidak diselesaikan. Mengapa.....