Soalan yang sebenarnya tidak perlu dipertanyakan. Sebenarnya secara fitrah kita sangat-sangat menginginkan Allah. Sangat-sangat mengharapkan bantuan Allah.
Bayangkan saat-saat kita menghadapi ujian yang sangat sukar. Terasa bagaikan tiada jalan keluar. Terasa kita amat lemah dan tidak bermaya. Rumah dirompak misalnya. Habis segala harta yang diusahakan. Segala apa yang ada semuanya hilang. Bisnes bankrup. Study sungguh-sungguh, tiba-tiba masa nak exam kemalangan. Terasa bagai segala kekuatan kita ranap sama sekali.
Siapa yang mampu membantu kita?
Siapa yang sudi mendengar rintihan kita?
Siapa yang benar-benar ingin membantu kita ?
Siapa lagi kalau bukan Allah?
Banyakkan mengingati kebesaran Allah . Banyakkan mengadu suka duka kita pada Allah. Kerana sesungguhnya akhirat bersama Allah adalah kampung halaman kita dunia ni tempat persinggahan sahaja..
YOU ARE READING
Cinta Itu
AdventureSelama hampir 6 bulan ini aku tertanya-tanya, "Mengapa hati aku betul-betul tak keruan?" Ada sahaja yang tidak selesai. Ada sahaja yang tidak kena. Setelah diselesaikan, muncul masalah baru. Itu tandanya punca masalah tidak diselesaikan. Mengapa.....