Bab 1

526 25 23
                                    

Aku masuk kelas dengan langkah yg penuh diva. Hello, siapa yang tak kenal aku? Ketua kepada kumpulan paling diva dekat sekolah ni ya.

Okay, nama aku Tengku Arabella Qristina binti Tengku Qhairy. Aku belajar dekat Alexandra Highschool. Well, tiada apa yang menarik pun pasal sekolah ni. For me , sekolah ni sama je macam sekolah-sekolah yang lain.

Aku memandang skirt aku yang sengaja disingkatkan. Kalau ikut peraturan sekolah, skirt paras betis. Paling singkat, bawah lutut tapi aku kisah apa heh.

" uyyo cantik kaki! Nak tunjuk dekat siapa?! " kedengaran suara nakal Fakhri.

Aku mengangkat jari tengah khas untuk playboy macam dia. Fakhri tersengih. Aku pergi tempat aku dan letak beg . Sempat aku tampar bahu Ferd yang kusyuk dengar lagu.

Amboi kau awek cun lalu ni kau buat ilek je aku tampar kang. Eh memang aku dah tampar dia halah halah.

" Ferd. Morning "

Ferd hanya mengangguk tanpa memandang muka aku. Sabar u sabar.

Aku pergi ke tempat Farish iaitu kekasih hati.  Farish tarik aku ke meja guru lalu menolak aku perlahan. Aku terduduk di meja guru.

" aduh pagi-pagi dah kena melayan drama pasangan tak berapa sejoli ni- Adoi sakitlahh! " bebelan Ahmad Ketum terhenti apabila Zack membaling tin milo dekat dia. Ahmad Ketum marah lalu dia berdiri depan meja Zack.

" kau pahal nak baling tin dekat aku?! "

" sorry doh aku ingat kau tong sampah AHAHAHA" jawab Zack lalu gelak macam kena sampuk setan. Satu kelas ikut tergelak even lawak Zack tu tak lawak sangat. Kita sapot kita sapot.

" kau.." Ahmad Ketum dah tarik kolar Zack. Zack angkat kening.

" spot check ! " jerit satu suara. Aku memandang pintu kelas. Ada 3 pengawas lelaki termasuk orang yang jerit spot check tu.

Apa abang aku buat dekat sini pagi-pagi ni hah?

Tengku Izz Haiqal. Seorang yang annoying nak mampos and.. Nantila aku cerita. Semak siot nak cerita pasal dia. Story ni pasal aku bukan pasal dia okay!

Izz tengok aku geram. Mesti dia nampak aku dengan Farish dekat-dekat. Ugh, aku harap dia tak mengadu dekat parents aku. Chill la. Bukan aku kiss Farish ke apa pun.

It's not like dia babysitter aku ke apa kan. Sibuk je dia ni.

Aku turun dari meja guru dan pergi ke tempat aku. Sempat aku langgar bahu Izz. Padan muka. Izz menjeling aku. Aku buat-buat tak nampak.

" kitaorang dapat laporan ada berlaku kecurian dekat 4 Crystal. So kitaorang nak buat spotcheck dekat kelas ni. Sila beri kerjasama!" Kelas mula bising.

Aku buat muka, form 4 pun still mencuri ke?

" Eh, Bella. Meh aku check kau " kata Meon yang memang terkenal dengan perangai miang dia tu. Aku dah bengang dah, ada yang aku tampar ni. Tiba-tiba Izz mencelah.

" Meon aku check line ni. Kau check line depan  " kata Izz. Hah nasib baik, takut ada yang mati dengan aku je.

" sayang aku ke? " tanya aku penuh menganjing lalu mencuit hidung Izz. Izz buat muka. Benda budak ni cuit-cuit. Pikir aku ni Farish kesayangan dia ke?

➷ Kau Yang Satu [HIATUS] Where stories live. Discover now