SORRY! Cause lama xupdate story ni😅 i'm really sorry sebab mod malas tiber on pastu dengan line ciput pula😂*******************************
Tersedar saja Haura dari lena dia terus bergegas masuk ke dalam biliknya manakala dibiarkan sahaja Daniel yang masih tidur dibiliknya. Segan pula nak kejutkan lelaki itu.
Usai mandi dia menyeterika baju dan seluar termasuk dengan shawl sekali. Selepas solat subuh dia berguling-guling atas katil sementara menunggu jam angka 7.30. Masih awal lagi untuk bersiap kerana mereka akan breakfast pukul 8 dan dia bertolak ke ofis jam 8.30 pagi.
Tepat jam lapan dia sudah siap berpakaian kerja dengan lengkap. Beg baju kotor diambil termasuk handbag yang terletak diatas katil dibawa untuk bersiap turun kebawah. Suis aircond dan lampu ditutup sebelum keluar bilik, setelah berpuas hati dengan kerjanya dia terus memulas tombol pintu untuk turun kebawah. Semasa turun dia tidak terserempak dengan Daniel kerana dia menyangka Daniel masih bersiap lagi didalam bilik.
Sempat lah dia mengucapkan selamat pagi pada lelaki itu walaupun masih dalam keadaan segan dengan kejadian semalam.
Keluar sahaja dari kotak lif dia terus menuju kedapur untuk membantu Puan Sima menyediakan sarapan. Kelibat Uncle Yusof dan Daniel sudah berada di meja makan, terasa menyesal lah pulak turun lambat. Apa pulak kata Daniel bila dia lambat mengalahkan tuan rumah.
"Haa mari lah Haura duduk, makan sekali. Jam dah masuk pukul lapan kang jammed pulak nanti jalan nak ke office." Jemput En yusof.
"Terima kasih uncle. Sorry lah Haura terlama sikit kat atas tadi." Ujar Haura sambil menggaru kepala yang tidak gatal.
Dia melabuhkan punggungnya diatas kerusi berhadapan dengan Daniel. Muka Daniel dihadapannya langsung tak dipandang kerana segan dengan hal semalam. Pasal kejadian tu terus dia lupakan seperti dia tidak mengenali Daniel bimbang pecah pulak rahsianya. Dia dah nekad untuk membantu lelaki itu malah dirahsiakan terus rancangan nya dan sempat berkomplot untuk tidak memberitahu lelaki itu.
Selesai breakfast dia terus bersalam dengan Puan sima dan meminta diri untuk berangkat kepejabat terlebih dahulu. Dia ketua bahagian menguruskan minit mesyuarat sebentar lagi. Taknak merosakkan majlis perlantikan CEO so dia hanya makan pagi ala kadar saja. Kasut disarung dengan tergesa-gesa manakala mata sibuk pandang kedalam beg sambil tangan kanannya sibuk mengagau kunci kereta axia miliknya.
Pin pin. bunyi lock kereta axia sudah dibuka. Enjin distart dengan kelam kabut kemudian dia terus menarik gear sebelum menekan D untuk mengundur kereta keluar dari perkarangan banglo milik En Yusof dan Puan sima menuju ke pejabat bimbang jalan jammed.
Ting.
Tingkat 20 tinggi keseluruhan syarikat dan kini dia sedang berjalan laju menuju ke meja nya. Ipad dan buku nota dibawa dalam pegangan sambil dia berjalan menuju kearah bilik utama untuk mengumumkan kepada semua pekerja supaya bersiap sedia untuk berkumpul di dewan mesyuarat.
Tepat jam pukul 9 semua pekerja sudah bersedia didalam bilik meeting. Dia sebagai Personal Assistant akan mengumumkan ketibaan En Yusof bersama En Daniel yang sudah menunggu di luar pintu. Sebaik sahaja dia menjemput kedua-dua ketua penting syarikat itu, suasana bilik itu semakin gamat dengan tepukan dari para pekerja.
Usai majlis perlantikan bos baru, En Yusof terus meminta diri kepada semua pekerja dan diikuti oleh En Daniel serta Haura dari belakang. Mereka semua bersurai selepas sahaja berkenalan dengan Bos baru. Mereka yang perempuan single ii sudah mula menyimpan angan untuk menjadi scandal en bos manakala yang lelaki pula kagum kerana mereka mempunyai seorang ketua yang berjaya seawal umur 20an.
YOU ARE READING
Seduce Signor Perfetto! C
RomanceHAURA berkerja di sebuah syarikat D.H. Holdings sebagai PA kepada En.Yusof. Sudah 2tahun dia berkhidmat sebagai personal assistant kepada En. Yusof, tetapi dia tertanya-tanya juga siapakah CEO syarikat D.H. Holdings. Adakah sudah berumur seperti...