ACT 4 - PENAWAR

50.1K 229 6
                                    

Pejam celik pejam celik telah seminggu masa berlalu. Ariana seperti biasa meneruskan tugasannya menyelesaikan kes lain.Ada sahaja kes baru masuk.

Kes pembunuhan Shu Qi Ying masih belum selesai. Masih belum ada tangkapan dapat dibuat kepada penjenayah sebenar yang membunuh di kelab malam BLUEBIRD itu masih bebas.

Semua suspek yang direman telah dibebaskan kerana tiada bukti kukuh untuk mereka menahan.

Hanya kes-kes kecil lain dapat diselesaikan Ariana dan Faizal. Ketuanya telah mendesak supaya kes ini cepat diselesaikan.Semuanya disebabkan tiada sebarang tangkapan dapat dibuat. Operasi kelab malam BLUEBIRD sudah berjalan semula seperti biasa.

ʻʻBagaimana ni Puan? Tak tahan saya kena marah dengan Tuan hari-hari ..Sakit telinga dengar ʼʼ ujar Faizal meluahkan perasaan.

Semenjak kes pembunuhan itu, pasukan Ariana seperti menemui jalan buntu mencari petunjuk. Oleh itu ketua mereka mula memberi peringatan agar kes seperti ini segera diselesaikan supaya orang ramai tidak meragui kewibawaan pihak polis dalam menbenteras jenayah.

ʻʻSaya rasa kalau kita selesaikan kes pembunuhan ni, kita akan selesaikan dua kes serentak. Kes ini kes berangkaiʼʼ ujar Ariana penuh yakin pada Faizal.

ʻʻTapi kita dah takda senarai suspek lagi, semua pengunjung kelab yang di soal siasat tiada alibi dengan mangsa.Ah Meng pula langsung tidak ada dalam kelab itu.Kalau tak mudah kerja kita sekarang ʼʼ ujar Faizal telah buntu dengan kes siasatan ni.

ʻʻHendak dikatakan mangsa bunuh diri tidak mungkin kerana kesan suntikan tidak menunjukkan demikian. Mungkin mangsa dipaksa,rasanya sekurang kurangnya dua orang suspek yang boleh melakukan hal ni ʼʼ Ariana bermonolog sendirian.

ʻʻYang pasti suspek mesti perempuan kerana ia berlaku di tandas perempuan kecuali ada yang menyamar jadi pondan..Hehe ʼʼ ujar Ariana sendirian sambil tersengih.

Faizal hanya memerhati perangai ketuanya itu suka bercakap seorang diri. Awal beliau masuk ke unit itu sewaktu mula bekerja dulu agak seram juga tapi lama kelamaan Faizal sudah biasa dan faham perangai ketuanya.

ʻʻAku musafir hinaʼʼ
ʻʻKini terluka di taman cintaʼʼ
ʻʻEngkau yang aku sayangʼʼ
ʻʻBunga laranganʼʼ
ʻʻSudah suratan takdir Tuhanʼʼ
ʻʻMekarmu sayang di jambangan orangʼʼ

Deringan telefon bimbit milik Ariana kedengaran lagi. Nada dering yang sama seperti sebelumnya.Ariana tidak terfikir menukar nada dering telefonnya lagi.

ʻʻYa Julia ada info terbaru ke?ʼʼ suara Ariana bercakap di talian. Tiba-tiba Ariana bangun bergerak jauh sedikit dari Faizal.Faizal kelihatan termangu melihat gelagat Ariana.

Ariana bergerak ke satu sudat untuk bercakap dengan Julia.

ʻʻBoleh saya jumpa Puan di Hotel Emerald malam ini ?ʼʼ pinta Julia di hujung talian.

ʻʻKenapa? Ada apa di sana?ʼʼ soal Ariana hairan dengan permintaan Julia.

ʻʻSaya ada benda penting hendak tunjukkan dekat Puan... tapi Puan jangan bawak Faizal ye.... datang seorang jeʼʼ Julia membalas pertanyaan Ariana.

ʻʻOk baiklah...ʼʼ Ariana akur sambil menjeling Faizal didepannya. Ariana mematikan perbualan.Seketika kemudian ada bunyi pesanan mesej masuk ke telefonnya,

ʻʻPukul 10 malam di hotel Emerald bilik 101ʼʼ mesej tertera telefon Ariana.

Segera Ariana padamkan agar Faizal atau suaminya tidak dapat membacanya. Kedengarannya seperti maklumat yang sangat sulit untuk di war-war pada orang lain ketika ini.

GERAK KHAS 2019Where stories live. Discover now