Bab 1

5.7K 34 0
                                    

Bella suka melihat perempuan yang bersolek dan kelihatan sungguh menarik tetapi perasaan itu hanyalah suka semata-mata, tidak lebih daripada itu. Di sekolahnya dia sering mendapat keputusan yang cemerlang sehingga dianugerahkan menjadi Ketua Pengawas dan pelajar contoh kerana mampu melaksana semua tugasan yang diberi oleh guru. Bella sungguh gembira kerana dirinya dihargai oleh rakan-rakan dan gurunya di sekolah.

Tetapi lain pula keberadaannya dirumah. Ayah Bella yang bernama Azlan sering memarahinya tanpa sebab. Ibunya yang bernama Tia pula tidak berani menentang suaminya kerana takut akan dimaki hamun dan ditampar. Hakikatnya Azlan seorang penagih dadah dan kaki arak. Setiap malam Azlan akan pulang lewat iaitu sekitar 1 atau 2 pagi. Bella tidak dapat tidur dengan nyenyak kerana ayahnya pasti akan memecahkan pinggan atau gelas. Ayahnya juga sentiasa memegang sebotol air arak sehingga baunya menusuk hidung. Setiap hari Bella akan mendengar tangisan ibu dalam doa supaya suaminya kembali berubah seperti sedia kala.

Dahulu, Azlan seorang lelaki yang sangat mengambil berat soal keluarga. Dia dapat melaksanakan semua tanggungjawab kepada isteri dan anak-anaknya. Tetapi segalanya berubah selepas kematian adik Bella yang bernama Rina. Rina ialah anak kesayangan Azlan. Dia tidak dapat menerima kenyataan bahawa Rina telah meninggal dunia akibat kemalangan langgar lari yang menimpa sewaktu pulang dari sekolah. Kini, Azlan sudah tidak bekerja lagi akibat dibuang oleh majikan kerana tidak memberi sepenuh perhatian di tempat kerja. Tia, sahaja yang mencari nafkah untuk mereka sekeluarga.

Hari demi hari usianya kian meningkat. Kini Bella sudah  mencecah umur 18 tahun. Dia juga memiliki keputusan SPM yang cemerlang dengan mendapat straight A. Tia sungguh bangga terhadap usaha dan kerajinan yang selama ini anaknya hasilkan. Bella melihat raut wajah ayahnya seperti tiada apa-apa. Dia sungguh kecewa ke atas sikap dan perlakuan ayahnya itu. Sementara menunggu tawaran daripada Universiti atau matriks, Bella mahu bekerja berdekatan dengan rumah. Tetapi ibunya tidak membenarkan kerana menyuruh Bella agar menjaga rumah dan ayahnya juga.

Setiap 7 pagi, Tia bergegas untuk pergi ke tempat kerja. Dia telah menyiapkan sarapan pagi untuk Bella dan Azlan. Ketika Tia berada di dalam kereta, Bella terus bersalaman dengan ibunya dan melambai sehingga kereta hilang daripada mata pandangan. Setelah masuk ke dalam rumah, Bella memanggil ayahnya Azlan untuk bersarapan sekali. Azlan terus keluar daripada bilik untuk makan bersama. Setelah selesai, Bella membasuh pinggan magkuk lalu masuk ke dalam bilik. Dia tahu, sekiranya dia berada di ruang tamu pasti ada saja ketidakpuasan hati ayahnya Azlan terhadap diri dia sendiri.

Sedang Bella berada di dalam bilik khusyuk melayari Facebook, Instagram dan Twitter. Tiba-tiba, Azlan mengetuk pintu bilik anaknya Bella. Ketukan itu kuat dan berulang kali seakan-akan Azlan memarahi Bella. Bella berasa takut untuk membukanya tetapi terpaksa akur. Dia terus bangun daripada katil dan membuka pintu biliknya dengan perlahan. Selepas pintu dibuka, Azlan terus menarik tangan Bella dengan kuat sehingga Bella terduduk di atas katil. Azlan memaksa Bella baring tetapi dia enggan. Sedang Bella berusaha untuk melarikan diri, tiba-tiba Azlan menampar pipi Bella dengan kuat. Lantas, Bella menangis dan menjerit kesakitan. Azlan mengoyakkan baju anaknya sendiri dan terus merogolnya. Pada waktu itu, perasaan Bella bercampur-baur. Dia berasa sedih dan tidak sangka ayah kandung sanggup membuat perkara yang sedemikian terhadapnya.

Aku Seorang LesbianWhere stories live. Discover now