Bella duduk di tepi katil sambil menangis teresak-esak mengenangkan nasib malang yang menimpa. Ayahnya Azlan pula sedang memakai baju lalu keluar dari bilik dengan sebuah senyuman. "Laki tu tak sepatutnya aku panggil ayah sebab perangai dia macam binatang." Bella berkata-kata di dalam hatinya. Dia merasakan dirinya hina dan tidak suci akibat perbuatan seorang lelaki yang tidak berperikemanusiaan.
Sewaktu di pejabat, ibunya Tia berasa tidak sedap hati. Tiba-tiba perasaan resah dan tidak keruan menyebulungi dirinya. "Mai, aku rasa macam tak sedap hatilah. Aku rasa macam nak balik. Aku takut kalau suami aku apa-apakan Bella." Kata Tia kepada rakan sekerjanya yang bernama Mai. "Kenapa pulak macam tu? Azlan kan suami kau and ayah Bella jugak. Takkan dia nak buat macam tu?". Mai cuba menafikan perasaan sangka buruk Tia terhadap Azlan. "Entahlah. Tapi memang betul aku tak sedap hati. Tak pelah, aku doa je agar Allah tu melindungi anak aku."Sambung Tia lagi.
Masa berlalu dengan pantas. Jam tangan Tia menunjukkan pukul 5 petang. Tanpa berlengah masa, Tia segera mengemas barangnya di atas meja lalu keluar dari pejabat tempatnya bekerja. Semasa memandu, entah kenapa perasaan Tia tiba-tiba berdebar. Dia sangat khuatir terhadap anak tunggalnya sekira berlaku apa-apa. Selepas 20 minit memandu, Tia akhirnya sampai ke rumah selepas merempuhi kesesakan lalu lintas.Manakan tidak, ianya berpunca akibat kemalangan jalan raya ditambah pula orang awam balik dari tempat kerja masing-masing.
Sebaik sahaja Tia turun dari kereta dan membuka tombol pintu rumahnya, tiba-tiba dia terdengar suara tangisan dari bilik anaknya. Dia bergegas ke bilik tersebut kerana ingin mengetahui apa sebenarnya hal yang terjadi. Setelah sampai di bilik anak perempuannya, dia terkejut kerana melihat anaknya telah telanjang bulat. "Ya Allah, kenapa ni nak? Apa yang terjadi ni sebenarnya? Kenapa kau menangis? Cakap dengan ibu." Bertalu-talu Tia menanyakan soalan kepada anaknya tetapi Bella hanya mendiamkan diri tanpa berkata apa-apa. "Bella! Baik kau bagitau ibu apa yang terjadi ni?! Tia mula meninggikan suaranya kepada Bella. Tiba-tiba Bella mula bersuara tetapi dengan nada perlahan. "Ayah. Ayah rogol Bella tadi". Tia terkejut. Dia tidak sangka, suaminya sendiri tergamak melakukan hubungan yang terkutuk ini terhadap darah dangingnya sendiri.
Tia keluar dari bilik Bella lalu mencari di mana suaminya Azlan. Dia melihat Azlan sudah terbongkang tidur di atas sofa yang terletak dekat ruang tamu. "Lepas kau sentuh anak aku, kau bersenang-lenang pulak tidur. Kau ni lelaki tak guna!".Tia terus mencapai telefon pintarnya lalu segera menghubungi polis. Bella yang sudah berbaju sedang menunggu di pintu rumah bersama-sama dengan ibunya untuk menunggu kedatangan polis. 15 minit kemudian, kedengaran bunyi siren yang kian menghampiri rumah mereka. Serta-merta Azlan bangun daripada tidurnya. " Kenapa bunyi siren polis ni tiba-tiba? Ni mesti Bella report kat polis." Azlan berbisik di dalam hatinya dengan penuh yakin. Azlan menghampiri Bella lalu berkata "Kan aku dah cakap dengan kau jangan bagitau polis pasal benda ni! Kau ni memang bodoh!" Azlan memaki-hamun anaknya sendiri. "Kenapa kau rogol Bella? Dia ni baru nak hidup tapi kau dah rosakkan dia. Kau lagi teruk daripada setan! " Azlan tersentap dengan kata-kata Tia kerana selama ini Tia tidak pernah berkata kasar terhadapnya.
Azlan terus menjeling Tia dan Bella lalu keluar daripada rumah kerana ingin meloloskan diri tetapi sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Dia berjaya diberkas oleh pihak polis. Salah seorang anggota polis telah menggari tangan Azlan dan membawanya masuk ke dalam kereta untuk dihantar ke Balai Polis. Tia berjalan menghampiri Azlan lalu berkata. "Terima kasih Azlan sebab kau banyak menolong kami berdua. Kau bagi kami menumpang kat rumah ni. Kau bagi kami duit belanja dapur. Kau juga yang membesarkan Tia walaupun kau sendiri yang rogol dia. Terima kasih atas segala-galanya". Azlan hanya tunduk ke bawah tidak mampu berkata apa-apa. Lalu pihak polis membawanya terus ke Balai Polis diiringi dengan siren.
YOU ARE READING
Aku Seorang Lesbian
RomanceBella merupakan pelajar yang cemerlang di sekolahnya. Sehingga pada suatu hari dia telah dirogol oleh bapa kandung sendiri. Semenjak kejadian itu hidupnya telah berubah. Pelbagai masaalah yang telah berlaku sehingga dia menjumpai seorang wanita yang...