Bab 3

5.4K 50 15
                                    

5 tahun kemudian...

"Ummmm..sedapnya breakfast ni. Mesti ibu surprise sebab harini aku yang masak." Bella berbisik di dalam hati sambil menunggu ibunya untuk turun ke dapur. Tidak lama kemudian, kedengaran ibunya Tia berleter  kerana bilik anak daranya bersepah sehinggakan baju bertimbun-timbun tidak dilipatnya. "Kan ibu dah pesan, lepas bangun je terus kemas bilik tu. Bilik dah macam tempat longgokan sampah dah ibu tengok. Tak reti nak jaga kebersihan budak ni." Tia terus berleter dengan niat agar anaknya Bella tidak mengulangi kesilapan itu lagi.

Sebaik sahaja tiba di dapur, Tia terkejut kerana ini adalah kali pertama anaknya masak. "Wah.. Tak sangka anak ibu ni pandai masak rupanya. Ingatkan pemalas. Tapi tulah ibu pelik? Nape tiba-tiba masak ni? Mesti Bella nak sesuatu daripada ibu kan?" Bella mengerutkan dahinya kerana tiada sebarang niat pun untuk meminta apa-apa daripada ibunya. "Taklah ibu.. Bella tak nak mintak apa-apa pun. Bella tau, ibu mesti penat keje. Tulah yang Bella masak ni. Cuba ibu rasa nasi lemak yang Bella buat". Tia terus duduk di atas kerusi lalu menikmati makanan yang telah disediakan oleh Bella.

Ketika mereka sedang bersarapan terdetik hati Tia untuk bertanya kepada anaknya."Bella, ibu nak tanya ni. Bila kau nak dapat kerja? Takkanlah kau nak mengharapkan ibu je. Kau belajar tinggi-tinggi ada degree pulak tu tapi sampai sekarang tak dapat keje. Kau nak jadi macam bapak kau ke?" Bella terus berhenti makan kerana tersedak setelah mendengar soalan yang diajukan oleh ibunya. Tia sambung lagi "Bukannya ibu nak marah kau tapi kalaulah ibu ni dipendekkan umur macam mana? Siapa lagi nak bagi kau makan minum? Bella hanya mendiamkan diri sahaja tidak mampu berkata apa-apa.

Selang beberapa minit kemudian, tiba-tiba telefon kepunyaan Bella mula berdering. Bella terlihat tertera nama rakan karibnya Wina di skrin telefon. Bella terus mengangkat panggilan tersebut tanpa rasa ragu-ragu. "Hello Wina? Kenapa kau call aku waktu pagi-pagi ni?". Bella menanyakan soalan kepada Wina. Wina dengan serta-merta menjawab "Wei Bella! Kat tempat aku ni ada jawatan kosong. Kau nak tak? Sebab haritu kan kau tanya aku, kat tempat aku ada kerja kosong tak? Boss aku ni tengah cari orang."

Selepas mendengar berita tersebut, hati Bella terus bersorak kegembiraan. Manakan tidak, setiap hari dia pasti akan mencari di merata tempat untuk bekerja tetapi tiada satu pun jawatan kosong yang ditawarkan. "Ye ke Wina? Memang dah lama aku cari kerja kosong. Kau tau-tau jelah negara kita ni memang susah nak dapat kerja. So aku kena buat apa ni. Ada interview tak?" Bella bertanya kepada Wina. "Of courselah ada interview. Apa punya soalan lah kau ni. Anyway kalau kau dapat kerja ni kau akan jadi PA( Personal Assistant) tau. Minggu depan kau kena interview. Takpa nanti aku bagi detail pasal benda ni dalam WhatsApp kau. Aku kena pergi dulu ni sebab nak kerja. Bye". Wina terus meletakkan telefonnya kerana dia sedang sibuk bekerja.

Ibunya Tia yang sedang membasuh pinggan terus bertanya. "Siapa call tu?" Bella yang daripada tadi belum habis makan lantas menjawab "Wani tadi call. Dia bagitau yang tempat kerja dia ada jawatan kosong. Tapi kena interview dulu. Kalau Bella dapat kerja ni Bella akan jadi Personal Assistant (PA). So apa ibu rasa?" Tia dari tadi risau terhadap anaknya kerana tidak mempunyai pekerjaan kini sedikit sebanyak dapat melegakan hati apabila mendengar berita tersebut. "Baguslah tu Bella, kau interview je dulu. Tapi ibu harap kau memang betul-betullah dapat kerja. Ibu taknak tengok kau duduk je rumah ni. Tak ada duit nak buat belanja. Mengharapkan sepenuhnya kat ibu. Kau janganlah jadi macam ayah kau. Ayah engkau tu langsung tak kesian kat ibu". Ibunya Tia yang kelihatan sungguh sedih mula beredar daripada rumah untuk bekerja. Dia tidak mahu anaknya kelaparan walhal anaknya sudah besar panjang dan boleh sara hidup dengan sendiri. Pada hari itu, Bella hanya mendiamkan diri sahaja. Dia benar-benar terkilan dengan percakapan ibunya sehinggakan apabila mereka makan malam bersama, masing-masing hanya mendiamkan diri.

Selepas seminggu kemudian,

"Wina aku takutlah nak kena interview ni. Dahlah start interview  pukul 10 pagi. Lagi 45 minit je tinggal. Nervous tau rasanya. Harap aku tak tergagaplah waktu interview tu nanti."Bella mula berasa bimbang dan gementar kerana ini adalah kali pertama dia dikenakan temuduga. "Janganlah risau sangat. Chil chil je. Ni kau dah bawak resume belum? Sijil-sijil kau?" Wina menanyakan soalan demikian kerana dia benar-benar mengambil berat soal rakan karibnya. Dia berharap agar Bella dapat bekerja di tempatnya itu."Aku dah bawa dah. Anyway thanks tau sebab kau sanggup tumpangkan aku kereta kau ni. Susah payah kau ambil aku daripada rumah tadi". Bella mengucapkan terima kasih kepada Wina.

Masa yang ditunggu-tunggu sudah tiba. Bella yang dari tadi duduk di atas kerusi sedang menunggu namanya dipanggil. "Cik Bella Adriana. Sila masuk ke dalam bilik". Salah seorang pekerja daripada Syarikat Empire World Sdn. Bhd memangil namanya untuk ditemu duga. Bella yang sedang memegang failnya  menggagahkan diri  melangkah masuk ke dalam bilik tersebut. Setelah masuk, Bella  melihat seorang perempuan yang sungguh cantik dan ramping badannya sedang menunggu untuk menemu duga dirinya. Entah kenapa tiba-tiba Bella merasakan dirinya gementar saat memandang wanita tersebut buat kali pertama.

"Sila duduk Bella Adriana." Bella terus mengambil tempat duduknya dan mengucapkan terima kasih kerana itu adalah salah satu tips agar dirinya mudah diterima untuk bekerja.  "Sebelum saya interview awak, saya akan memperkenalkan diri saya. Nama saya Puan Amelia Madelyn. Saya Ketua Pengarah Eksekutif dalam syarikat ni. Kalau awak berjaya melepasi interview ni, awak akan diterima bekerja dan menjadi PA saya".  Bella dengan yakinnya menjawab. "Boleh Puan Amelia, saya sanggup buat apa saja asalkan saya layak diterima untuk bekerja dalam syarikat ni dan menjadi PA Puan Amelia".Tanpa berlengah masa lagi, Amelia terus menemu duga Bella.

Selepas 10 minit, berakhirlah sesi temuduga di antara mereka. Bella berasa lega kerana semuanya berjalan dengan lancar. Bella yakin pasti dia akan diterima bekerja di tempat tersebut. "Bella Adriana, saya akan bagi jawapannya pada hari esok. Kalau awak diterima saya suruh pekerja saya call awak". Bella hanya mengucapkan terima kasih lalu beredar daripada bilik tersebut. Pada malam itu, Bella tidak dapat tidur dengan lena. Dia asyik memikirkan adakah dia diberi peluang oleh tuhan  supaya dapat menyara ibunya dengan memiliki pekerjaan tersebut.

Keesokkan harinya sedang Bella menonton televisyen di ruang tamu, tiba-tiba telefonnya mula berdering. Bella menyangkakan bahawa Wina yang akan menelefon tetapi sangkaannya tidak benar sama sekali. Dia melihat nombor yang tidak diketahui sedang menelefon. Serta-merta Bella mengangkat panggilan tersebut kerana dia baru teringat sesi temuduganya bersama Puan Amelia semalam. "Hello. Ni Bella Adriana ke?" Kedengaran seorang lelaki sedang menanyakan soalan kepadanya. "Ya saya. Saya Bella Adriana. Siapa ni?" Walaupun Bella bertanya kepada lelaki tersebut tetapi dia yakin itu pasti salah seorang pekerja daripada Syarikat Empire World Sdn Bhd. "Cik diterima bekerja sebagai PA kepada Puan Amelia Madelyn. Jadinya bila cik nak start kerja?" Hati Bella bersorak kegembiraan kerana selama ini dia menganggur tidak mempunyai pekerjaan. Ibunya Tia pasti gembira selepas mendengar berita ini. Dia tidak sabar untuk memberitahu ibunya bahawa dia telah memperoleh pekerjaan. "Kalau macam tu saya akan mula start keje besok". Bella sungguh bersemangat untuk bekerja di syarikat tersebut. Bella yakin dia pasti akan menjadi seorang pekerja yang sangat komited dalam melaksanakan tugasan yang diberikan oleh bossnya. "Baiklah. Saya akan bagitau Puan Amelia yang cik akan mula start keje esok". Lelaki tersebut terus meletakkan telefon tersebut.

Hai gaisss!! Nnti aku sambung buat lagi...
Thanks sebab korang sudi nak membaca walaupun tak gempak mana...

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 09, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Aku Seorang LesbianWhere stories live. Discover now