just a short story :)
vote & comment anda
amat saya hargai.main characters
the boyz's lee jaehyun (hyunjae)
lee seolhwa as you/readersfriendly reminder :
this fanfic has too much uwu and cringe alert HAHAHA━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━
seolhwa's pov
Mata aku memandang kosong ke arah luar kawasan rumah melalui jendela. Cuaca kelihatan tidak terlalu cerah, tidak terlalu mendung. Kalau dapat keluar ni, mesti best! Namun, itu hanyalah sekadar angan-angan. Aku mencapai telefon pintar, membuka aplikasi Instagram untuk mencari update terkini.
‘ Jumlah kes positif Covid-19 semakin meningkat di Korea. ’
Dan, itulah dia. Punca utama aku terpaksa memerapkan diri di dalam rumah disebabkan perintah kawalan pergerakan yang diumumkan semalam. Aku menghela nafas, sambil menyandarkan badan dengan penuh kemalasan di atas sofa. Mata ditutup rapat, membayangkan betapa bosannya hidup aku selama 14 hari yang mendatang.
“ Seolhwa! ”
Hidung aku terasa dicuit, terus aku membuka mata. Wajah Hyunjae yang tersenyum manis menjadi tatapan aku. Dia melabuhkan punggung disebelah aku, lalu menarik aku dekat dengannya. Aku menjelingnya sekilas, mengalihkan pandangan ke tempat lain, “ Buat apa ganggu saya? Pergi buat kerja awak tu jauh-jauh. ”
Nada aku kedengaran merajuk. Ya, aku merajuk dengan lelaki ini. Dalam kepala dia hanya fikir fasal kerja, kerja dan kerja! Itu sahaja. Workaholic!
“ Awak marah saya ke? Mian. ” Seperti biasa, Hyunjae akan mengulangi perkataan maaf itu tanpa jemu. Dan, aku juga tak pernah jemu nak baginya peluang untuk perbaiki hubungan kami—
But, nah. Dia masih pentingkan kerja dia berbanding aku.
Baik dia kahwin je dengan kertas kerja dia tu, huh. Hyunjae mengemaskan lagi pelukannya pada aku, sangat erat sampaikan aku nak bergerak pun tak boleh. Dahi aku diciumnya sebelum bersuara, “ Mianhae, eoh? Saya janji 14 hari ni saya luangkan masa dengan awak je. I promise. ”
Aku memutarkan bebola mata, tidak percaya. Bukan bermaksud aku nak memperlekehkannya tapi, dah kerap kali dia berjanji perkara yang sama. Konon nak luang masa bersama, lastnya dia hadap laptop sampai pagi sebab urusan kerja.
━━━━━━━━━━━
published : 5th of April 2020.
YOU ARE READING
priority. hyunjae
Fanfiction⌈ complete ! ⌋ staying at home during lockdown days with your clingy husband that claimed you as his priority. ft. lee jaehyun. #O3. theboyz's malay fanfiction series © -sarahee :: 2020