seolhwa’s pov
Selepas makan, aku bergerak ke ruang tamu sambil membawa penyapu. Menjadi kebiasaan aku untuk mengemas rumah pada waktu pagi. Aku pembersih sebenarnya. Pantang betul bila tengok benda bersepah di sekeliling. Berhabuk sikit pun aku dah merungut.
“ Seolhwa, biar kali ni saya tolong kemas. Awak— ”
“ No, Hyunjae. Biar saya buat. Lagipun, saya dah biasa buat semua ni seorang diri. Tak perlukan bantuan awak pun. ” Sengaja aku tekankan perkataan seorang diri itu. Biar dia tahu betapa terlukanya hati aku selama ini disebabkan dia.
“ Seolhwa. ”
Hyunjae menahan tangan aku daripada terus melakukan kerja. Wajah dia muram, sedih kerana aku melarangnya untuk membantu sekali. Aku menghela nafas. Teruknya kau, Seolhwa. Suami nak tolong pun, kau tak bagi.
“ Aish, yelah. Awak— ” Wajah Hyunjae jadi ceria semula.
“ —tolong duduk diam-diam atas sofa. Saya nak sapu sampah ni. ” Hyunjae mencebik kembali. Dia menjuihkan bibir, sekali pandang macam itik. Aku nak gelak, tapi tahan je. Hyunjae mengalah, terpaksa mengikut arahan aku. Dia perhatikan saja tingkah laku aku. Selepas beberapa minit, Hyunjae menyoal lagi.
“ Seolhwa, bagi saya bantu awak— No, bagi saya buat kerja. Awak duduk rehat je. ”
“ Seolhwa, janganlah abaikan saya hiks. ”
“ Seolhwa, please. ”
Aku tahu Hyunjae jenis tak boleh duduk diam dekat satu tempat untuk masa yang lama. Kaki dia asyik nak merayap. Tidak kisah lah ke mana asalkan dia tidak duduk setempat tanpa berbuat apa-apa. Selepas beberapa minit, akhirnya aku siap menyapu.
“ Hyunjae. ”
Diam, tiada balasan. Aku menoleh ke arah Hyunjae yang sedang sibuk bermesej. Aish, tengok tu. Mesti hal kerja lagi. Tak habis-habis dengan handphone dia tu. Ni lah sebab aku malas sangat nak kisah fasal dia. Membatalkan niat aku untuk meminta bantuan Hyunjae, aku terus membawa penyapu naik ke tingkat atas. Kawasan yang perlu dibersihkan semula ialah mini library. Rasanya dah cukup berhabuk bilik ni sebabnya aku jarang masuk.
“ Uish, berhabuk! ”
Aku masuk ke dalam bilik itu, memandang segenap sudut yang dipenuhi dengan rak buku. Susanannya masih kemas, cuba berhabuk sikit. Aku pandang ke atas, kipas yang sudah lama tidak dipasang itu mula bersawang. Okay, kita start dengan kipas dulu!
“ Aduh, aku ni dahlah pendek. Mana sampai. ”
Terpaksa menggunakan kerusi, aku panjat naik ke atas dan mulakan kerja pembersihan dengan penyapu yang aku bawa dari bawah tadi. Dah guna kerusi pun aku masih lagi terkial-kial nak bersihkan kipas tu.
“ Seolhwa, kenapa tak panggil saya? Bahaya! Turun sekarang. Biar saya yang buat. ” Hyunjae datang tiba-tiba, hampir sahaja aku hilang keseimbangan kerana terkejut. Namun, sempat lelaki ini memegang lengan aku maka aku dapat berdiri semula. Aish, ni kalau jatuh ada patah pinggang aku. Orang lain pergi hospital sebab virus corona, aku pergi hospital sebab jatuh pfft.
“ Hyunjae! ”
“ Saya buat awak terkejut? Sorry, sayang. ”
Hyunjae tersengih, membantu aku turun dari kerusi. Penyapu yang berada di tangan aku dirampasnya, “ Jangan buat kerja macam ni seorang diri. Kalau jatuh nanti, siapa yang susah? Suami awak ni pun pandai mengemas macam ni juga even sibuk bekerja. ”
Sempat dia mencuit hidung aku sebelum menggantikan tempat aku untuk bersihkan kipas yang dah berhabuk itu. Aku berdecit, tunjuk muka cemberut. Aku ingatkan dia ni pandai buat sepah je. Yelah, kadang-kadang aku tengok dia biarkan je kertas-kertas kerjanya berterabur atas meja.
“ Aip, jangan buat muka masam macam tu. Saya bagi kiss nanti. ”
Berbahang wajah aku bila ditegur Hyunjae. Ya Tuhan, dia perhatikan aku ke dari tadi?
━━━━━━━━━━━
YOU ARE READING
priority. hyunjae
Fanfiction⌈ complete ! ⌋ staying at home during lockdown days with your clingy husband that claimed you as his priority. ft. lee jaehyun. #O3. theboyz's malay fanfiction series © -sarahee :: 2020