Kenapa saya?

31 1 0
                                    

Jin memandang pelajar-pelajar yg sedang bergelak tawa dan bergurau senda sambil menikmati makanan mereka.

Itulah perkara yg pelajar kolej selalu buat ketika waktu rehat.

Semuanya kelihatan gembira menikmati makanan mereka sambil bergelak tawa.

Manakala Jin pula-

Berada di bawah pondok seorang diri sambil makan makanan yg dibawa dari rumahnya,sandwish.

Kenapa dia berseorangan?

Sebab tiada siapa yang ingin berkawan dengannya.

Jin juga tidak kesah.Dia juga gemar berseorangan.Tiada yg akan menganggu dia.

Lagipun,inilah yg terbaik untuknya.Dia tidak mahu perkara yg lama berulang lagi.

Kejadian 10 tahun yang lepas-

*Trowback*

"Jin! Marilah bermain dengan kami!"kata seorang budak lelaki berumur 12 tahun,sama dengan Jin.

Jin berlari ke arah budak itu dengan membawa sebiji bola bersamanya.

"Oky!Jom main."

Kata Jin dengan teruja dan mula menendang bola itu ke arah kawan-kawannya.

Mereka bermain di padang itu dengan gembira.Selepas setengah jam kemudian,mereka berhenti dan berehat akibat kepenatan.Jin terduduk lesu,diikuti kawannya yang lain,akibat terlalu penat bermain bola.

"Fuhh!Letih betul!"kata salah seorang kawan Jin yang berambut perang itu sambil mengelap peluhnya yang mengalir di pipi.

"Jin,awak pergilah ambil air dari rumah awak dan bawa ke sini.Kami dahaga ni."kata salah seorang budak lelaki yang berbadan agak berisi.

Jin mengangkat keningnya."kenapa saya pula?"tanya Jin.

"Sebab rumah awak dekat lah.Bawa saja ke sini.Bukan susah pun."

Jin hanya mengikut kata-kata kawannya itu.Kalau tak ambil,merajuk pula nanti!

Jin mula bangun dan berlari ke rumahnya.Jarak rumahnya ke padang itu tidak jauh.

Setelah beberapa minit kemudian,Jin membawa sebotol air sejuk yang penuh keluar dari rumahnya.

"Hey,korang!Saya dah dapat air!"jerit Jin dengan riang.

Kawan Jin yang berbadan agak berisi itu ternampak Jin di rumahnya sambil melambai-lambai tangan ke arah mereka.Dia terus berlari ke arah Jin tanpa melihat ke kiri dan ke kanan semasa melintasi jalan tersebut.

Tanpa dia sedari,sebuah kereta laju menuju ke arah dia.Jin menyedari keadaan itu,terus berlari ke arah kawannya itu dan berdiri betul-betul dihadapan kereta yang sedang menuju ke arah mereka.

Kawannya itu menjerit terkejut manakala kereta itu membunyikan hon beberapa kali,apabila terlihat Jin dan kawannya sedang berada di laluannya.

Jin terus menggunakan kuasanya dengan cuba memberhentikan kereta tersebut.Dia cuba untuk membuat tayar kereta tersebut untuk tidak bergerak.Dia memejam mata dengan rapat.

Secara perlahan-lahan kereta itu mula berhenti.Kawan-kawannya yang berada di padang terkejut menyaksikan kejadian yang luar biasa itu.

Tidak ketinggalan pemandu itu juga.

Strange AcademyWhere stories live. Discover now