" Bangunan ni besar jugak,kan? Pelajarnya tak ramai mana pun. " kata Jhope sambil melihat sekeliling.
" Itulah. Maybe tak ramai orang yg mempunyai kuasa seperti kita. " kata Jin sambil tersenyum.
" Mungkin jugak. Ohh!! Awak tak beritahu pun apa kuasa awak. " kata Jhope sambil memuncungkan bibirnya.
Jin hanya tersenyum.
Jhope menolak bahu Jin dengan perlahan sambil tersenyum sinis.
" Beritahu lahh..kita kan kawan. " kata Jhope cuba memujuk Jin.
Jin kemudian memandang topi Jhope.Dia menggunakan kuasanya untuk menerapungkan topi Jhope.
Jhope memandang topi yg terapung-apung itu dengan teruja.
" Wahh!! Ianya terapung!! Topi saya terapung!! " jerit Jhope dengan penuh teruja.
Jin ketawa melihat Jhope yg terlompat teruja itu.
" Hebat jugak kuasa awak.Apa yg awak boleh buat lagi? " tanya Jhope.
" Saya boleh mengerakkan atau menolak sesuatu benda tanpa menyentuhnya. " terang Jin secara ringkas.
" Tunggu! Awaklah yg berada di berita tu!Awak yg dah- "
" Ya,sayalah yg mencederakan dan merosakan harta di kolej itu. Sayalah orangnya. " kata Jin sambil tersenyum teragak-agak.
" Woahh~Daebakk! "
" Hehehe..kuasa awak jugak hebat. Saya tak pernah lihat seseorang berlari sepantas awak. " kata Jin memuji Jhope pula.
" Auch,janganlah begitu. awak buat saya malu. Janganlah puji lebih-lebih. " kata Jhope sambil menampar bahu Jin.
Jhope hanya ketawa melihat karenah kawan barunya itu.
Jin membetulkan cermin matanya yg sedikit senget akibat tamparan Jhope itu.
Setelah beberapa minit mereka mencari,akhirnya mereka tiba di hadapan bilik Prof. Lee itu.
Mereka segera mendaftarkan diri dan menuju ke bilik asrama mereka.
Jin dan Jhope mendapat bilik yg berasingan. Namun nombor yg tentera di kunci tersebut menunjukkan bahawa bilik mereka hanya bersebelahan. Jadi mudahlah mereka ingin berjumpa kembali.
__________Mereka berdua menuju ke bilik asrama mereka. Mereka menggunakan kunci yg telah diberikan oleh Prof. Lee untuk masuk ke dalam bilik masing-masing.
" Jumpa awak nanti,Jhope. " kata Jin sambil membuka pintu biliknya.
" Nae. " kata Jhope ringkas.
Kelihatan 2 orang remaja lelaki di dalam bilik Jin. Jin perlu berkongsi bilik bersama mereka. Bilik itu kelihatan agak luas. Tidak hairanlah mengapa bangunan academy ini besar.
Pelbagai kemudahan sudah tersedia seolah-olah ini sebuah rumah!Perabot-perabotnya juga kelihatan mahal.
Mesti sekolah ini bukan biasa-biasa. Ini adalah sangat luar biasa! Dan apa yg pasti,sesiapa yg masuk,pasti tidak akan menyesali.
Kelihatan seorang lelaki yg berbaju berwarna-warni sambil memegang bantal di atas kepalanya.Dia memandang kami dengan terkejut.
" Ohh!Ada pelajar baru! " katanya sambil meletakkan bantal itu di atas katil.
Jin menyapa mereka dengan senyuman.
" Annyeong. Saya Kim Seokjin tapi korang boleh panggil saya Jin. " kata Jin,menyuakan tangannya untuk bersalaman.
" Annyeong. Nama saya Namjoon. Selamat berkenalan! " kata Namjoon sambil tersenyum,menampakkan lesung pipitnya.
" Awak kemaslah barang awak dahulu. Nanti pukul 2 akan ada kelas. Lebih baik awak cepat. " kata seorang lagi remaja yg berada di atas sofa sambil memerhatikan Jin dari jauh.
Kelas? Tapi-
Saya masih tidak tahu di mana kelas yg perlu saya hadir.
" K-kelas?Tapi saya- "
" Awak akan berada di dalam kelas yg sama dengan kami. Kelas tahap 5. Prof. Lee dah beritahu kami tadi. " kata Namjoon seolah-olah tahu apa yg Jin sedang fikirkan.
" Tahap 5? " tanya Jin dengan hairan.
Kenapa tahap 5? Apa maksud kelas tahap 5 tu?
"Apa ma-" belum Jin ingin menghabiskan kata-katanya,Namjoon mencelah.
" Maksud kelas tahap 5 ni ialah kelas yg mempunyai kuasa supernatural yg perlu dilatih dengan segera. Pendek kata,kita ni adalah salah seorang pelajar yg ada kuasa yg kuat! " Namjoon menerangkan segalanya kepada Jin sambil meregankan ototnya dgn bangga.
Kemudian remaja tadi datang ke arah Jin dan menyilangkan tangannya ke dada.
" Atau lebih kepada 'pelajar yg bermasalah'. " kata remaja itu sambil tersenyum sinis ke arah Namjoon.
Namjoon terpinga-pinga dengan kata-kata pedas remaja itu.
" Uhh..m-maybe. " kata Namjoon,membetulkan cermin matanya dengan gelabah.
Remaja itu kemudian memegang bahu Jin." Saya Yoongi.Min Yoongi. " kata Yoongi dengan ringkas.
" O-oky. Selamat berkenalan,Yoongi. " kata Jin sambil mengemas barangnya.
Yoongi merenung Jin dengan lama. Dia seolah-olah pernah melihat di mana Jin sebelum ini.
Setelah Jin siap berkemas, dia segera pergi ke bilik mandi untuk membersihkan badan dia sebelum dia memakai pakaian seragam khas untuk academy itu.
Namjoon memandang Yoongi yg masih memandang Jin itu sehinggalah dia masuk ke dalam bilik mandi.
" Janganlah renung dia macam tu. Nanti dia salah anggap tahu tak. " kata Namjoon sambil menepuk bahu Yoongi.
" Apa? Saya pandang je. Salah? Bukan saya pandang awak pun. " kata Yoongi, lalu pergi ke almarinya untuk mengambil pakaian seragam dia.
" Elehh. Awak pandang dia sebab awak rasa awak pernah nampak dia kan? "
Yoongi memandang Namjoon dengan tajam.
" Boleh tak awak jangan baca fikiran saya? " kata Yoongi dengan geram. Badannya mula kelihatan bercahaya dan ingin mengeluarkan asap.
" Haa,jangan guna kuasa dalam bilik ni! " kata Namjoon lalu mengambil bantal peluknya,ingin membalik ke arah Yoongi.
" Habis awak baca fikiran saya boleh pulak?! " kata Yoongi dengan geram. Badannya mula mengeluarkan asap seperti ingin terbakar.
" Lebih baik awak kawal perasaan awak! " jerit Namjoon,cuba untuk memberhentikan Yoongi.
Namun,baru sahaja Yoongi ingin mengeluarkan kuasanya, Jin segera datang ke arah mereka dengan membawa sebaldi air dan menyurahkannya ke arah Yoongi.
Yoongi terkaku apabila badannya basah dicurahi air. Namjoon ketawa terbahak-bahak melihat Yoongi yg telah basah kuyup itu.
Jin tersegeh. " Saya nampak awak mengeluarkan asap,jadi saya curahkan air supaya awak tak terbakar. " kata Jin sambil tersenyum manis.
Namjoon tidak dapat berhenti ketawa melihat Yoongi yg kaku tidak bergerak.
Nasiblah awak Yoongi~
__________
YOU ARE READING
Strange Academy
Fantasy"Arkhh!!Saya benci kuasa saya!" * "Tunggu,awak pun ada kuasa seperti saya?" * "Hey!Kita ada kawan baru!" * * Jin mempunyai kuasa yang luar biasa.Dia boleh menggunakan tangannya untuk menerapungkan seuatu benda tanpa menyentuhnya.Pendek kata,'g...