10

198 40 25
                                    

J-ae menghempas pintu biliknya dengan kasar . Kunci bilik dalam genggaman dibaling ke atas katil lalu dia melabuhkan duduk di birai katil .

" J-ae ! Kau keluar sekarang sebelum aku pecahkan pintu ni ! "

Jeritan Jimin kedengaran samar - samar di pendengaran J-ae . Hanya bunyi esak tangisannya sahaja yang memenuhi ruang bilik pada ketika itu .

Buk ! Buk !

Bertalu - talu Jimin menumbuk permukaan pintu bilik yang boleh dikatakan agak tebal itu . Nafas J-ae seakan tersekat di kerongkong . Air mata dibiarkan saja mengalir di pipi .

" Dasar pembawa masalah ! Suka betul kau bagi malang kat aku kan ?! Haish ! "

Itulah cacian terakhir yang terbit dari bibir Jimin sebelum jejaka itu bergegas keluar dari rumah .

J-ae masih statik . Pandangannya kabur gara - gara takungan air matanya . Helaan nafas berat dilepaskan perlahan - lahan .

Phone yang terletak atas rak di sisi katil dicapai . Butang on ditekan seraya contact ditekan . Contact si ibu dicari .

Baru sahaja J-ae ingin menekan butang call , dia tiba - tiba terfikirkan sesuatu , " K - Kalau aku bagitau kat ibu , ibu percaya ke ? "

J-ae menggelengkan kepala . Butang homescreen ditekan . Jemarinya digerakkan pula untuk menekan butang gallery .

Gambar perkahwinannya bersama Jimin yang terpapar pada skrin membuatkan hatinya sakit . J-ae tidak menyangka senyuman manis yang diukirkan ketika hari perkahwinannya lesap begitu sahaja selepas dia hidup bersama Jimin .

Mata dipejam rapat . J-ae menghela nafas berat sebelum hatinya bermonolog sendirian ,

' Aku harap sangat hidup aku ni macam drama walaupun cliche  . Hero seksa heroin lepastu hero insaf then dia minta maaf dan mereka pun bahagia . Jebal , aku pun nak rasa bahagia juga  '

• • •

J-ae's

Paparan jam pada skrin phone milikku sudah menunjukkan tepat pukul 7 malam . Aku mengusap perut yang kelaparan . Tertidur punya pasal sampai perut kosong jadinya .

Aku bangkit dari katil lalu bergerak menuju ke pintu bilik . Dengan berhati - hati aku melangkah keluar sambil berdoa agar Jimin tiada di rumah kerana aku masih takut untuk bertemu dengannya .

Ding ! Dong !

Bunyi loceng rumah memberhentikkan langkahku yang baru sahaja ingin menapak ke dapur . Aku menelan salivaku kelat .

Dengan keberanian yang ada , aku bergerak ke pintu rumah . Aku yakin itu bukan Jimin sebab Jimin kan tuan rumah , buat apa nak tekan loceng rumah ?

Sampai di pintu rumah , aku berhenti seketika . Keraguan mula menguasai diri .

Patut ke aku buka pintu ni ? Manalah tau pencuri ?

" Hello ! Ada orang tak ? Saya penghantar pizza datang bertandang nak bagi pizza ni ! "

Dengar sahaja suara dari luar pintu rumah , cepat - cepat aku buka pintu .

Seorang lelaki lengkap beruniform pekerja Pizza Hut bersama nametag ' Hoseok ' sedang berdiri di muka pintu dengan sekotak pizza .

" Eo ? Rasanya encik salah alamat . Saya takde order pizza "

" Tapi Encik Kim Seokjin yang bagi saya alamat ni " Lelaki itu menunjukkan sekeping memo di tangannya yang tertera alamat rumahku ini .

Jap , Encik Kim Seokjin ? Bukankah dia yang bergaduh dengan Jimin tadi ? Buat apa dia order pizza delivery ke rumah aku ?

Malas nak menyoal lelaki di hadapanku ini , aku lantas mengambil kotak pizza dari tangannya , " Terima kasih ya "

Lelaki bernama Hoseok itu pun mengangguk lalu dia bergerak menuju ke motornya yang diparkir di luar pagar rumah . Aku sekadar menghantar pandangan ke arahnya sebelum mata aku terpana ke arah sebuah kereta berjenama Lamborghini yang turut diparkir di situ .

Jimin pakai BMW jadi siapakah pengguna Lamborghini itu ?

Secara tiba - tiba tingkap kereta tersebut diturunkan dan wajah kacak Seokjin bersama senyumannya menyapa pandangan . Aku terkesima .

Jadi benarlah pizza yang dipesannya ini untuk aku ? Macam tau - tau saja yang kedua tanganku cedera sehinggakan sukar untuk aku memasak makanan .

' Seokjin , kau terlalu baik '



















special tag :
qnynaa

random tag :
nyanna2002 97skdy jeonncoco velvet_muffin
_yanimari_ ggukmilky- JungAh01 Theberrys as_shnn thyngboi parkmochies nuefa- fearubyjane -staerry

Call Of Death [ PJM ]Where stories live. Discover now