SM - 10

1.8K 105 1
                                    

....Nova Highschool....

Rayyan menutup pintu kereta Zafriell. Hari ni Rayyan tumpang Zafriell sebab kaki dia terseliuh masa main futsal semalam. Tengok-tengok ada orang tawar diri nak jadi driver la.

“Hati-hati,” kata Zafriell.

“Ye,”

Dia ingat aku ni budak kecil ke, ish,’ omel hati Rayyan.

Mereka berjalan masuk ke kelas. Ada juga beberapa pelajar telah tiba. Budak-budak intelligent la siapa lagi. Beberapa minit kemudian Zafriell keluar pergi menjalankan tugas. Rayyan mengeluh berat apabila dilanda kebosanan.

Seketika itu, ada suara yang menyentakkannya di pintu.

Kelihatan VR masuk ke kelas dengan riak wajah yang happy semacam. Siap bergurau lagi.

Morning,” sapa Ashreena.

Rayyan hanya tersenyum.

“Aih, baru kena pukul dah bisu?” sindir Ashreena.

“Apa?” Rayyan mengeluarkan suaranya.

“Haa, ada pun suara. Ingatkan dah bisu dah,” sakat Ashreena.

‘Entah kenapa aku rasa lepas kejadian semalam, hati aku rasa tenang. Peace, walaupun aku dalam mode move on dengan dia,’ bisik hati Ashreena.

Dia bangun dari duduknya untuk bertugas di pintu pagar.

“Kau tak bertugas ke?” soalnya.

“Tak. Malas la,” jawab Rayyan.

“Eleh, member headprefect boleh cite ah,” Ashreena melangkah keluar dari kelas.

Mikayla's POV

Aku dan Erina 'bersiar-siar' di sekitar restricted area. Di situlah tempat di mana kami memberi hukuman kepada pelajar.

“Bila kau nak pulangkan pendrive tu?” soalku.

“Kalau boleh ASAP. Tapi kau tak nak tahu ke kenapa dia simpan data kita,” kata Erina sambil mengetatkan tali sport shoesnya.

“Cakap pasal Khairul, kenapa semalam diorang lain macam je aku tengok, seram doh,” tuturku.

Playboy image. Dulu, diorang tu playboy gila tapi mungkin disebabkan diorang terikat dengan jawatan ni. Tu yang diorang change and that's why diorang hot,”

Kami keluar dari restricted area. Dari jauh sudah kelihatan sebuah susuk yang amat aku kenali. Siapa lagi kalau bukan budak junior atau lebih tepat lagi adik sepupu Izz. Yup, Kebanyakan ahli keluarga Izz bersekolah di sini.

Budak itu berhenti tercungap-cungap.

“Ada apa ni, Naurah?” soalku.

“Kak Kayla... Kak Ash, dia gaduh dengan Senior Mika... dekat depan pintu pagar,” tersekat-sekat bicaranya.

“Apa?” jerit aku dan Erina serentak.

Selepas diberitahu kami bergegas ke sana.

Apabila kami tiba, ramai pelajar berkumpul. Kelihatan Naqiu dan Zafriell cuba untuk meleraikan mereka tapi, diorang pula yang kena tempias. Aku berdehem lalu memberi laluan kepada aku dan Erina.

“Eh, apasal kau ni? Dasar perempuan tak guna!” tengking Mika.

“Berani kau! Apa masalah kau, hah? Tetiba je serang aku,” marah Ashreena. Siap tarik-tarik rambut lagi.

Aduh, dah macam drama tak berbayar pula.

Zafriell dan Naqiu menarik mereka.

Enough la Ash,” tutur Zafriell meleraikan pergaduhan.

Secret Mafia (🔷🔸)Where stories live. Discover now