Rose pov
" Lisa bangun lah kita dah lambat nak daftar U " Kataku .
Setelah mengejutkan lisa , Aku terus ke dapur untuk menyiapkan sarapan kami berdua.
Tak lama kemudian lisa turun dari biliknya di tingkat dua dan terus menuju ke dapur.
" Rose , nanti start daftar pukul berapa ? Aku nak pergi tempat lain dulu boleh tak ? " Kata lisa sambil menguap kerana tidur lewat malam semalam .
" Kau nak pergi mana ? Aku takut lambat pulak " Ujar aku sambil menghidangkan makanan.
" Erm.. Pe.. Pergi.."
" Takyah cakap aku tahu kau kena ambil ubat dekat klinik kan?" Aku memotong kata lisa kerana lisa tergagap gagap dan aku tahu kerana dia selalu kehabisan ubat .
" Hehehehe boleh ke? "
" Boleh tapi jangan lambat nanti kang susah nak daftar dan aku akan hantar kau "
Lisa terbeliak memandang rose yang tiba tiba baik .
" Kau mesti fikir kenapa aku tiba tiba baik kan?" Aku memandang lisa
" Haah tapi dahlah jom pergi U " Ujar lisa sambil menyuap semua makanan kedalam mulut .
Aku baik demi kawan aku iaitu lalisa manoban . Aku nak kau sihat macam dulu . Lisa juga selalu bercerita mengenai kawan kami ketika kecil sebelum tidur . Kerana lisa pernah menyimpan perasaan terhadap kawan kami ketika kecil .
10 minit kemudian
"Lisa cepat nanti klinik penuh lah " Aku menjerit ketika dalam perjalanan menuju ke kereta.
" Yayaya im coming " Lisa berlari menuruni tangga dan segera menutup pintu lalu terus masuk ke kereta .
Dalam perjalanan ke klinik
Lisa hanya diam merenung keluar tingkap kereta . Aku meleraikan kesunyian dalam kereta ini .
" Lisa kau okay ke? " Kataku dengan kerisauan.
" Aku okay cuma aku rindu kawan kita masa kecil " Lisa mengeluh berat .
" Sabarlah,nanti kita cari ea aku taknak kau stress nanti kau sakit lagi " Ujar aku.
Sampai di klinik
" Aku masuk kejap " Kata lisa.
Sambil menunggu lisa , aku teringat ketika waktu kecil aku dan lisa adik beradik tanpa pertalian kerana semasa di Thailand lisa dan keluarga berpindah ke Australia tetapi sebelum sempat mendarat di lapangan terbang Australia . Kapal terbang keluarga lisa mengalami masalah serius dan terhempas. Keluarga lisa termasuk abangnya meninggal di tempat kejadian manakala lisa terselamat kerana maknya sempat memakaikan lisa baju keselamatan dan sebelum hampir terhempas maknya mencampak lisa keluar dari kapal terbang tersebut sebelum kapal terbang itu terbakar. Lisa mula duduk dengan aku ketika bapa ku mengambil lisa sebagai anak angkat kerana bapa ku seorang bomba yang menyelamatkan lisa ketika itu . Ketika lisa dibawa pulang kerumah aku , bapa ku terus kembali ke tempat kejadian untuk meneruskan kerja namun pesawat tersebut semakin membara dan meletup ke sebahagian bomba yang sedang cuba meredakan api itu dan bapa ku turut terkena api tersebut lalu dia meninggal di tempat kejadian . Di Australia aku tinggal bersama lisa hanya berdua kerana kehilangan keluarga kami . Ketika itu kami berumur 9 tahun tetapi kami sering di datangi keluarga kawan aku dan mereka sering memberi makanan kepada kami. Disitu titik permulaan lisa bertemu kawan ku dan menaruh harapan sehingga kawan ku terpaksa pindah ke korea kerana urusan bapanya . Namun sekarang aku dan lisa juga di korea kerana rumah kami di Australia telah dijual oleh aku untuk memulakan hidup baru bersama lisa di korea.
Di Universiti kim
" Lisa,jom pergi daftar aku penat dah ni tunggu kau tadi dekat klinik,aku nak duduk" Kata ku dengan mengeluh ringan kerana perlu berjalan dari parking ke U yang sangat jauh jalannya .
" Okay jom "
Bukkk
" Mian mian mianhae " Lisa menunduk berkali kali kepada seseorang yang dia terlanggar .
Rose hanya berdiri tegak didepan orang yang lisa langgar kerana terkejut kerana orang itu adalah kawan kami ketika kecil.
" Li..lisa... Tengok siapa kau la...langgar " Ujar aku tergagap gagapLisa bangun lalu terkejut yang teramat sehingga hampir pengsan.
YOU ARE READING
OUR LOVE NEVER DIE
RomanceCerita ini mengisahkan seorang wanita yang berwatakan sopan , sedikit kelelakian dan sakit tetapi kejelitaannya digilai ramai . Namun setelah kembali jumpa sahabatnya semasa kecil dia merindui perasaan ketika bersama sahabatnya itu . Adakah dia da...