Ramadhan Tahun Ini

323 11 0
                                    

AKU jengah lelaki yang sedang termenung di balkoni bilik tidur kami. Jauh benar menungnya, entah apa yang ada di fikirannya. Perlahan-lahan aku masuk menapak menghampiri sang suami.

"Bie, apa yang dimenungkan tu?"

Si dia berpaling saat mendengar panggilanku. Senyuman nipis diukir sebelum tangan dihulur mengajak aku berdiri di sampingnya.

"Tinggal lagi 20 hari Ramadhan nak tiba, sayang," aku yang mendengar, tersenyum.

"Tak sabarkan, bie. Cuma mungkin tahun ni tak meriah macam selalulah," keluhku di hujung ayat.

"Tak meriah sebab tak ada bazaar, maksud sayang?" tanyanya bersama kening yang diangkat sebelah. Aku mengangguk mengiyakan.

Ya, tahun ini bazaar Ramadhan seluruh negara dibatalkan. Aku rasa seluruh rakyat Malaysia sudah maklum. Gara-gara virus COVID-19 yang masih menular dengan jayanya, mungkin bukan hanya Ramadhan malah Aidilfitri pun bakal disambut dalam suasana berkurung begini.

"Tarawih pun bie. Tahun ni kita tak dapat nak bersama-sama komuniti di masjid. Rindulah bie, nak tarawih ramai-ramai. Setiap tahun pun memang itu yang dinantikan, kan?"

Aku bukan mengeluh, bukan juga menyalahkan takdir. Cuma bila keadaan begini, aku jadi rindu dengan suasana kehidupan yang dulu. Bebas bergerak ke sana sini, bebas untuk pulang ke kampung halaman.

"Tarawih kat rumah pun boleh, sayang," balas suamiku mudah. 

Keluhan perlahan aku luahkan. "Tapi kan bila berjemaah di masjid tu seronok. Best je bila ramai-ramai. Rasa semangat ramadhan tu ada," balasku sambil memandang wajahnya.

Suami aku tersenyum cuma.

"Sayang terfikir tak sebenarnya banyak yang terjadi ni akibat kelalaian kita sendiri?" tanya suamiku dengan senyuman nipis dibibirnya.

"Maksud bie?"

"Kita ni terlalu alpa, kita rasa kita berkuasa tapi kita selalu lupa yang kita ni cuma hamba," aku kerut kening namun cuma diam mendengar, tak mahu menyampuk. Dalam masa yang sama, aku labuhkan duduk di lantai balkoni membuatkan sang Adamku turut sama duduk di sisi. Kepala aku dia jatuhkan ke bahunya.

"Cuba sayang tengok, dalam satu masa je, Allah boleh ubah satu tempat yang tak pernah putus dengan orang jadi sunyi sepi. Disneyland, Paris, musim bunga sakura di Jepun, malahan Mekah dan Madinah jugak lengang dan kosong tanpa orang. Kalua dulu, orang berpusu-pusu balik kampung jenguk mak ayah tanda rindu dan sayang tapi sekarang, kita berjauhan sebab sayang dan takut orang tua kita jadi mangsa virus ni. Dulu, bila kita yang muslim ni elak bersentuhan dengan bukan mahram, orang Islam tu dianggap kolot tapi sekarang itu semua orang merasakan itu jalan penyelamat untuk kita putuskan rantaian COVID ni,"

"Duit yang kita ada, kuasa yang kita miliki langsung tak boleh lawan virus yang tak nampak dek mata ni. Semua kekayaan kita, kekuasaan kita takkan mampu beli kebebasan yang kita nak saat ini. Kaya ke, miskin ke kita, waktu ni kita semua terkurung dalam rumah, tak boleh nak ke mana- mana. Tapi dalam masa yang sama, cuba sayang tengok how's our world is healing. Bumi yang dulunya lapisan ozon nipis kini dah kembali sembuh. Bumi semakin sihat dan semakin bersih, sedangkan manusia terpenjara dengan kebebasan yang dulunya dia miliki. Isn't that is one of ALLAH sign to show us that no matter how powerful you are, how millionaire you are, you just a servant in this big wide world? Kita sebenarnya tak diperlukan pun di bumi ni. Oksigen, ozon tu yang lebih penting dari kita semua,"

Aku terdiam lama. Aku pandang wajah lelaki di sebelah aku yang masih larut dalam fikirannya.

"Sebenarnya bie bersyukur jugak bazaar ni dibatalkan. Selain mengelakkan mass gathering, ini jugak salah satu cara mengelakkan pembaziran. Ingat tak last year sayang bercerita pada bie, berapa banyak pembaziran yang rakyat kita buat di bulan Ramadhan ni?" suami aku alihkan pandangannya ke arahku. Kening dan senyumannya ikut sama naik menunggu jawapan aku.

"I don't remember exact amount but lebih kurang 15,000 tan?" jawabku bersama kerutan di dahi.

"Yup. 15,000 tan yang boleh tampung makanan untuk lebih 5 juta orang di dunia ni. Sedangkan bulan puasa ni sepatutnya kita elakkan pembaziran. Puasa ni kan untuk melatih kita merasai apa yang orang susah rasa bila tak dapat makan tapi sadly, inilah bulan yang penuh dengan pembaziran. Bukan ke dah lari dari apa yang disarankan dalam Islam sendiri?" tanya suamiku. Aku mengangguk-anggukkan kepala. Bersetuju.

"Betullah tu bie. Saya sendiri pun kalau ke bazaar tu kadang-kadang tak ingat dunia membeli. Padahal waktu berbuka tu dapat air dan kurma terus rasa kenyang,"

"Tapi bie, tarawih?" aku masih lagi merasa sedikit kecewa tidak dapat berkumpul untuk terawih bersama di ramadhan tahun ini.

"Sayang, tarawih tu kan mudah. Tarawih sendiri bererti bersenang-senang. Jadinya tak ada masalah kita nak lakukan dimana pun. Masjid ke, rumah ke, boleh je. Tarawih juga boleh dilakukan bersendirian, tanpa berjemaah. Dan untuk suami isteri dan yang berkeluarga, musim-musim PKP nilah waktu yang elok untuk kita berjemaah bersama-sama, eratkan balik silaturahim kita. Sebelum ni mungkin suami sembahyang jemaah di masjid, isteri sendiri kat rumah dengan anak-anak. Tapi masa PKP ni ALLAH bagi peluang untuk keluarga bersama. Solat sama-sama, berbuka dan makan sama-sama. Masya-ALLAH seronoknya, yang,"

Aku ikut sama tersenyum dengan bicara si suami. Ya, sebenarnya kalau dilihat dengan mata hati, PKP ini waktu terbaik untuk kita merapatkan kembali apa yang renggang. Andai berjauhan, hubungi setiap masa. Bila berdekatan, habiskan masa sebaiknya. Kalau dilihat dengan sebenar-benarnya, banyak hikmah yang kita sebagai hamba peroleh di waktu PKP ini.

"Kita kena banyak berdoa, yang. Moga-moga PKP COVID ni tak berlarutan hingga ke Aidilfitri. Kesian ibu bapa di kampung. Terpaksa beraya sendiri tanpa kehadiran anak cucu. Mesti sunyi mereka, kan," bicara suamiku, aku balas dengan anggukan. Ya, kesian warga emas di kampung. Dan kesian juga dengan kami, anak-anak yang menetap di bandar ini. Raya pasti tidak bermakna andai wajah kesayangan itu tidak dapat ditatap depan mata.

ALLAH, moga cepat kau hilangkan virus ini dari dunia. Kami mahu menyambut ramadhan dan syawal malah Aidiladha dengan tenang tanpa rasa gerun. Moga kau perkenankan, Ya ALLAH. Ya ALLAH, moga kau lindungi kami semua walau di mana kami berada.

Buat petugas barisan hadapan dan mereka yang bertugas di waktu wabak COVID ini melanda, moga ALLAH ganjarkan pahala yang melimpah ruah buat kalian. Aku hanya mampu mendoakan agar kalian dilindungi ALLAH sentiasa sepanjang kalian bertugas. 

Buat mereka yang diberi arahan untuk duduk rumah, patuhilah. Aku sangat berharap agar rantaian virus ini diputuskan dengan cepat. Ingatlah barisan hadapan, yang terpaksa berkorban masa dan tenaga serta waktu bersama keluarga untuk melindungi kita semua. Bersyukurlah kita dipilih untuk duduk di rumah dan habiskan waktu dengan keluarga kita.

Aku pandang sang suami. Bersyukur aku dia ada di sisis waktu ini. Pipinya aku kucup ringkas. Moga Ramadhan tahun ini lebih mengeratkan kita berdua. Dan semoga Ramadhan ini kita jalani dengan sabar bersama PKP yang masih belum tahu hujung pangkal waktunya.


---

Hai guys... I'm back!! (Macam ramai je pembaca)

Lama duduk dalam PKP, otak tepu. So, ini je la yang mampu. Kalau ada yang sudi baca sudi2 jugaklah komen dan vote ye..

So, let's just stay home during this MCO (PKP) dan putuskan rantaian COVID 19 ni... Semoga dengan usaha kita duduk di rumah, ALLAH akan segera hilangkan wabak ni dari muka bumi ni.. 

Semoga kita semua dilindungi ALLAH dan dijauhkan dari wabak ini. Buat anggota frontliner & mereka yang bertugas, jaga diri. Moga ALLAH lindungi anda semua. Stay calm & ikut arahan pihak berwajib ye semua... LOVE YAAA...

Nia_Tia's Love StoryWhere stories live. Discover now