25 : "Kau Nak Mati Ke?!"

2.1K 106 16
                                    


Saya tau cerita ni agak mengarut, tapi tolonglah terima ke-mengarut-kan cerita ni dengan hati yang lapang 😆

Peace yow 🤟










"Nombor tu dari sebuah gudang berdekatan dengan bukit lama. "

Ujar Nadim seraya mendapat lokasi tempat persembunyian arissa. Thaqeef meminta nya untuk mencari tahu nombor yang dihantar gambar arissa.

" Bukit lama tu bukan ke tempat kejadian skuad 69 bertempur dua tahun lepas? Kes yang seludup senjata haram dari UK?"

Soal Nadim apabila dia meneliti kembali maklumat yang baru diterima. Teliti punya teliti , memang itu tempat seludup senjata haram dua tahun lepas.

" Kau rasa siapa dalang yang culik isteri kau?" Soal Nadim dengan kening terangkat.

Terserlah kekacakannya mengalahkan Dato' Alif Syukri.

" Alexander Louis! "

serentak suara Nadim dan thaqeef bersatu. Thaqeef mengetap bibir bengang.

Dia fikir benda lepas itu sudah berakhir, tetapi tidak. Masih ada sambungan, lihat saja isterinya kini menjadi mangsa.

" Hebat betul dendam lelaki tu dekat kau kan? Macam mana dia boleh terlepas dari pihak polis UK?"

Thaqeef menggeleng perlahan.

BANG !!

Dua das tembakan dilepaskan oleh thaqeef apabila salah seorang pengganas melarikan diri dari celah² kotak berisi senjata api.

Tidak tunggu lama dia berlari mendapatkan salah seorang itu. Dapat kedengaran tembakan yang saling berbalas didalam gudang mewah yang terletak dihujung Bukit lama.

Satu demi satu kotak dia lepasi sebelum sampai ke kotak yang terakhir satu sepakan diberi namun thaqeef pantas mengelak.

Sepakan itu tersasar. Lelaki itu bangun dengan bengang. Sepakan nya yang selama ini tepat boleh tersasar

" Serah diri atau kau mati??!" Soal thaqeef tenang.

Nafas nya sedikit mengah akibat berlari dan mengelak dari terkena sepakan dahsyat milik penjenayah bernama Sein Louis.

" Try me " ujar Sein Louis dengan senyuman sinis.

Kini dua manusia itu saling merenung antara satu sama lain. Tidak tunggu lama pistol ditangan thaqeef disepak kuat sehingga jelas bunyi retak tulang jari thaqeef.

Pistol tercampak jauh. Thaqeef melepaskan dengusan kuat. Sakit dijari usah dikatakan, memang sakit. Tetapi penjenayah dihadapan nya ini lebih penting untuk ditumpaskan dengan segera.

Thaqeef membuat serangan balas. Pelbagai seni diri yang di ajar semasa latihan komando dikeluarkan.

Akibatnya Sein Louis tumpas jua. Tetapi tidak lama apabila entah dimana silapnya, Sein Louis tidak sengaja tertembak diri sendiri semasa mengelak dari ditahan oleh pihak polis.

Sein Louis mati ditempat kejadian. Dan disaksikan oleh adik lelaki itu, Alexander Louis.

Thaqeef yang melihat kejadian itu tu tidak mampu membuat apa². Sendiri yang mencari salah.

" You kill my brother. " Alexander Louis meludah darah dalam mulut.

Matanya mencerlung tajam ke arah thaqeef yang kebetulan dia nampak lelaki itu mengejar abangnya semasa abang nya cuba menyelamatkan diri.

Cinta Saiz XXL ✅Where stories live. Discover now