Bab 1

13 1 0
                                    


Kepulangan dia ke negara tercinta adalah bersebab kerana kalau boleh dia tidak mahu kembali ke sini. Sebenarnya dalam lubuk hatinya dia langsung dan tak mahu jejak ke negara tercintanya ini kerana luka di hatinya belum terubat lagi namun kerana dapat khabar berita yang mengatakan bahawa abahnya sakit tenat, dia mengambil keputusan untuk balik walaupun dia sudah lama tidak berhubung dengan ayahnya.

Keadaan sangat sesak di ruangan Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) namun dia langsung tak kisah kerana dia dah biasa akan hal itu kerana KLIA bila saja tidak sesak dengan orang ramai. Kepulangan dia langsung tidak diketahui oleh kedua orang tuanya kerana dia mengatakan bahawa dia pulang pada keesokkan harinya.

Saja nak buat kejutan untuk keluarganya walaupun dia tahu kepulangan dia tidak disukai oleh ramai pihak dan paling sedih tiada yang akan menyambut pun kepulangannya ini. Farisya hanya mengambil teksi kerana dia tidak mahu menyusahkan ahli keluarganya mahupun sahabatnya.

_____________________________________________________________________

Sampai sahaja di pekarangan Villa Kasih, Farisya langsung keluar daripada perut kereta Teksi lalu mengucapkan terima kasih kepada pemandu teksi. Begnya yang besar gedabak itu disorong bersama setelah teksi tersebut telah pergi.

'Ya Allah, rindunya dengan rumah ini. Apa khabar agaknya orang dalam rumah ini? Keadaan masih lagi sama ataupun tidak ya?' soal Farisya.

Farisya menekan loceng di tepi pagar villa tersebut. Sebenarnya dia boleh sahaja menelefon ibu atau abahnya namun dia batalkan niat kerana ingin membuat kejutan untuk mereka.

"Sebentar ya!"Laung suatu suara dari dalam.

Pembantu rumah yang dalam lingkungan 50-an membuka pagar rumah. Farisya hanya tersenyum lalu masuk ke dalam villa tersebut namun dihalang oleh mak cik tersebut.

"Nong kenapa terus masuk? Nggak bisa masuk sesuka hati. Nanti gue dimarahin loh!" beritahu mak cik tersebut.

Farsiya nak menahan gelak apabila dimarahkan oleh pembantu rumah tersebut. Mana tak lucu dengan bahasa Indonesianya yang pelat tu.

"Saya ada urusan sama majikan di sini. Takkan kamu tak tahu?" jelas Farisya. Terselit juga bahasa Indonesia dalam percakapannya. Nak tergelak rasanya dengar percakapan diri sendiri.

"Iya? Baiklah. Mari Tante gendong beg kamu. Berat banget tante lihat kamu bawa." Kata Pembantu Rumah tersebut namun Farisya menolak pertolangan mak cik tersebut sebab bukan berat sangat pun beg yang dibawanya malah dia hanya cuma perlu mengheret begnya saja.

Masuk sahaja ke dalam rumah, Farisya nampa wajah kakaknya, Farah yang tak berapa suka akan kehadirannnya. Dia buat tak nampak akan kelibatnya di situ. Farisya hanya mengabaikan layanannya kerana sejak dulu lagi dia diperlakukan sebegitu.

"Ya Allah, anak ibu dah sampai. Abah, Sya dah balik dari US!" jerit keriangan Puan Gabriella lantas memeluk anaknya yang berdiri di depan pintu.

"Dah sampai? Awalnya... Kenapa tak beritahu abah?" soal Encik Ibrahim kehairanan.

Farisya menyalami abahnya dan jugak ibunya.

"Nak bagi suprise abah. Eh, abah dah okey?" kata Farisya kehairanan yang melihat keadaan abahnya yang nampak elok sahaja.

"Alhamdulillah, dah baik selepas makan ubat tadi pagi." jelas Encik Ibrahim kerana tidak mahu merisaukan anak bongsunya.

Farisya menarik nafas lega apabila mendengar abahnya memberitahunya bahawa dia okay sahaja. Ada masa nanti dia akan memeriksa keadaan ayahnya. Bukan boleh percaya sangat kata ayahnya ini.

Farisya ingin meminta diri untuk merehatkan diri sekali gus nak menunaikan solat asar yang semakin sampai penghujungnya namun terhenti langkahnya apabila ibunya memanggilnya sebentar.

"Sya tak jumpa Farah lagi ke?" soal Puan Gabriella.

Farisya memberikan senyuman yang nampak terpaksa.

"Ada terserempak dengan dia tadi tapi tak sempat nak tegur. Nampak dia macam tergesa tadi. Sya penatlah ibu, nak naik atas dulu nak berehat." beritahu Farisya.

"Okaylah kalau macam itu. Ibu dan abah ada nak beritahu kamu sesuatu selepas makan malam nanti. Kamu jangan lupa turun ya." pesan Puan Gabriella.

Farisya hanya mengangguk lalu menuju ke biliknya yang telah lama ditingglkannya. Masuk sahaja ke dalam bilik, Farisya lantas menghumbankan badannya yang penat ke atas katil.

"Welcome home Farisya!" kata Farisya kepada diri sendiri dengan nada yang perlahan. Siapa sangka biliknya itu masih dalam keadaan yang masih elok dan tidak ada terusik pun lagi. Bauan yang masih ada di biliknya itu terasa betapa lamanya dia meninggalkan bilik ini.

Farisya memeriksa setiap pelosok biliknya untuk memastikan semua barangnya masih ada dan dalam keadaan baik dan selepas itu mengambil keputusan untuk mandi lalu solat.

_____________________________________________________________________

Selepas makan malam, Encik Ibrahim, Puan Gabriella dan Farah berbual di ruang tamu kerana ibunya ada sesuatu yang hendak diberitahu kepadanya.

"Abah nak beritahu kamu sesuatu dan abah harap kamu setuju dengan apa yang abah nak perkatakan."

Masa itu, Farisya rasa berdebar dan tidak sedap hati apabila abahnya berkata sedemikian. Dia tahu kepulangannya itu pasti bersebab dan dia tidak suka perasaan yang dia rasakan sekarang ini. Muka Farah masa tu tak usah cakap. Asyik jelling dia tak puas hati saja. Apa masalah dia sebenarnya tak puas hati ni tetiba ni?

"Abah nak kamu kahwin dengan pilihan hati abah."

DUMM! Terasa muka Farisya dipukul apabila abah berkata sedemikian. Kahwin? Pilihan Hati Abah? OMG! Ya Allah!

"Ibu harap kamu setuju ya." Puan Gabriella menambah cerita.

Farisya memandang wajah ibu dan abahnya dengan pandangan kosong. Tak mampu berfikir dengan waras otaknya sekarang ini. Ya Allah, dugaan apakah yang dia sedang hadapi sekarang ini? Kenapa harus dia yang harus berkorban? Sanggup ibu dan abahnya pertaruhkan pasangan hidupnya sebegini?

My Sweet PartnerWhere stories live. Discover now