Hi! Assalammualaikum! We meet again. Saya sangat excited nak share the new chapter with you guys. ^^ Whoever yang support dan baca kisah ini, thank you so much! :) So, enjoy your reading.
Bangun sahaja Farisya daripada tidur, dia terus menunaikan solat subuh dan ingin berjoging selepas itu. Hati dia tidak tenang sejak berita mengejut yang diterima semalam. Berkahwin dalam usia yang muda bukanlah sesuatu yang dia ingin fikirkan pada ketika ini. Dia ingin lakukan banyak perkara sebelum mengalas tanggungjawab ini.
Setelah berjoging selama 2 jam di sekitar kawasan perumahan, Farisya mengambil keputusan untuk berehat sebentar sambil menghayati pemandangan di hadapannya. Terasa segar akan matanya melihat keindahan yang terhidang di matanya namun hatinya tetap tidak setenang tasik tersebut. Bila mengenang kembali akan hal semalam membuatkan hati Farisya sebak dan sakit hati. Jika dia tahu ini yang akan berlaku kepadanya setelah pulang ke Malaysia, jujur dia tidak akan mengambil keputusan untuk pulang meskipun abahnya sakit.
Farisya tarik nafas panjang. Menenangkan dan memujuk hati yang terluka sejak daripada dulu lagi kerana sikap keluarganya yang hanya mementingkan diri. Dia takut tidak dapat melakukan tanggungjawab seorang isteri selepas kahwin nanti. Dia mana pernah bercinta apatah lagi berkawan dengan lelaki cuma Firdaus kawannya sejak kecil sebab itu dia rapat dengan Firdaus sahaja.
Baru sahaja Farisya ingin bangun untuk beredar, telefonnya berbunyi menandakan ada mesej masuk.
'Siapa pula yang mesej ini? Whatsapp pula tu?'
Balik cepat! Abah nak kamu keluar sekejap jumpa seseorang.
'Seseorang? Dah siapa pula dia nak jumpa ini? Agak-agaklah abah nak dia jumpa orang waktu ini. Baru pulang kot dari luar negara. Jetlag pun tak hilang lagi ni.'
Farisya terus membuka langkah untuk balik. Ada arahan daripada abahnya yang membuatkan dia keliru namun jauh di sudut hatinya dia risau dan berdebar kerana dia takut tekaan dia yang sedang dia fikrikan kemungkinan akan berlaku sebentar nanti.
___________________________________
"Sampai dah Sya!" kata Encik Ibrahim setelah nampak kelibat Farisya masuk ke dalam rumah.
Farisya yang melangkah dengan perlahan tadi terus berdecit geram kerana tak sangka pergerakannya yang perlahan itu mampu membuatkan abahnya sedar akan kepulangannya. Farisya terus menghampiri Encik Ibrahim yang sedang bersarapan di meja makan. Farisya mencium belakang tangan Encik Ibrahim sebelum duduk di sebelah kerusi Encik Ibrahim.
"Dari mana?" soal Encik Ibrahim.
"Soalan jenis apa abah tanya ni?" soal Farisya dengan soalan kembali.
Encik Ibrahim terkejut dengar ayat yang keluar daripada mulut Farisya.
"Abah tanya pun tak boleh?"
Farisya memberikan senyuman sinis kepada Encik Irahim. Kedengaran kelakar pula dengan soalan yang ditanya oleh abahnya.
"Sejak bila abah pandai nak bertanya ni? Bukan ke selama ni suka buat keputusan sendiri tanpa tanya tuan badan dulu? Pelik pula Sya rasa tetiba hari ni nak tanya apa Sya buat." sindir Farisya. Dia tahu dia bersikap kurang ajar kepada Encik Ibrahim namun hati dia yang sakit ini siapa pula nak kisahkan?
Encik Ibrahim terkelu akan kata Farisya. Ya, dia sedar akan kesilapannya yang selalu mengatur hidup anaknya ini tanpa membincang dan mempedulikan apa yang anak dia hendak.
"Abah nak Sya bersiap sebab nanti Sya akan berjumpa dengan anak kawan abah." Kata Encik Ibrahim untuk menukar topik perbualan dan nyatkan tujuan sebenarnya topik perbualan mereka ini. Dia takut semakin lama semakin banyak perkara yang menyakiti anaknya akan diluahkan.
YOU ARE READING
My Sweet Partner
RomanceDapatkah sebuah kepercayaan yang dipegang antara mereka mengukuhkan hubungan mereka?