Rudy POVAku Rudy.Dikenal sebagai gangster nombor 1 sekolah kerana wajahku yang dingin.
Semua pelajar takut pada ku.
Tapi pada kenyataannya,aku cuma takut berkawan.Takut meletakkan kepercayaan kepada orang lain.
-
Aku berjalan keluar dari rumah nenek untuk membeli sedikit bahan masakan.
Ya,aku tidak mempunyai ibubapa.Aku dijaga oleh nenekku yang sudah pun tua.
"KAU NI TAK FAHAM BAHASA KE HAH? LEMBAB!"Aku terdengar suara seorang lelaki menengking.
Merasakannya tidak jauh dariku,aku cuba mencari arah datangnya tengkingan tersebut.
"BUK!"
Mataku membulat melihat seorang budak lelaki bertubuh besar ditumbuk kuat oleh lelaki-lelaki yang berkemungkinan punca tengkingan tadi.
"BERHENTI!"Jeritku menarik perhatian mereka.
Lelaki-lelaki itu memandangku dengan wajah tidak puas hati.
Aku hanya menatap tajam dan mendengus geram ke arah mereka.
Wajah mereka tadi yang memapar riak ketidak puasan hati berubah takut layaknya anak kucing yang kehilangan ibu.
Lelaki-lelaki membuka langkah lalu berlari sepantas mungkin.
"Bagus jugak ada muka seram macamni."Gumamku sambil tersenyum nipis.
Aku memandang lelaki bertubuh besar yang berada di depanku.
Dia terlihat menggigil ketakutan.
Aku berjalan mendekatinya.
Tanganku perlahan-lahan dihulur.
"Kau okey?"Tanyaku.
Kepalanya yang tadi tertunduk perlahan-lahan diangkat memandangku.
Tanganku yang dihulur disambutnya sambil tersenyum.
"Te-terima ka-kasih."Balasnya gugup.
"Apa nama kau?"Tanyaku.
"Bu-bulat."Balasnya masih lagi gugup.
Kegugupannya membawa sedikit kehairanan kepadaku.
"Kau memang gagap ke?"Tanyaku.
Dia mengangguk perlahan.
Aku hanya meng-oh-kan jawapannya.
........................................................................
Setelah 2 minggu berkawan dengannya,baru aku perasan yang kami berdua sama sekolah.
Dan sama kelas.
Aku perasan yang dia sangat-sangat lambat belajar.
Lambatnya dia belajar sehinggakan guru kelas kami sendiri menggelarnya 'Lembab.'
Aku yang terkesan dengan layanan orang ramai terhadapnya berhasrat untuk merubahnya menjadi seorang yang pandai.
Aku akan buktikan yang gelaran 'Lembab' ke atas Bulat itu akan pupus.
-
Aku mula mengajaknya datang ke rumah nenekku untuk ulang kaji bersama.
-
Minggu pertama,memang betul-betul mencabar.
Dia seolah-olah tidak pernah faham apa yang diajarkan guru dikelas.
Aku yang kerap tidur pun masih faham lagi.
Aku tidak berputus asa,aku tetap cuba mengajarnya.
-
Minggu kedua,hanya ada perubahan sedikit.
Bacaannya tidak terlalu gagap.
Kiraan menggunakan jari sudah mula faham.
Untuk kami yang berumur 15 tahun,ini memang betul-betul diluar jangkaan.
Aku tetap berusaha mengajarnya.
-
Minggu ketiga,dia sudah berjaya mendapat 12 markah di dalam peperiksaan dimana,ia merupakan markah tertinggi yang pernah dicapainya.
Masih sangat sedikit dibandingkan dengan usahanya untuk belajar dan usahaku untuk mengajar.
Tapi,apalah daya,bersyukur sahajalah.
-
Minggu keempat,dia sudah mula pandai menyusun ayat.
Dia juga dapat membandingkan penggunaan suatu kata kerja dengan baik.
Kiraan menggunakan jari semakin lancar.
-
Minggu keenam,dia sudah boleh menyebut perkataan bahasa inggeris dengan betul.
Eksperimen sains juga dia dapat mengelakkan diri dari melakukan kesilapan.
Bacaannya sudah lancar.
-
Minggu kelapan,dia sudah boleh menggunakan kalkulator dengan baik.
Susunan ayat bagi subjek bahasa inggeris juga semakin meningkat.
Aku sangat kagum.
-
Minggu kesepuluh,dia berjaya lulus dalam keempat-empat subjek.
Aku sangat gembira.
Tetapi,ia tidak bertahan lama.
-
Minggu kedua belas,keputusan peperiksaannya turun mendadak.
Aku sangat hairan.
Aku cuba menanyakan kepadanya tentang hal tersebut,namun,dia sering diam tanpa sebarang respon.
-
Minggu keempat belas,sudah seminggu dia tidak hadir ke sekolah.
Aku cuba menjenguknya di rumah,akan tetapi rumahnya pun kosong tanpa sesiapa didalam.
Aku mula risau.
Aku cuba mendail nombor telefonnya.
Tidak pernah diangkat.
Sehinggalah......
Seminggu selepas kejadian
Aku mendapat berita bahawa Bulat telah meninggal dunia akibat masalah otak.
Sekarang,semuanya masuk akal.
Bulat bukan 'Lembab',dia 'Sakit'.
Perasaan ku?Jangan ditanya.
Inilah sebab kenapa aku takut berkawan.
Kerana orang yang aku kawan akan jadi orang pertama yang meninggalkanku.
-Tamat-
........................................................................
Diambil dari kisah benar seorang insan berhati mulia.
-Janganlah kamu menilai seseorang itu bodoh hanya kerana kamu lebih berpengetahuan darinya, sesungguhnya kamu bukan ditempat mereka.
Author
YOU ARE READING
Ejen Ali OneShots
FanficBasically,this is a oneshot.So,please expect the storyline to have it's own cliffhangers. Ini adalah oneshot.Jadi,tolong jangan marah kalau cerita tergantung. Ship utama yang akan dimasukkan dalam fanfic: Ali x Alicia Zass x Moon Chris x Iman Mika x...