1

317 23 0
                                    

Bahagia ?

Bukan satu perkataan yang khas untuk manusia seperti aku sebab aku tak pernah rasa erti bahagia itu apa . Aku merenung bintang malam yang tidak bersinar seperti biasa .

Bintang , apa kau juga sakit seperti aku ? Kenapa tidak bersinar seperti biasa ?

Angin malam seakan faham perasaannya tika itu. Hati dia hancur bila dapat tahu ayahnya menduakan ibu yang selalu setia di sisi . Dia masih terdengar pergaduhan mereka di dalam sana sebelum bunyi kereta ayahnya bergerak meninggalkan perkarangan rumah .

Sejak dulu , dia tak pernah melihat ayah ibunya mesra seperti suami isteri yang lainnya. Bahkan dia juga mangsa penderaan mereka bila tidak puas hati.  Silap tanya , bekas merah yang dia dapat.

Apa hak dia sebagai anak ? Tidak ada .

Dian NurZahrah , manusia yang patutnya bersinar tapi dia tidak . Malap hidupnya kerna sakit yang dia rasa .

" Ara ! Masuk ! " Puan Munirah menjerit memanggil anak gadisnya yang sibuk termenung di pangkin sana . Buat apa malam-malam sebegini .

Ada anak tapi menyusahkan !

Sebaik sahaja tubuh itu hampir , dia menarik gadis itu masuk ke dalam .

" Buat apa dekat luar !? Ara jangan menyusahkan ibu boleh tak ?! Ibu stress ! Ayah pun sibuk dengan bini muda dia ! Ara ni bukan nak senangkan ibu ! " Tangan mula memukul tubuh si anak .

Segala rayuan dan jeritan Dian langsung dia tidak dengar akibat bara di hati . Sakit bila dapat tahu suaminya bakal duduk di rumah bini muda kerna dia tak melayan suaminya . Apa salah dia !?

***

Dian mengeluh melihat lebam di lengannya . Nasib baik boleh tutup dengan lengan baju kurung sekolahnya . Hampir menitis air matanya apabila terkenang kejadian malam tadi.  Penat dia merayu supaya ibunya melepaskan dia tapi malangnya tak berhasil .

Selepas dia puas dipukul , dia ditinggalkan begitu sahaja tapi melihat air mata ibunya dia sendiri sakit . Meskipun dia tak faham tapi dia tahu ibu sakit .

Apa salah kami , ayah ? Apa kurangnya ibu sampai ayah duakan ibu ?

Taknak berfikir lebih dalam , dia menyandang beg sekolahnya sebelum keluar. Segala sarapan sudah dia siapkan untuk ibu. Itu rutin harian dia .

Basikal dikayuh sehingga ke perkarangan sekolah. Nak naik bas ? Dalam mimpi. Duit makan pun belum cukup untuk tambang entah-entah.

" Zahra ! "

Dian menoleh.  Dia tersenyum melihat Lily yang comell montel berlari ke arahnya . Satu-satunya kawan yang dia ada sejak berada di sekolah . Yang lain ? Dia miskin jadi tak ada yang sanggup berkawan .

" Apa chubby ? "

Lily menjeling tajam gadis cantik di hadapannya ini.  Suka hati panggil dia chubby.  Mana ada chubby sangat.

" Kau kena pukul lagi ke ? " Bukan dia tak dengar malam tadi jeritan Dian . Rumah pun sebelah sahaja .

Dian terdiam.  Dia cuma mampu tersenyum sebelum menarik tangan Lily untuk masuk ke dalam . Nanti tak pasal-pasal nama kena ambil dengan pengawas .

" Benda biasa , Ly . Aku faham kenapa ibu macam tu . Jom masuk "

Lily tak faham tapi dia taknak bertanya lebih lanjut sebab Dian jenis tak suka bercerita lebih-lebih.  Dia suka menyendiri .

***

Sementara menunggu Lily di dalam tandas , dia terdengar jeritan semua pelajar perempuan di lorong itu . Dia faham kenapa . Tak lain tak bukan mesti geng budak hot handsomelah tu .

" Wehhhh abee handsomeee "

Terkejut Dian apabila Lily muncul di sebelahnya.  Bukan nak tegur elok-elok.  Dia melihat ke arah yang sama.  Tiga pelajar lelaki yang menjadi punca jeritan tadi segak berjalan.

Shahrul Aiman .

Hilman Adha .

Dan , paling menjadi pujaan ..

Daniel Haris .

Gila tak jadi pujaan . Muka elok-elok terbentuk , Ketua Pelajar lagi selepas itu dia tu Kapten bola sepak kot .

" Kau nak tahu tak , aku dengar gosip si Daniel tu bercinta dengan sotong tu, si Isha tu " sambil berjalan menuju ke kelas , rancak Lily bercerita .

Dian pelik seketika , sejak bila ? Bukan ke Daniel tu anti dengan Isha tu.  Minah tulah mesti sengaja sebar cerita tu.  Bukan dia tak tahu perangai Isha macam mana .

" Hah kau percaya sangatlah. Mahu si Daniel dengar , kena kau kang " sengaja Dian mengugut Lily . Nak tergelak tengok muncung budak sebelah ni .

Tapi kalau betul pun mereka bercinta bukan masalah dia. Lagipun mereka berdua secocok je cuma Isha tu perangai kurang sedikit . Berlagak diva .

Sejak dari sekolah rendah lagi dia kenal Isha tu jadi tak ada masalah pun untuk dia kenal gadis itu macam mana . Bahkan dia salah satu mangsa minah tu setiap kali Isha tu mencari mangsa untuk dibuli .

Kan dah cakap hidup dia ini tak seindah mana pun . Agaknya tunggu putera kayangan datang baru rasa bahagia tu agaknya .

Alahai Dian NurZahrah moga bahagia itu ada untuk awak ya.

Tbc






StarlightWhere stories live. Discover now