3

174 19 8
                                    

Daniel memandang gadis yang duduk di bawah pokok sana . Tak panas ke petang macam ni ? Tapi yang menarik perhatian dia bila gadis itu bukan membaca malah menangis.

" Niel , jom balik " Adha menepuk bahu sahabatnya namun pelik bila tegurannya tidak disahut . Dia memandang ke arah yang sama Daniel pandang .

" Ohh budak tu , Dian NurZahrah .. dia baru kehilangan mak dia bulan lepas .. "

Daniel memandang Adha . Mana tahu ?

Adha berdecit geram .

" Budak kelas aku sekampung dengan dia . Katanya sekarang dia duduk dengan ayah dengan mak tiri dia . Dan paling ngam , tu mangsa buli Isha . " Adha tersenyum kecil .

" Mak tiri ? " bisik Daniel perlahan .

Melihat gadis itu masih menangis , Daniel rasa macam tak sedap nak tinggalkan gadis itu sendiri . Tak ada orang dah ni .

" Adha , kau balik dululah . Aku nak hantar something ni . " kata Daniel .

Tak rasa curiga Adha cuma mengangguk sebelum berjalan meninggalkan Daniel. Daniel memang suka buat hal last minute .

Melihat Adha sudah pergi , Daniel berjalan menuju ke arah Dian .

Tiba-tiba Dian rasa sekeliling dia gelap . Kepalanya dipegang.  Tuala ?

" Menangis sampai kau rasa kau lega. Aku duduk belakang pokok kau sandar ni.  Bahaya kau duduk sorang . Cry as much as you want . "

Meskipun Dian tak kenal siapa insan itu tapi dia terus melepaskan tangisannya selepas mendengar kata-kata lelaki itu . Dia menangis sebanyak yang mungkin. Sakit di hati dilepaskan sekuat yang mungkin .

Mendengar tangisan gadis itu , Daniel memejamkan matanya.  Tangisan itu seperti sarat dengan kesakitan yang dipendam sekian lamanya. Daniel pernah rasa tangisan seperti itu . Ya , saat dia hilang heronya beberapa tahun yang lepas .

Dan saat itu langit seperti tahu bisik hati mereka .

" Kenapa awak tolong saya ? " Dian bertanya setelah dia reda dan tenang . Namun mereka tidak langsung memandang antara satu sama lain . Entah kenapa .

" Because you're hurt . Deep inside . Isn't it ? " soal Daniel .

Dian terdiam .

" I once there . Menangis ketika kehilangan orang yang paling aku sayang . My dad gone when I was 4 years old. Sakit sebab dia pergi depan mata . " Daniel buka cerita yang selama ni dia simpan sendiri .

Dian tergamam . Ya Allah , apa yang lelaki ini rasa waktu itu ?

" Dia pergi masa selamatkan aku . Salah aku sebab degil nak aiskrim tu juga . Aku tahu kau sakit sebab ibu kau pergi . Tapi percayalah mereka bahagia dekat sana bila kau kuat. Allah itu ada . Believe me , kau menangis kuat mana pun , ibu kau takkan kembali " ujar Daniel . Dia bersandar merenung langit yang mula gelap .

Sedikit sebanyak Dian setuju dengan kata-kata lelaki itu. Ibunya takkan kembali walau dia menangis sebanyak mana sekalipun . Dia tak boleh salahkan takdir . Allah ada sebab kenapa dia tarik ibu .

" Bersinarlah , bintang. Sebiji maksud nama kau. Cahaya bersinar , bintang . Starlight. Kau kuat jadi bersinarlah untuk arwah. Aku balik dulu.  Kau simpan je tuala tu.  Assalamualaikum " Daniel bangun sebelum pergi meninggalkan Dian. Dia tersenyum kecil . Starlight , moga tersinarlah kau.

Dian baru nak cakap terima kasih namun dia terdiam sebab tidak ada sesiapa pun di belakang pokok itu. Dia memegang tuala yang terukir hurut itu . MDH ?

Senyuman kecil mula terbentuk apabila dia teringat kata-kata lelaki itu. Starlight ? Bukan mudah untuk terus bersinar namun dia akan cuba . Untuk dia.  Untuk ibu . Dan untuk lelaki misteri itu .

***

10 tahun kemudian ,

" Ya ayah.  Ara tahulah balik hujung minggu ni.  Cakap dengan acik tak payah masak . Ara tak tahu sampai bila . " Dian menjulingkan mata ke atas . Tiap kali dapat panggilan , mesti ayah bebel suruh balik hujung minggu ni .

Panggilan ditutup sebaik sahaja ayahnya meminta diri , katanya adik tirinya buat hal lagi. 10 tahun berlalu dan dia masih belum terima lagi keluarga barunya. Tidak mudah bagi dia .

Badan direbahkan ke katil.  Penat memandu dari kampung balik ke KL . Itupun dia balik senyap-senyap sebab dia balik ke rumah arwah ibunya. Rindu tak terkira pada arwah ibunya .

Esok dah mula kerja dekat tempat baru . Aduhh parah betullah sebab ramai cakap boss dekat situ tegas sangat. 

" Zahraa "

Dian menoleh.  Dia tersenyum melihat Lily masuk dengan secawan susu.  Tu mesti nak suruh dia minumlah tu.  Oh ya ! Lily dah kurus cantik sekarang ini . Hahahah !

Kes diet dan senaman dipaksa Dian .

" Ya tahu.  Bak meh aku minum.  Terima kasih ya mbak . Nanti aku bayar pake kasih sayang yaa hahaahahahh " Dian tergelak besar bila Lily acah mahu simbah air pada dia .

Lily tersenyum lega melihat Dian yang sekarang. Makin kuat dan kerap ketawa . Tak rapuh seperti dahulu . Tak tahu kenapa , senang hati dia melihat keadaan itu .

" Kau ready esok ? " tanya Lily .

" Ready walaupun cuak sikit . Hadap jelah dah katapun kerja kan " Dian mengangkat bahu tak kisah .

" Baca doa banyak-banyak.  Kot boleh sangkut jadi jodoh hahahaha ! " Lily mengusap bahunya yang jadi mangsa pukulan Dian.

" Banyaklah kau ! "

Kecil besar kecil besar je dia tengok Lily ini . Tahulah gadis itu dah tunang tapi janganlah kacau dia yang single ini . Lagipun dia masih menanti orang yang sama . Lelaki misteri itu. 

" Dah dah. Pergi tidur. Esok nak bangun pagi kan . "

Dian mengangguk sebelum baring.  Tak lama kemudian matanya mula kuyu sebelum terlelap .

Melihat Dian sudah tidur , Lily tergeleng kecil.  Cepat betul tidur . Dia memandang sekeliling.  Tuala yang terletak dalam bingkai itu dia pandang . Dian cakap ini milik seseorang tapi dia tak tahu siapa .

MDH ?

Lily berkerut.  Tak mungkin lelaki itu. Seketika dia termangu kejap . Tak mungkinlah lelaki dalam fikiran dia sekarang ni.  Lagipun Dian mana pernah kenal dan tak pernah nak ambil tahu pun .

Tak mungkinlah .

Tbc

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 10, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

StarlightWhere stories live. Discover now