Chapter 3

670 80 15
                                    


LAURA yang berada dalam bilik pejabat Puan Maria sibuk melakar di meja kerja. Puan Maria sibuk berurusan dengan seorang datin di luar apabila datin tersebut ingin menempah baju perkahwinan buat anak tunggalnya.

Jari telunjuk Laura cuit dagunya sendiri apabila melihat satu lakaran design baru. Matanya ralit melihat pensel warna yang pelbagai dalam kotak pensel.

"Warna apa yang sesuai eh?" Cuba memikirkan warna yang sesuai untuk design barunya kali ini. Mungkin warna putih dan baby blue memandangkan baju yang dilakar itu dress paras lutut yang tidak terlalu kembang. Laura mula mewarna lakaran tersebut dengan penuh teliti. Tidak mahu kelihatan comot kerana ia sangat cantik untuk projek pertunjukan fesyen pada musim panas nanti.

Seorang wanita dalam linkungan 20-an mengetuk pintu pejabat itu lalu diarahkan oleh Laura untuk masuk. Wanita itu meletakkan secawan air coklat panas untuk Laura di tepi agar air itu tak akan tertumpah pada lukisan Laura. Pernah sekali itu dia terbuat satu kesilapan, Laura yang periang itu berubah 360 darjah mengamuk.

"Thanks, Kak Ani," ucap Laura lalu Kak Ani hanya mengangguk kepalanya perlahan dan minta diri untuk keluar.

Setelah siap mewarna, Laura tersenyum lebar melihat hasilnya hari ini. Terus lukisan itu disimpan dalam satu fail khas untuk rekaannya selama ini. Secawan coklat panas tadi diambil lalu menghirup sedikit demi sedikit. Ahh, sedap!

Deringan telefon pintar miliknya menggamit perhatian Laura lalu dengan pantas dia mencapai. Tangannya menggesek ikon hijau apabila nama Maya terpapar di skrin.

"Hey, Maya! Ada apa kau telefon aku ni?" soal Laura dengan senyuman.

"Eh aku nak call kawan aku sendiri pun tak boleh ke?" Maya menjungkit keningnya di sana walaupun tidak dapat dilihat oleh pancaindera Laura.

"Ala, aku tanya je. Mana tahu kau ada perkara penting ke nak cakap?"

"Hahaha tak adalah. Kau kat mana ni? Rumah?"

"Aku kat butik mama aku ni, baru siap satu rekaan untuk pertunjukan fesyen nanti. Why?" Laura mula berdiri dan melangkah ke tepi jendela melihat kesibukan kota.

Maya seakan berfikir sesuatu.

"Jom keluar nak? Aku bosanlah kat rumah ni. Kita pergi tengok wayang ke shopping ke?" Maya memberi cadangan memandangkan dia sungguh bosan di rumah yang tiada apa itu.

"Okey jom. Tapi kau kenalah ambil aku kat butik mama aku sebab tadi pun aku driver aku yang hantar aku dengan mama tadi."

"Okey, aku nak bersiap kejap. Dah sampai nanti aku mesej kau. Tata!" Terus Maya memutuskan talian tanpa sempat mendengar balasan Laura.

"Selalu sangat main letak telefon macam tu." Laura menggeleng kepalanya perlahan lalu bergerak semula ke meja kerja. Alatan melukisnya dikemas dan disimpan dalam satu beg sandangnya. Setelah selesai mengemas, kakinya mengatur langkah keluar dari bilik pejabat itu.

+++

SELEPAS menonton wayang, mereka berdua terus melangkah masuk ke dalam sebuah kafe. Hanya minuman sahaja dipesan kerana tekak terlalu rasa haus. Sedang Laura ralit bermain dengan telefon pintarnya, Maya di hadapan sudah mula teruja untuk membuka satu topik hangat yang semakin tular di media sosial.

"Eh, kau tahu pasal kerabat diraja tak?"

Laura terus mencari sepasang mata milik Maya, "Kerabat diraja? Tak tahu pun." Maya mencebik bibirnyas setelah mendengar respons sahabatnya itu. Dasar katak di bawah tempurung, perkara ini sudah kecoh di seluruh Kerajaan Rosaelia.

H1| The Noble PrincessWhere stories live. Discover now