Chapter 3 (The Evidence)

5 0 0
                                    

~ ~ ~

Loceng pintu rumah apartment milik Chang Kyun di tekan beberapa kali setelah dia menekan sekali dan tiada siapa yang membuka pintu rumah tersebut.

"Tak ada sesiapa ke dekat rumah?" gumam Jae Ha sambil mengeluarkan telefon bimbitnya untuk menelefon Chang Kyun. Dia datang ke situ untuk memulangkan baju sejuk Chang Kyun yang di pijam beberapa hari yang lepas dan sekali itu dia mahu memasak tengah hari untuk makan tengah hari di situ.

"Eok... tak berjawab. Dia kerja ke? Bukan hari ni dia cuti ke?" Jae Ha bergumam sendirian sambil dia mencari password rumah Chang Kyun yang disimpan di dalam telefonnya. Disebabkan dia seorang yang pelupa jadi, dia simpan password tersebut di telefonnya untuk memudahkannya mengingat.

Setelah memasukkan password, dia terus sahaja masuk kedalam rumah. Ketika dia membuka kasut, dia ternampak sepasang kasut yang sangat familiar. Tapi dia membiarkan sahaja. Malas nak fikir.

Dia terus masuk kedapur dan meletakkan barang-barang dapur yang dibeli. Kemudian dia memulakan ekspedisi menjelajah rumah untuk melihat sama ada Chang Kyun ada di rumah atau tidak. Dia melihat kasut di depan, sepertinya Chang Kyun tidak keluar.

"Oppa~" Jae Ha membuka pintu bilik Chang Kyun dan dia terkedu apabila dia melihat bilik tersebut.

Degupan jantungnya seperti terhenti dan dia tidak tahu apa reaksi yang sesuai diberikan untuk situasi seperti itu.

Dengan baju yang bersepah di atas lantai dan kelihatan Chang Kyun dan seorang perempuan yang sangat dikenali oleh Jae Ha berada di atas katil tersebut tanpa pakaian dan badan mereka hanya ditutupi dengan selimut sahaja. Mereka berdua nampak terkejut dengan kehadiran Jae Ha di situ.

"Aaahhh... Jae Ha-ya... jangan salah anggap. Ini.."

"Mwondaeyo keureom?" tanya Jae Ha dengan pandangan kosong tiada perasaan. Chang Kyun menjadi serba salah. Chang Kyun tidak tahu ayat apa yang sesuai untuk diberitahu kepada Jae Ha.

Jae Ha mengeluh perlahan sambil menutup pintu bilik tersebut. Dia mahu pulang.

"Jae Ha-ya!" panggil Chang Kyun daripada dalam bilik tersebut. Dia keluar dalam keadaan yang tergesa-gesa dan dia hanya memakai pakaiannya yang sempat digapai di lantai. Dia menahan Jae Ha daripada terus keluar daripada rumah tersebut.

Jae Ha diam. Dia langsung tidak bersuara. Wajahnya tidak menunjukkan sebarang reaksi membuatkan Chang Kyun takut.

"Mianhae... saya tahu saya tak patut buat benda tu tapi... malam tadi..."

"Arayo.. sul-eun masyeoss janh-ayo (you drank alcohol)... jadi disebabkan tu semua benda ni jadi." Selamba sahaja Jae Ha berkata membuatkan Chang Kyun terkedu.

"Mianhae..." ucap Chang Kyun perlahan. Dia serba salah sangat sebab dah menghancurkan harapan Jae Ha.

"Kalau oppa rasa serba salah... tolong hantar Hae Na balik dengan selamat. Saya nak tenangkan diri saya sekejap." Balas Jae Ha masih lagi dengan nada yang tenang sebelum dia berlalu keluar dan meninggalkan Chang Kyun.

Chang Kyun hanya mampu melihat sahaja pemergian Jae Ha kerana dia rasa dia tidak layak untuk menghalang Jae Ha. Dia tahu dia salah.

FATEWhere stories live. Discover now