Hiburan

1.8K 82 9
                                    

Di tempat kerja Ali

Ali sedang sibuk menyiapkan kerjanya sambil beristighfar. Ketika dia sedang sibuk menyiapkan kerjanya,tiba-tiba Viktor menegurnya.

Viktor:Assalamualaikum Ustaz Ali!
Ali:Waalaikumussalam,kau ini kalau tak kacau aku sehari tak boleh ke?
Viktor: Itukan tugas aku.Hehe.
Ali:Kau nak apa ini?
Viktor:Takde apa,aku cuma nak ajak kau pergi kafe je masa lunch nanti.
Ali:Boleh je.Eh,kau tak nak cuti ke?Pergi honeymoon ke?Maklumlah,kau kan pengantin baru.
Viktor: Insya-Allah,esok aku cuti.Nak pergi honeymoon dengan Mia,isteri tercinta aku.
Ali:Amboi,isteri tercinta bagai.Kat mana kau nak pergi?
Viktor: Rahsia.Mana boleh beritahu kau.
Ali:Ceh.

Semasa lunch di kafe,Ali dan Viktor sedang berbual sambil minum air.Tiba-tiba,Viktor menunjukkan iklan filem yang baru kepada Ali.

Viktor:Ali,tengok ini.
Ali:Eh,filem apa ini?
Viktor:Ini filem baru.Tapi jalan ceritanya tak elok.Penuh dengan bahasa kesat,pelakon-pelakon perempuan pula pakai seksi.Lepas itu,kategori 18 tahun ke atas.
Ali:Filem luar negara ke itu?
Viktor: Haah,tapi aku perasan filem Melayu pun dah banyak macam itu.Pelakon Melayu Islam tapi pakaian seksi dan ketat.Lepas itu,kategori 13 tahun ke ataslah.Jalan cerita pun banyak menggalakkan unsur-unsur haram seperti couple,pergaulan bebas dan sebagainya.
Ali:Sebenarnya,aku pun dah lama perasaan hal ini.Bukan filem je,hiburan-hiburan seperti komik,novel,muzik dan macam-macam hiburan lain pun tidak terlepas daripada semua unsur ini.Iklan kat tv pun selalu tayangkan perempuan-perempuan seksi demi menarik perhatian pembeli lelaki.Haih,aku pun tak tahu nak cakap apa.Tapi,itulah hakikat dunia ini Viktor.
Viktor:Tapi,kenapa takde orang yang buat hiburan-hiburan Islamik dan patuh syariah seratus peratus?
Ali:Ada je,tapi tak ramai yang buat.Lagipun,masyarakat kita sekarang ini terbalik.Orang buat hiburan yang ada unsur-unsur haram diorang sokong bukan main.Tapi,bila orang buat hiburan patuh syariah,ada unsur dakwah dan tarbiah,orang kecam dan kutuk.
Viktor:Itulah,generasi sekarang pun banyak terpengaruh dengan segala unsur haram melalui hiburan macam ini.Sampai akhlak mereka terabai,pergaulan bebas,mencarut,melakukan zina dan sebagainya.Nauzzubilah.Kat media sosial pun banyak orang post benda-benda macam ini.Hiburan macam Al-quran tak nak pula baca.Apalah nak jadi dengan dunia ini.
Ali:Sebab itulah kita sebagai umat Islam kena hasilkan hiburan yang mempunyai unsur dakwah dan tarbiah.Selain itu,kita juga mesti pastikan segala hiburan itu tidak mempunyai sebarang unsur yang dibenci oleh Allah SWT.
Viktor:Betul itu,aku sokong.Eh,alamak!
Ali:Kenapa?
Viktor:Waktu lunch dah habis.Kita kena balik ke pejabat.
Ali:Yakah,jom cepat.
Viktor:Okay.

Pada malam itu,Ali sedang membaca Al-quran sambil membaca terjemahannya.Tiba-tiba,kepalanya berasa sakit yang sangat kuat.

Ali:Argh,sakitnya ya Allah.
Comot:Meow.
Ali:Ergh,takde apa Comot.Aku okay.
Comot: Meow.

Bersambung

Assalamualaikum,author harap korang terhibur dengan cerita ini.Author harap korang dapat banyak manfaat daripada cerita ini.Jumpa lagi.

Why Are You Leaving Us? (EJEN ALI STORY) Where stories live. Discover now