-story(1)-

33 2 0
                                    

"Sini kau budak! Dasar budak menyusahkan!"

Aku terus berlari tanpa arah tuju jauh dari pandangan ayahku. Aku takut akan dipukul lagi. Aku dah tak tahan lagi duduk sebumbung dengan ayahku. Sejak kematian ibuku, aku selalu dimarahi dan dipukul oleh ayahku. Jika dulu ibuku ada untuk melindungiku, kini aku perlu bertahan dengan ayahku yang bersikap panas baran dan kaki pukul.Ayah selalu pulang lewat ke rumah gara-gara melepak dengan kawannya sambil minum arak.

"Anak tak guna! Kau jangan nak lari. Menyusahkan aku je kerja kau hah!"

Aku tidak mahu pandang ke belakang. Aku takut melihat muka bengis ayahku sekarang.

Aku takut.

Tolong aku.

Secara tidak sengaja, aku bertembung dengan seorang lelaki yang kelihatan lebih kurang sama baya dengan ayahku. Mungkin lelaki itu boleh membantuku. Kerana ketakutan yang amat,aku menyorok di belakang lelaki itu. Aku memegang hujung bajunya kuat.

"Pakcik,huh huh. T-tolong saya pakcik. Ayah saya nak pukul saya. Huh"kataku tercungap-cungap.

Pakcik itu kelihatan terkejut. Beberapa saat kemudian pakcik itu menjawab"jangan takut. Pakcik ada dengan kamu ya?" Aku mengangguk.

"Yah budak!"

Ayah aku melihat aku dan pakcik itu silih berganti.

"Kau! Bagi budak tu kat aku!"

"Encik,bertenang. Jangan  berkasar dengan anak encik"

"Kau jangan nak masuk campur hal aku dengan anak aku!"

"Encik jangan cuba apa-apakan dia. Dia masih budak lagi. Apa yang budak ni dah buat sampai encik mengamuk tak tentu pasal ni?" Pakcik itu cuba berbincang dengan ayahku. Ayahku merenungku dengan mata merah menyala sebelum mengalihkan pandangannya semula menghadap pakcik itu.

"Budak malang ni dah pandai mencuri botol arak aku. Hei budak,bagitahu aku kat mana kau sorok botol tu. Cepat!"

"Kook tak ambil!"

"Dah pandai menipu kau sekarang hah! Dasar budak tak kenang budi. Kalau aku tahu jadi macam ni, dari dulu lagi aku dah tanam kau hidup-hidup! Biar mati dengan mak kau yang bodoh tu"

"Encik ada bukti? Jangan tuduh melulu takut memakan diri nanti. Nak saya call polis biar diorang je yang tolong selesaikan kes ni?"

"Hei kau tak payah libatkan polis dalam hal ni. Dah bagi budak tu kat aku"

"Tapi encik kena janji encik takkan pukul dia"

"Yela yela. Ha bagi budak tu cepat"

Pakcik itu memandang aku. Semakin kuat peganganku pada hujung bajunya. Aku menggeleng kepala tanda tidak mahu.

Pakcik itu memandang semula kehadapan. Beberapa saat kemudian dia menjawab, "Macam ni la encik. Encik kata anak encik menyusahkan,kan? Kalau macam tu,biar saya yang jaga anak encik"

Dia nak jaga aku?

"Apa yang kau boleh bagi kalau aku bagi budak ni?"

"Encik cakap je berapa yang encik nak"katanya tenang.

"Kalau aku kata aku nak satu juta?"

Pakcik itu mengeluarkan sekeping kertas kemudian mengambil pen di poket kiri bajunya untuk menulis sesuatu di kertas itu. Kertas itu dihulurkan kepada ayahku.

"Fuhh, biar betul! Kaya rupanya kau ni. Hmm okay. Kau ambil je la anak aku tu. Menyusahkan aku je budak tu"

Aku agak terkilan dengan kata-kata ayahku.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 11, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

-MAFIA-Where stories live. Discover now