14

1.7K 86 18
                                        

Alex P. O. V

Aku menyuap nasi dengan Tangan kiriku, menggunakan sudu. Almaklumlah, Tangan kanan aku masih bersimen.

Oh ya, aku dah keluar dari hospital minggu lepas. Dan sekarang aku tinggal dekat rumah ibu, memandangkan ibu tak benarkan aku duduk dekat rumah sewa selagi Tangan aku tak baik... Hahahahaha

Apalah ibu ni, bukan nya aku duduk sorang dh... Kan ada Christina sekali.

Dannn.... Disebabkn aku tak duduk dekat rumah tu, Shane pula tak benarkan Christina tinggal seorang. Sudahnya, Christina duduk sekali dekat rumah ibu ni.

"Alex, lepas makan nanti.. Minum susu ni." Puan Lily meletakkan mug berisi susu. Tersedak aku mendengar.

'Susu!?' Aku memandang mug.

'Yuck.... I hate milk'

Seperti mug tu yang nak telan aku.... Seram

"Tapi ibu...Alex kan tak suka susu." Aku memandang ibu. Memohon belas kasihan.

"No, no, no...Kamu kena minum susu, untuk cepat baik. Tulang angan kamu tu patah, perlukan lebih kalsium." Bebel Puan Lily.

Aku menelan liur, payah. Kembang rasa tekak... Berapa tak sukanya aku terhadap minuman bernama susu.

"Ibu... Please..." Aku masih cuba mendapatkan belas ehsan.

"Nooo... Kena minum. Lagi pun susu ni Tina yang buatkan. Kesian dia susah payah nak buatkan untuk Alex. Dia nak Alex cepat sihat." Puan Lily menunjuk kearah Christina yang berada di dapur.

Aku mengarah pandangan kearah yang sama. Kelihatan Christina memandang aku, sambil berpeluk tubuh.

Entah kenapa, sejak aku sedar tempoh hari...layanan Christina terhadap aku agak berbeza. Entah lh, atau mungkin aku je yang terlebih perasan.

Aku mengeluh, kembali memandang mug susu.  Perlahan-lahan aku mencapai mug berisi susu tersebut.

Aku mengangkat mug, mendekatkan ke bibir. Warna dan bau susu membuatkn aku rasa mahu pitam. Yuckk...

Aku menarik nafas dalam, seperti aku mahu menyelam.

Dalam satu nafas, aku memaksa tekak ku menelan kesemua susu sehingga habis.

Aku meletakkan mug. Mulutku menahan rasa mahu muntah.

Oh shit! Nak muntah.

Cepat-cepat aku bangun berlari ke tandas.

*****

Christina P. O. V

Puan Lily menghampiri aku bersama gelengan perlahan. Di tangannya terdapat mug yang telah kosong.

"Hmm... Macam tulh Alex. Dia memang tak suka betul dengan susu. Lepas minum je, mesti muntah." Puan Lily bercerita.

Aku senyum nipis.

"Mari sini Tina basuhkn mug. Aunty pegilah rehat." Puan Lily menghulurkan mug tersebut kepada aku.

Aku membawa ke sinki.

Sebenarnya susu tadi cuma salah satu cubaan aku untuk menjawab persoalan berkenaan Alex.

'Nama sama'

'Dua-dua benci kan susu. Serupa'

Usai membasuh mug tersebut, aku berjalan kearah bilik aku di tingkat atas.

Bilik aku bersebelahan dengan Shane, dan berhadapan dengan Alex.

Aku berhenti di antara bilik aku dan Alex. Aku menghadap pintu bilik Alex.

Tangan ku genggam, berkira-kira mahu mengetuk pintu bilik Alex.

Otak aku menahan, hati aku pula mengarah.

Aku mengetap bibir.

'Ini Alex aku ke?' Aku brsoal sndiri.

Tanpa aku duga, pintu bilik terkuak dari dalam.

Aku terkaku, Alex tersentak.

"Tina? Err... Buat apa depan bilik saya ni?" Alex menyoal pelik. Jelas wajah Alex sedikit kemerahan, mungkin akibat muntah tadi.

"Err... Emmm... Saya risau. Awak okay ke?" Aku bertanya. Cuba untuk menutup kegugupan.

Alex tergelak.

"Saya okay, saya memang macam ni lepas minum susu. Sebab tu tak gemar dengan susu." Ujar Alex.

"Emm... Saya minta maaf, tak tahu pula kesan susu tu sampai awak muntah. Saya tak tau."

"Nah, sokay lah. Tapi lepas ni jangan buat lg dah. Sumpah trauma." Ujar Alex tergelak. Aku ikut sama gelak.

Gelak meskipun mata aku ralit mencari perbezaan Alex aku dan Alex ini.

Sumpah mereka berdua tiada beza, kecuali parut pada kening Alex ini. Itu sahaja yang membezakan mereka.

" Awak takde kelas ke hari ni? " Alex menyoal.

"Ah, ada. Kejap lagi Shane datang ambik."

"Okay, hati-hati tau. Emmm... Saya nak turun bawah ni, nak minum air." Sempat Alex memberi pesanan. Aku senyum.

Baru sahaja Alex melangkah, aku bersuara semula.

"Never and Always." Aku sengaja berkata sedikit kuat.

Aku perasan langkah Alex terhenti.
Aku memandang belakang tubuh Alex.

"Pernah dengar tak ayat tu?" Aku menyoal.

Lama. Sebelum perlahan-lahan Alex kembali berpaling kearah aku.

"Ayat apa tu?" Soal Alex, tersengih kelat. Jelas wajahnya menunjukkan tidak tahu.

"Hmm.. Takde apalah. Teringat ayat dekat novel je. Okay lah, saya nak bersiap. Takut Shane dah nak sampai." Ucap aku, seraya berlalu masuk ke dalam bilik.

Tidak lama kemudian kedengaran pintu di hadapan bilik aku pula tertutup.

Alex yang sama ke?







Aloha gaizz.... Selamat ber PKP
Sorry lama hilang, susah betul nk cari idea nk smbung... Hee.. Sorry again gaiz...

Thank u sudi tugggu... Nah hadiah sbb kornag #stayathome

Never and Always (GxG) {ON HOLD}Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang