Bab 1 💖

1.6K 123 20
                                    

Cawan di tangannya disisip. Minuman diteguk ke dalam mulut. Beberapa saat, dia berhenti minum dan meletak cawannya di atas meja. Tangannya menongkat kepalanya. Matanya melirik sekeliling. Sunyi. Itu lah dia rasa sekarang.

Derapan kaki menarik perhatiannya. Seorang maid berjalan kearahnya.

"Tuan, tuan Amato dan Puan Aisyah menghubungi tuan" ucap maid.

"Ok. Kamu boleh pergi sekarang" balas Boboiboy. Maid menangguk dan dia pergi dari situ. Boboiboy menghela nafas, dia terus bangun dan menaiki tangga. Dia memasuki biliknya, lantas tangannya memegang mouse. Tekan beberapa klik, terus muncul seorang lelaki dan wanita separuh abad di papar skrin komputer itu. Senyuman Boboiboy dicariknya.

"Anak papa apa khabar?" soal Amato.

"Boboiboy sihat saja" jawab Boboiboy.

"Kamu betul-betul okey ke sayang? Macam tak bermaya saja" soal Aisyah. Boboiboy menggeleng kepala.

"Tiada apa-apa. Boboiboy ngantuk saja" kata Boboiboy dan tangannya menutup mulut yang tiba-tiba menguap.

"Boboiboy, tidur dan rehat cukup tau. Mama papa risau kamu ni " kata Aisyah. Boboiboy menangguk.

"Ya mama papa. " jawab Boboiboy. Mereka berbual sehinggalah Amato dan Aisyah meminta diri menutup talian kerana banyak urusan kerja yang perlu dibuat. Boboiboy akur saja dan menutup komputernya. Boboiboy merebah di atas katil, mata ditutup.

Boboiboy. Atau orang lain panggilnya Khairul. Boboiboy hanya nama panggilan manjanya.
Dia sudah lama berdikari sejak dia masuk sekolah menegah. Sudah hampir 5 tahun dia tidak berjumpa ibu bapanya depan-depan. Peluk dan salam sudah lama tidak merasainya, dia sungguh merinduinya.
Sebab apa?
Amato, bapa Boboiboy bekerja sebagai duta di London. Aisyah, ibu Boboiboy juga mengikuti nya kerana mereka juga ada membuat bisnes, dan syarikat mereka sangat terkenal hampir seluruh negara. Ikutkan hati, mereka mahu membawa Boboiboy bersama mereka juga. Tetapi Boboiboy menolaknya kerana dia mahu tetap tinggal di Malaysia, tanah airnya. Mereka sudah juga guna kekerasan, tapi Boboiboy masih mahu juga tinggal di situ. Disebabkan itu, Amato sudah banyak mengupah bodyguard untuk Boboiboy. Yalah, itulah anak tunggal mereka satu-satunya.

Boboiboy menoleh ke kanan. Gambar keluarganya ditatap. Rindu. Dia hanya memikirkan keputusan dahulu dia buat.

"Kalau aku pergi sana pun, mama papa mesti sibuk kerjanya." Boboiboy keluh buat kali ke berapa. Otaknya penat fikir mula penat. Terus Boboiboy melelapkan matanya.






Sebaik saja kakinya melangkah di sekolah, gadis-gadis terus memandangnya. Boboiboy seperti biasa, senyum kepada mereka. Ada di antara mereka terpaku senyumannya, ada yang terjerit-jerit bagai. Boboiboy pada mulanya tidak senyum, tapi biarlah dia senyum. Biar semua orang tahu dia gembira, tetapi dalam dirinya sungguh sakit.

Tergedik-gedik fangirls berlari kearahnya. Boboiboy cuba bertabah keadaan sekarang. Dia mahu menuju ke kelas sungguh payah, manakan tidak fangirls berkumpul dengan dia.

Sesampai di kelas, dia meletak begnya sebelum duduk kerusi. Fangirls nya hanya pandang dia dari luar, dan ada di antara fangirls nya di dalam kelas merenungnya di tempat masing. Boboiboy sungguh rimas.

Seorang budak lelaki mengetuk meja Boboiboy untuk menarik perhatian Boboiboy. Terus kepala Boboiboy diangkat untuk melihat dia.

"Hai Niel"kata Boboiboy. Senyum nipis ditayang oleh Boboiboy.

"Hai Boboiboy. Mana buku aku?" Tanya Niel dan senyum sinis kepada Boboiboy. Boboiboy menangguk. Dia memberikan buku kepada Niel.

Pada pandangan semua orang, Niel ialah kawan rapat Boboiboy. Tetapi hakikatnya tidak. Niel suka memberi kerja sekolahnya kepada Boboiboy untuk menyiapkannya. Boboiboy pula tidak kisah.

"Terima kasih Boboiboy. Nanti aku beri lagi" ucap Niel. Boboiboy senyum dan menangguk. Niel terus kembali ke tempatnya.

"Bangun!" Kata ketua kelas itu sebaik saja cikgu memasuki ke kelas mereka. Semua murid di dalam kelas bangun.

"Selamat pagi cikgu Alia"

"Selamat pagi murid-murid. Duduk" arah Cikgu Alia. Terus semua murid duduk dan mereka memulakan sesi pembelajaran.

Senyumlah BoboiboyWhere stories live. Discover now