1. Jendela
Aku memerhati jendela bilikku pada waktu malam dan mendapati bayangan diriku di situ, namun aku baru sahaja menyadari bahawa ayahku tidak pernah memasang cermin jendela di bilikku!
2. Ibu
Sebelum aku mahu masuk tidur, aku mendengar ibuku memanggilku dari arah biliknya. Aku pun keluar dari bilikku dan membuka pintu bilik ibuku. Namun, ketika aku telah membuka pintu, aku baru ingat bahawa ibuku sedang berada di luar kota!
3. Rumah sebelah
Aku terbangun dari tidur sekitar pukul 2 pagi kerana mendengar suara orang bergaduh di rumah sebelahku.
Pada mulanya aku berasa marah, namun pada akhirnya aku mula berasa takut kerana aku baru sahaja ingat tentang rumah sebelahku yang tidak berpenghuni sejak kes pembunuhan antara pasangan suami isteri 3 tahun yang lalu!4. Nenekku
Secara jujurnya, aku memberitahu kepada nenekku bahawa aku teramat rindu padanya sejak kebelakangan ini. Ia pun mengucapkan perkara yang sama. Aku pun menangis sambil melihat foto terakhir aku bersama nenekku sebelum nenekku meninggal dunia...
5. Jari budak
Benar kata orang, jari budak kecil sangat comel dan manis sehingga aku tak perlu menambahkan gula di mangkukku...
6. Orang-orang
Aku melalui jalan yang terletak berhampiran sawah padi yang begitu luas... Aku ternampak orang-orang yang mula rapuh namun masih kukuh... Aku pun bergegas pulang ke rumah dan ketika aku telah sampai di rumah, aku pun menoleh ke belakang dan melihat orang-orang itu betul-betul berada di belakangku...
7. Dikepung
Aku mahu masuk ke bilikku untuk mengulangkaji pelajaran. Ketika aku sedang membuka pintu, aku ternampak sosok lembaga hitam yang mengerikan didalam bilikku. Saat aku mahu keluar, aku melihat sosok lembaga hitam yang lain sedang berdiri di hujung koridor. Jika kalian berada pada posisiku saat ini, apa yang bakal kalian lakukan?
8. Sendirian
Aku hanya duduk bersendirian didalam rumah memandangkan ibu bapaku sedang berada di luar kota. Saat aku berada di koridor tingkat dua di rumahku, aku mendengar seseorang memanggilku dari arah belakangku lalu aku pun menoleh ke belakang. Lalu, saat aku memandang kembali ke hadapan....... Kalian pasti dapat mengagaknya, bukan?
9. Selimut
Aku berselubung demi mendapatkan kehangatan disaat cuaca yang begitu dingin dapat kurasakan pada malam itu. Tapi.... Aku dapat merasakan bahawa bukan aku seorang sahaja yang berselubung dengan selimut ini!
10. Kamera
Aku benar-benar lupa keberadaan kamera yang kuletakkan diatas meja dapur buat kali terakhir. Dan pada keesokan harinya, aku mendapat khabar bahawa kamera tersebut ditemukan diatas kubur tuannya sendiri, iaitu arwah abangku...
11. Bantal Peluk
Aku dapat merasakan suasana yang begitu sunyi pada malam itu berbanding malam sebelumnya sehinggakan aku dapat mendengar degupan jantungku dan hembusan nafas dari bantal pelukku...
12. Langsir
Aku berada di ruang tamu seorang diri. Aku memandang langsir baruku dan ternampak sesuatu yang membentuk seperti susuk tubuh yang berbalut kain putih...
13. Ikan
Aku berasa bangga kerana telah mendapatkan ikan-ikan segar yang begitu banyak ketika sedang memancing pada hari itu berbanding hari-hari lainnya. Saat aku sampai di rumah, aku melihat kembali ikan-ikan tersebut dan kesemua ikan tersebut sudah tidak berkepala...
14. Kucing
Kucingku bersikap aneh pada malam itu. Ia sering mengiau dengan begitu kuat seakan-akan ternampak sesuatu diatas loteng rumahku.
15. Buku cerita
Aku membaca buku seram yang memaparkan kisah-kisah yang begitu mengerikan bagiku... Dan saat aku telah menamatkan pembacaan, aku melihat ke hadapan dan kesemua cerita tersebut menjadi kenyataan...
~Penggemar berusaha meminta~
YOU ARE READING
Dua Kalimat: Permulaan
HorrorApabila kisah-kisah pendek yang tiada kena-mengena antara satu sama lain disatukan, maka ia akan menghasilkan sebuah petanda atau pesanan yang MISTERI...