Prologue

800 22 0
                                    

Zaman sekolah - 🌾

"Weh Farisya kau dapat nombor 1 lagi dalam kelas?" tanya Amalin. Farisya tersenyum. "Alhamdulillah.. Ya Malin..." jawabnya.

"Diakan pandai..." ujar Hajar yang tiba tiba muncul. Amalin tersenyum sinis. "Ramai pulak tu orang sukaaa.." sambung Yasmeen.

Farisya mengaru kepalanya yang tidak gatal. "Korang ni kenapa tetiba cakap macam tu?" tanya Farisya pelik. Janggal rasanya dirinya di'puji' begitu.

Amalin gelak dan memegang bahu 'kawan' nya itu. "Kenapa apa? Tak betul ke kitaorang cakap.. Kan Hajar, kan Meen... Kau memang bijak... Cantik..." ujar Amalin dengan senyuman menyenget. Tak ikhlas langsung!

Farisya tersenyum. "Haha, terima kasih puji aku.. Korang pun apa kurangnya.. Kita kan sahabat..." ujar Farisya. Amalin, Hajar, Yasmeen tersenyum sumbing.

'Sahabat? Herh! Kau ni perampas!' desis hati Amalina. Hajar dan Yasmeen menjulingkan mata sahaja melihat Farisya ini.

"Isya! Cikgu panggil kau pergi pejabat.." ujar Rahimi. Rahimi merupakan ketua kelas. Farisya mengangguk dan terus berlalu pergi.

"Bodoh punya perempuan... Dia fikir kita ni suka dia ke? Lelaki lain ramai lagi! Irfan juga yang dia ambil.. Bukan dia tak tahu aku ni sukakan Irfan!" marah Amalin. Hajar dan Yasmeen tersenyum. Inilah masanya untuk tuang lagi minyak atas api!

"Ala, normal latu, dalam baik diatu, ada juga hasad dengki dalam hati dia kat kau Malin!" tambah Hajar. Yasmeen mengangguk. Amalin? Apa lagi panas lagi la jiwa raga dia!

216 words ❤️
Lain sikit daripada yang lain sis buat kalini. 😘 Hope enjoy!Sis akan publish 2 bab setiap hari(tgklah kalau tak busy) 🎉

DENDAM FARISYA Where stories live. Discover now