"Assalammualaikum Umi, Abi..." ujar Farisya setelah masuk kedalam rumah dan hendak menyalami mereka berdua. Tiba tiba, satu tamparan hinggap di pipi Farisya. Papp!
"Umi, kenapa ni?" tanya Farisya sebak. "Kau tanya Umi kau kenapa?! Ni apeni?!" marah Abi Farisya. Dia menunjukkan gambar yang mereka dapat pagi tadi. Gambar perbuatan terkutuk anak gadis mereka.
"Pakcik, Makcik maaf saya mencelah..." belum sempat Raikal bercakap Abi Farisya menumbuk muka Raikal. Farisya yang melihat situasi itu terus menahan Abinya.
"Abi, kenapa pukul bos Isya... Ni bos Isya laa.. Gambar dan video yang Abi dapat tu biar Isya terangkan..." ujar Farisya dalam tangisan. "Ouh kau nak pertahankan laki ni?! Laki ni ke yang tido dengan kau tu?!" marah Abi Farisya.
"Bukan! Bukan Abi, Umi dengar la ape Farisya nak kata ni..." ujar Farisya sedu sedan. Raikal yang tadi diam sahaja membuka mulut. "Maaf Pakcik, Makcik.. Saya bukan lelaki itu... Tapi tolong dengar penjelasan anak pakcik and makcik ni dulu.." ujar Raikal memujuk.
"Kamu diam!!" jerkah Umi Farisya. Raikal terus senyap. "Sampai hati kau nak, kau buat kami macam ni! Kami dah didik kau dengan baik! Ni balasan kau?! Kau ni memang tak guna! Kau conteng arang di muka kami! Kau..." tidak sempat habis ayat Abi Farisya, Pak Osman terus jatuh. Dia memegang dadanya.
"Abang!" jerit Sabariah Umi Farisya. Farisya yang melihat Abinya terbaring itu terus melulu ke Abinya. "Abi... Isya tak buat... Abi... Bos, tolong bawak Abi saya pergi hospital sekarang..." lirih suara Farisya.
Raikal mengangguk dan mengangkat Pak Osman.
245 words ❤️
YOU ARE READING
DENDAM FARISYA
RandomFarisya ialah seorang gadis yang cantik, sopan santun dan bijak. Semua orang selesa bersahabat dengannya. Tetapi bukanlah dinamakan kehidupan, jika tiada orang membenci. Hidup nya berubah sekelip mata, setelah dia ditikam belakang oleh kawan rapat s...