Veronica duduk menghadap kearah Edward yang sedang sibuk menaip sesuatu dikaca laptop.Wajah tampan suaminya itu dipandang dengan senyuman.Dia tidak pernah bosan melihat wajah tampan itu.Tidak terasa sudah 4 bulan mereka menjadi suami isteri.Semua yang terjadi terasa cepat bagaikan mimpi.Angin yang bertiup lembut dari balkoni terasa sejuk menerpa kulit.Edward masih kelihatan sibuk dengan kerjanya.Malas menganggu Veronica
segera mengatur langkah ke dapur untuk membancuh secawan kopi.Jam di dinding dapur dikerling sekilas.10 Pm!.Ya sekarang jam di dinding menunjukkan angka 10.Maksudnya sebentar lagi mereka akan tidur.Setelah siap membancuh air Veronica segera beredar kembali ke balkoni.
Edward melepaskan keluhan perlahan.Aroma kopi yang dibawa oleh isterinya itu tidak menarik minatnya sama sekali.Otaknya ligat berfikir cara untuk meyakinkan Mark Obryn untuk melabur dalam syarikatnya.Mark merupakan anak kepada sahabat baik Ayahnya namun dia memiliki Syarikat yang cukup besar dan setanding dengan Ayahnya walaupun lelaki itu baru mencecah usia 32 tahun.Kebelakangan ini bisnesnya agak kurang memberangsangkan.Dia tidak tahu dimana silapnya.Tiba~tiba terasa sepasang tangan merangkul wajahnya.Ciuman mendarat dibibirnya lembut.Edward cuba menolak namun Veronica mulai berkelakuan liar.Terasa bibirnya digigit dan jari jemari wanita itu merayap ke seluruh tubuhnya.Edward melepaskan keluhan apabila tangan Veronica terasa sibuk mencari Zip seluarnya.Walaupun dia menginginkan dia untuk terus beraksi tetapi otaknya kuat mengatakan untuk berhenti.
Masih ada kerja yang perlu diselesaikan selain ini.Edward kemudian mengecup lembut bibir Veronica sebelum melangkah keruang tamu.Dia memerlukan ruang dan waktu bersendirian sekarang.Veronica yang baru saja ditinggalkan edward pula hanya terkedu tidak percaya.Disaat keinginnanya memuncak,Edward dengan selambanya pergi meninggalkanya.Dengan kecewa Veronica meneguk habis kopi yang dibancuhnya tadi.Sementara Edward yang berada diruang tamu kembali memfokuskan pandangan pada laptopnya.Dia harus membentangkan alasan~alasan bernas agar Mark Obryn mahu melabur dalam syarikatnya.Dia amat memerlukan itu sekarang.
Veronica melangkah kearah katil dengan perasaan hampa.Jam didinding bilik tidurnya sudah menunjukkan angka 12.00 pm dan Edward masih sibuk diluar dan belum menampakkan minat untuk tidur.Veronica merebahkan dirinya keatas tilam.Mahu tidak mahu Edward memang tidak memperdulikan keingińnya .Veronica terpaksa tidur kehampaan.
YOU ARE READING
Aku atau Dia
Roman d'amourNovel ini mengisahkan dua orang sahabat iaitu Bella dan Veronica dimana mereka berdua mencintai lelaki yang sama iaitu Edward.Bagaimanakah kesudahan cerita mereka apabila Bella yang merupakan kekasih Edward terpaksa berputih mata apabila sahabatnya...