Prolog

33 3 0
                                    

Flashforward:

*Tap* *Tap* *Tap*

"K-Kau semua ni siapa!?"

"Dato' Ghazali, awak telah pun melanggar  Undang-Undang Seksyen 39B, Akta Dadah Merbahaya, 1952..."

_____________________________


Keenam-enam gadis yang berdiri di hadapan pintu yang luas terbuka, mereka berpakaian hitam lengkap seperti ejen dan berkasut boot. Mereka memakai topeng muka hitam yang menutupi separuh daripada wajah mereka, namun begitu, masih terserlah kecantikan mereka dengan hanya pandangan dari mata sahaja.

Salah seorang dari mereka melangkah ke hadapan.

*Click*

Gadis yang berambut merah dan panjang mengurai itu mengangkat sebelah keningnya, dia seperti langsung tidak kesah apabila terdapat beberapa buah pistol diacukan kearahnya.

Well, Dato' Ghazali bukan seorang yang mudah disingkirkan, beliau merupakan seorang yang banyak harta wang ringgit. Sudah semestinya pengawal peribadi yang diupahnya bukan sembarangan.

Tapi... pernahkah kerja mereka senang?

Gadis itu hanya ketawa sinis sebelum mengangkat kedua-dua belah tangannya sambil memandang ke arah Dato' Ghazali dengan pandangan yang tajam. Tidak menunggu arahan, yang lain turut menuruti perbuatannya.

"Dato' Ghazali, kita boleh buat ni dengan cara yang mudah"

Kata gadis itu. Dato' Ghazali merengus apabila mendengar tawaran itu, beliau merupakan seorang yang kuat dalam dunia bisnes, tiada siapa yang boleh kalahkan beliau melainkan dirinya sendiri!

Lelaki tua berumur 50 tahun itu memandang ke arah pengawal peribadi yang berada dekat di sebelahnya. Selepas mendapat isyarat daripada Dato', pengawal itu menurunkan pistolnya lalu menuju ke arah gadis itu untuk menahannya.

Dato' Ghazali hampir sahaja ketawa sadis apabila melihat gadis itu dibawa ke arahnya, tangan dipegang kuat dari belakang. Beliau kembali tenang lalu melabuhkan punggungnya semula ke kerusi eksekutifnya.

Malangnya.. wrong move.


Dengan pergerakan yang pantas seperti kilat, seorang gadis berambut hitam pendek mengeluarkan sebuah alat kawalan yang berbutang merah ditengahnya. Ketua yang ditahan itu hanya boleh tersengih di dalam hati.

"Selamat tinggal, Dato'~"

Bisik gadis berambut merah itu lalu membuatkan Dato' Ghazali hairan kerana tidak berapa dengar dengan apa yang dikatakannya. Manakala, pengawal peribadi yang masih memegang tangan gadis itu terus memandang ke belakang untuk melihat situasi yang sebenarnya.

Matanya membulat, belum sempat dia memberi arahan, telinga kanannya yang beralatkan bluetooth headset itu seperti sudah menerima sebuah kejutan elektrik yang sangat kuat sehingga menyebabkan gadis yang sedang ditahannya itu terlepas secara tidak sengaja.

Gadis berambut merah itu terus menyadung kaki pengawal itu lalu terus menendang bahagian kepalanya setelah badannya jatuh ke atas tanah. Oleh kerana impak yang kuat, pengawal peribadi itu pengsan dengan serta merta.

Ianya tidak mengambil masa yang lama untuk mereka yang lain dihabiskan oleh gadis-gadis itu. Dato' Ghazali mulai menggiggil ketakutan, beliau terus bangun dari kerusinya dan berundur ke belakang secara refleks.

*Bam!*

Kerusinya terjatuh. Keenam-enam gadis itu beratur secara memanjang sambil berjalan ke arah Dato' Ghazali pada masa yang sama, tiada sepatah perkataan pun dikeluarkan.

*Tap* *Tap* *Tap*

Bunyi tapak kasut mereka yang kuat membuatkan lelaki tua itu semakin takut apabila mengetahui gadis-gadis itu tidak jauh darinya. Jantungnya berdetak semakin kuat dan laju, pernafasannya sukar untuk dikawal.

Dengan jari yang menggiggil, beliau menunjuk ke arah mereka.

"K-Kau semua ni siapa!?"

2 daripada 4 mereka ketawa sinis apabila mendengar soalan itu, biar betul, macam manalah orang tua bodoh sepertinya boleh memiliki sebuah syarikat yang terkuat di negara ini? Oh ya... kalau dia ini pengedar dadah, sudah semestinya dia melakukan jenayah yang lain seperti rasuah juga kan?

"Dato' Ghazali, awak telah pun melanggar  Undang-Undang Seksyen 39B, Akta Dadah Merbahaya, 1952..."

Entah dari mana beliau mendapat tenaga itu, Dato' Ghazali dengan beraninya berdiri dengan tegak, tanpa berfikir dua kali, beliau mengangkat kerusinya yang terjatuh itu sebelum membalingnya ke arah gadis-gadis itu.

Mereka seperti sudah menjangkakannya, hanya mengelak sedikit sebelum kembali di dalam barisan seperti tadi.

Dato' Ghazali, seperti sudah hilang akal, ketawa bagai hendak gila.

"Kau bukti pun takde, ada hati nak tahan aku?! Hei! Aku boleh saman kau lah!"

Ketua kumpulan itu memandang ke arah gadis berambut hitam yang hanya mengagguk sebelum menunjukkan sebuah video pertukaran beg yang berisikan wang dengan beberapa paket plastik yang berisikan serbuk putih atau dikenali sebagai Kokain.

Ianya tidak mengejutkan apabila Dato' Ghazali mengenali beberapa orang di dalam video itu kerana mereka ada pekerjanya sendiri.

Dato' Ghazali terdiam sebelum mengaku akan kesalahannya, beliau mengangkat kedua-dua belah tangannya ke atas tanda menyerah sebelum melutut di hadapan gadis-gadis itu.

"Baiklah, aku benarkan kau tahan aku.."

Dengan ayat itu sahaja membuatkan keenam-enam gadis itu ketawa terbahak-bahak, tak sangka orang tua ini masih tidak tahu tujuan mereka sebenarnya datang ke sini? Sakitnya. Hati.

"Oh Dato', siapa kata kami kat sini nak tahan awak?"

Tangan dijatuhkan ke bawah semula, mata lelaki tua itu terbeliak dengan informasi yang baru sahaja didapatinya.

"Habistu? Kau semua ni nak buat apa?! Siapa--"

*BANG!*

"Nama kumpulan kami ialah Fidêle, dan kami dihantar untuk jatuhkan hukuman mati terhadap Dato' ..."

Mayat Dato' Ghazali kini terbaring, matanya masih terbuka memandang gadis-gadis yang baru sahaja membunuhnya itu. Gadis berambut merah itu melepaskan pistol yang berada di dalam genggamannya.

Tanpa melengahkan masa, mereka beredar dari bilik CEO Syarikat Stargazer. Bunyi siren polis tidak diendahkan apatah lagi pandangan terkejut dari pekerja-pekerja yang tidak bersalah di dalam syarikat itu.

Lagipun, buat apa mahu takut?

Mereka ialah Kumpulan Fidêle... salah satu kumpulan pembunuh khas untuk penjenayah yang patut disabitkan hukuman mati. Dalam erti kata panjang, mereka diberi kepercayaan dalam menghukum penjenayah besar di dalam negara.

Ya, ini adalah cerita tentang mereka...


Mereka yang dinamakan Fidêle...


... atau dimaksudkan dengan kesetiaan...




To be continued...

Fidêle +[OG]Where stories live. Discover now