Misi: Traitor #2

23 2 0
                                    

In the previous chapter..

"Kamu semua ingat tukang kebun kita kan?"

*Angguk*

"William- No, Acel telah pun culik dan bunuh seorang Mörder kita dari Kumpulan Stark. Cari dan macam biasa... bunuh dia. I don't care what you did but make sure... he suffer"

*Click*





"Mission: Traitor... I wish for your luck, girls"

_________________________________



*Hacking*

[Information received...]

Name: [Acel Carter]
Age: [24 years old]
Relationship status: [Engaged]
Job: [Unemployed]
Nation of origin: [United States]



"Apa yang kau jumpa, Black Owl?" Griselle memutarkan komputernya menghadap mereka berlima. Keadaan di dalam van itu menjadi senyap sunyi sehinggalah gadis berambut merah itu memutuskan untuk bertanya, "Apesal sikit sangat information yang kau dapat ni?" Nikki memandang tepat ke arah mata penolongnya.

"Tak perlu banyak maklumat pun kalau nak tangkap dia ni.." Jawab gadis berambut hitam itu dengan sebuah senyuman nipis.

Ysabelle seperti sudah mengingati sesuatu memetik jarinya, "Haa! Aku dah ingat! Acel Carter... dia bertunang dengan seorang artis perempuan terkenal, I think.. nama dia--" "Mia Zaffreen, or nama sebenarnya Nurul Amelia binti Mohd Nik Zaffreen" sampuk Griselle sambil tersenyum sinis.

Nikki terdiam kerana sedang memproses maklumat yang baru didapatinya, setelah 3 minit berlalu, dia mendapat apa yang dimaksudkan oleh mereka, "Amelia ni.. budak umur 18 tahun yang simpan senjata haram tu kan?" soalnya lalu mendapat anggukan dari Ysabelle dan Griselle.

"Oh.. aku boleh relate! Amelia ni penjenayah yang Kumpulan Stark dah bunuh baru-baru ni?" Soal Mariella sebelum dia berfikir semula, "Jadi... korang nak kata Acel ni tak puas hati sebab tunang dia mati? Pastu dia ambil kerja kat syarikat kita sebab nak balas dendam?" Nikki mengeluh sebelum dia berdiri dan masuk semula ke tempar duduk pemandu.

Gadis berambut merah itu menghidupkan enjin van mereka, lalu tanpa memusingkan badannya dia berkata, "Tak kesahlah apa motif dia pun, yang penting tugas kita sekarang apa? Find and eliminate him, right? So let's just go and get it over with." yang lain hanya mengangguk tanda setuju, tidak mahu membuat ketua mereka berasa tertekan.

"Baik Red Queen!" kata ahli kumpulannya pada waktu yang sama sebelum kembali ke tempat duduk mereka. "Location, Black Owl?" Soal Nikki. Griselle mengangguk sebelum menghantar lokasi ke dalam GPS van mereka.

"Let's kill a criminal, shall we?"

Time Skip...

Setelah 20 minit berlalu, Fidêle telah pun sampai di lokasi yang dicari, Luna Bar. Nikki meletakkan kenderaan mereka tidak berjauhan dari tempat hiburan itu. Fidêle memerhati orang-orang keluar dan masuk yang tidak henti.

"Femes jugak bar ni" Komen Mel lalu menerima anggukan dari ahli pasukannya yang lain. "Tak boleh jadi ni, Violet Rose. Kau bawak penyamaran kau tak?" Soal Nikki dengan nada serius, matanya memandang ke cermin hadapan van mereka yang memancarkan refleksi anak buahnya.

Kylyne hanya ketawa kecil sambil mengangkat sebuah beg kerja yang berwarna hitam, "Pernah ke aku tinggal harta aku ni?" sebuah ketawa sinis terlepas dari ketua kumpulan mereka, "Of course, kenapalah aku sibuk tanya?"

Tanpa melengahkan masa, Kylyne mula menukar pakaiannya.

Mel memandang ke arah Nikki, "Patut ke aku ikut sekali?" soalnya lalu mendapat sebuah gelengan dari ketuanya. "Tapi, tak ke baha--" "Proteger, kau ada apa-apa masalah ke dengan arahan aku?" gadis berambut hijau itu terdiam mendengar nada ugutan Nikki.

Fidêle yang lain hanya mengabaikan perbualan mereka, tiada siapa yang boleh melawan kata-kata Red Queen selain daripada Michael dan Griselle.

Tapi entah kenapa penolong kepada ketua mereka senyap sahaja sekarang ini. Ysabelle cuba untuk membaca ekspresi Griselle tetapi gagal kerana gadis itu sangat bijak dalam merahsiakan perasaan dan emosinya.

Sudah lama Ysabelle ingin mencari walau sedikit pun emosi yang menunjukkan vice captain mereka itu risau atau panik di dalam misi namun sentiasa gagal.

"Aku dah siap" Mereka semua memandang ke arah gadis berambut ungu itu. Kylyne sekarang memakai sebuah gaun hitam pendek bercorakkan bunga ros yang berwarna margenta seperti matanya.

Mariella mengangguk tanda setuju dengan cara pemakaiannya, "Aku rasa kau patut pakai flat shoes, jangan pakai tumit, susah nak lari nanti" Kylyne mengikuti arahannya tanpa melawan.

Setelah memastikan semua telah tersedia, Kylyne mengaktifkan alat komunikasi yang menyamar sebagai subang.

Gadis itu baru sahaja hendak keluar dari van itu sebelum tangannya ditarik secara mengejut, nasib dia tidak memakai kasut tumit tinggi, kalau tak... malu seumur hidup dia dengan ahli kumpulannya sendiri.

"Kenapa, Girasol?" Mariella meletakkan sebuah anti-pervert spray ke dalam tangan Kylyne dengan senyuman manis yang ada terselindung seribu makna, "Lelaki semua buaya" kata gadis berambut merah jambu itu.

Kylyne mengambil spray itu dan menyimpannya di dalam beg tangan ungunya, "Ingatkan apalah tadi" keluhnya.

Setelah menarik nafas panjang, gadis itu membuka pintu van dan memulakan misinya untuk menarik seorang penjenayah bebas keluar dari bar tersebut.

Keadaan di dalam van menjadi senyap sunyi, tiada siapa yang berani mengeluarkan sepatah perkataan pun.

Nikki bangkit dari tempat duduknya untuk kembali ke bahagian pemandu, "Black Owl, lepas misi, aku nak cakap sikit dengan kau" arahnya sambil menekankan perkataan yang penting.

Griselle tidak membalas apa-apa hanya mengangguk, pandangan matanya dialihkan keluar tingkap.

Tablet di dalam tangannya yang sudah disambungkan dengan alat komunikasi Kylyne ditukar ke dalam mod speaker supaya ahli kumpulannya boleh mendengar.

Mariella dan Mel memandang ke arah satu sama lain, kedua-duanya pelik dengan tingkah laku ketua mereka dengan penolongnya.

Manakala, Ysabelle cuba untuk membaca emosi Griselle, matanya membulat apabila dia berjaya buat pertama kalinya, 'Dia.. nervous..?' soalnya di dalam hati.

Kemudian, mindanya mengingati semula misi-misi yang telah mereka lakukan selama ini. Ada satu sahaja jawapan.






Maklumat.






'Griselle tak pernah bagi maklumat tak lengkap sebelum ni..'








To be continued..

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 10, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Fidêle +[OG]Where stories live. Discover now