Jimin mengemas barang-barangnya yang selerak dia atas meja sebelum dia pulang ke rumah. Waktu persekolahan sudah tamat, jadi dia tidak sabar mahu pulang ke rumah untuk menjamah masakan isterinya yang tercinta.Sedang asyik dia mengemas, tiba-tiba kakinya tersepak satu benda yang keras membuatkan dia mengaduh kesakitan. Lelaki itu duduk di atas kerusi kemudian berbongkok untuk mencapai kotak keras itu.
Hairan, sejak bila kotak ini wujud di bawah mejanya? Setahu dia, pagi tadi tak ada pula dia nampak kewujudan kotak ini.
Dia meletakkan kotak sederhana kecil di atas meja kemudian membuka penutup kotak itu. Jantungnya bagai mahu tercabut dari tempatnya tatkala melihat isi kandungan dalam kotak itu.
"Fak, apa benda ni sial?"
Ada jari hantu manusia seperti baru di potong. Masih segar kelihatan darah yang tersalut pada jari itu. Dan terdapat juga pisau lipat yang berlumuran darah bersertakan sekeping nota.
Salam cikgu,
Terimalah hadiah ini sempena hadiah perkahwinan cikgu dan Park SooNeul. Walaupun saya tak tak suka, tapi siapalah saya nak halang cinta antara cikgu dan buah hati saya. Tetapi, bila cikgu dah dapat dia tak bererti saya berhenti mengejarnya. Malah saya akan terus mengejar gadis kesayangan saya. Kalau saya tak dapat SooNeul, bererti juga lelaki lain tak akan dapat dia. Cuma pesanan saya, bersedialah bila hari dah tiba.
Sekian, pelajar cikgu.
Terkejut Jimin tatkala membaca nota yang disampaikan. Mengerikan. Siapalah yang tak ada kerja nak bermain dengan dirinya ini?
"Tak guna!"
Dia menjadi tak senang duduk. Apa yang berlaku sebenarnya ini? Siapa yang tak puas hati antara dia dan isterinya?
⚪
⚪
⚪
SuBa berjalan santai ingin menuju ke blok asrama perempuan. Dia baru lepas jumpa Cikgu Kylie atas sebab nak tanya soalan kimia yang dah lama dia musykil dengan skema jawapan.
![](https://img.wattpad.com/cover/216628515-288-k515228.jpg)
YOU ARE READING
Eyes For You | 지민¹
Fanfiction"What a perfect guy you are, hurm?" Aku mengusap kepalanya dengan senyuman nakal. Rambutnya yang terjuntai aku usik kemudian jari jemariku mengelus lembut dari dahinya, turun ke hidung, bibir, dagu dan halkumnya. "You look nervous. Am i make you fee...