"GUYSS!! KITA DAH HABIS EXAMM!!!!""YAHOOOOO!!"
Baldiest, Taehyung, NamJoon dan Hoseok bersorak girang. Hari ini merupakan hari terakhir tingkatan enam menjawab kertas terakhir peperiksaan SPK.
Kami semua sangat gembira. Kerana tak sangka, sudah sejauh ini kami dapat pergi. Penat belajar dan mengulang kaji, sangat tak sia-sia kerana kami boleh menjawab dengan baik.
Dan sekarang kami perlu tunggu 3 bulan untuk keputusan peperiksaan keluar. Aku tersenyum gembira melihat rakan-rakan semua bersorak gembira, melempar kertas nota seraya memeluk antara satu sama lain.
Selepas ini, kami akan berpisah mengikut haluan masing-masing. Sedih lah pulak. Banyaknya kenangan manis dan pahit di zaman sekolah menengah ni.
"Wehh SooNeul nangis!!! Alololo tahu lah lepas ni kau akan rindukan aku kan??" Seloroh SuBa seraya memaut bahuku.
Baldie'st yang lain turut datang merapati aku dan memeluk aku erat. Taehyung, NamJoon dan Hoseok hanya merenung kelakuan kami berenam.
"Alahh nantikan ada majlis prom night sekolah ni. Dia buat sekali dengan hari result keluar."
"Biarlah dia nak nangis. Tu tanda dia sayang kita!!"
"Yahh!! Kita tak boleh nangis sebab harini kena bergembira!"
"Suka hati dialah, air mata dia!!"
Aku hanya ketawa melihat kawan-kawan bergaduh. Memang tak sah kalau tak bergaduh seharian. Oh lupa mesti mereka simpan dah lama sebab nak periksa kan.
"Korang gaduh ni sebab dah lama ke pendam??"
"Ha ah. Aku dah lama geram gila dengan si SuBa dan YeeJin ni!" bidas Gen.
"Eh asal aku pulak?? Aku tak buat salah apa pun!" YeeJin membela diri. Dia memaut lengan Hoseok lalu melentok pada bahu bidang lelaki itu.
"Hah! nak mengadulah tu!" bidas Gen lagi.
Si YeeJin dia menyampah betul. Mentang-mentang lah Hoseok tu teman lelakinya, tak payah lah nak menggedik 24 jam! Pernah satu hari, Gen nak tidur tapi terganggu dengan perbualan manis antara YeeJin dan Hoseok dalam telefon.
Ugh geram betul!!
Macam dia sorang je ada teman lelaki.
"Alah, dengki cakap. Kan baby? Dr Jin ada kau tak nak pulak buat macam tu!" YeeJin menjelir lidah ke arah Gen.
"Kita orang sweet dekat private! Bukan macam kau tak tahu malu!"
HaNa dan HaeRa menggelengkan kepala. Penat sudah tengok dua ketul ni bergaduh. Mereka tak boleh nak kata apa, sebab mereka pun sama je seperti YeeJin.
HAHAHAHAHA untuk mengelak kena marah dengan Gen, baik mereka diam.
"Dah lah korang. Masing-masing bercinta lah sampai kiamat. Aku tak nak halang. Dah jom kita gi keluar makan." Aku meleraikan pergaduhan mereka.
"Untung kau Soonie, dapat husband macam Cikgu JiMin. Aku doakan semoga rumah tangga kau sentiasa bahagia.." ujar Taehyung setelah lama berdiam diri.
Dia menarik HaeRa dan merangkul pinggang gadis comel itu. NamJoon pun buat perkara yang sama pada HaNa. Aku tersenyum melihat kebahagiaan mereka.
"EH?? Aku sorang je lah ni single??? Dafaqqq.."
SuBa bersuara lantang. Tak sangka, tinggal dirinya sahaja yang tiada pasangan. Aku tersenyum sinis seraya membuka mulut.
Aku dah berniat nak kenakan dia.

YOU ARE READING
Eyes For You | 지민¹
Fanfic"What a perfect guy you are, hurm?" Aku mengusap kepalanya dengan senyuman nakal. Rambutnya yang terjuntai aku usik kemudian jari jemariku mengelus lembut dari dahinya, turun ke hidung, bibir, dagu dan halkumnya. "You look nervous. Am i make you fee...