E N D I N G

363 27 2
                                        


Aku menarik nafas dan hembus. Cuba untuk mengukir senyuman dan tenangkan diri walaupun hati tengah gementar hebat.

Hari ini merupakan hari dimana calon pelajar SPK 20__ mengambil keputusan peperiksaan. Kami semua akan mengambil slip keputusan peperiksaan di majlis perpisahan khas untuk pelajar tingkatan lima ini.

"Sayang? Kenapa tak masuk dewan lagi?" tegur Jimin setelah dia mengunci pintu keretanya. Kemudian dia merapati ke arahku.

"Saya takutlah.. Macam mana kalau result saya tak cantik? Cita-cita saya sebagai-"

Belum sempat aku mahu habiskan kata, dia memagut bibirku lembut. Tangannya merangkul pinggangku menarik tubuhku sehingga menempel pada tubuh sasanya.

Dia meleraikan ciuman kami seraya menaikkan daguku dengan ibu jarinya. Kini anak mata kami bertentangan.

"Sayang. Abang tahu, isteri abang ini seorang yang bijak pandai. Abang tahu, isteri abang akan berjaya dengan usaha yang sayang buktikan dekat semua. Tak apa sayang, abang yakin yang result sayang mesti gempak. Sayang dah lupa ke? Dulu kita study sama-sama setiap malam? Dan waktu sayang duduk asrama pun, sayang study dengan kawan-kawan kan?" ujar Jimin panjang lebar.

Aku tersenyum mendengar kata-katanya. Kedua tanganku naik merangkul lehernya untuk menarik ke dalam pelukan. Aku memeluknya erat.

"Thank you abang untuk segala-galanya.. I love you so much.." bisikku dengan nada terharu.

Jimin tersenyum lebar. Dia membalas pelukanku seraya mencium pipi kananku.

"I love you more than you thought honey.."

"Tahniah SooNeul!"

"Congrats!"

"SooNeul, im so happy for you.."

Aku tertunduk-tunduk mengucapkan terima kasih kepada orang-orang yang telah mengatakan tahniah kepadaku. Tanganku juga penuh dengan hadiah yang kawan-kawan bagi.

"Wehh SooNeul!! Sini lah!!"

Aku tersenyum lebar pabila melihat SuBa melambai ke arahku dari meja makan bulat. Semua ada di situ. Laju sahaja kaki ini melangkah ke arah mereka.

"Wahhh Best Student datang kat meja kita lah!!"

"Ye doee!! Aku ingat NamJoon yang jadi tokoh pelajar, sekali pompuan ni!"

"Aku bangga dengan kau Soonie!!"

Ketiga lelaki yang aku rapat mengucapkan tahniah dengan nada perli. Aku tak cakap banyak, aku baling salah satu bouquet bunga yang aku dapat ke arah Taehyung. Mulut jejaka ni memang lancang sikit.

"Heyy baik sikit mulut tu. Dia at least, tak munafik macam kau!!" HaNa membela diriku.

"Entah! Dasar tak bersyukur! Dia dapat tokoh kokurikulum, kira bernasib baik lah!" tambah Gen pula.

Taehyung menggaru kepalanya yang tak gatal. Kemudian dia rapatkan kerusinya ke HaeRa sehingga berlaga bahu. HaeRa hanya menjelingnya tajam.

"Hahaha padan muka kau Taehyung.. Girlfriend kau pun tak nak bela kau!" seloroh YeeJin seraya menyumbat kuih ke dalam mulutnya.

"Dah lah korang, janganlah gaduh-gaduh. Malu orang tengok." NamJoon meredakan suasana.

"Blekkk tak nak.." HaNa menganjingnya.

Eyes For You | 지민¹Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang