17

1.8K 69 20
                                    

Alex P. O. V

"Shane?" Shane berdiri di hadapan pintu rumah aku. Sebaik mendengar bunyi loceng, aku terus bangun ke pintu. Buka je pintu, muka Shane dah terjengul. Riak muka dia aku tak dapat baca.

"Masuklah!" Ajak aku, lalu membelakangi Shane. Ala, macam dia tak biasa. Ni dah macam rumah dia sendiri.

Shane melangkah masuk.

"Kau nak keluar dengan Tina ke?" Aku menyoal.

"Alex, aku nak cakap sesuatu" Serta merta aku berpaling menghadap ke arah Shane. Wajah Shane serius.

Pada masa yang sama, Christina melangkah keluar dari dalam bilik ke ruang tamu.

"Shane?" Turut sama terkejut melihat kehadiran Shane.

Shane tersenyum nipis, sekadar menyapa Christina.

"Alex, kita borak dekat bawah. Aku tunggu dekat court."  Usai berkata, Shane terus menapak keluar dari rumah aku. Aku yang terpinga-pinga memandang Christina.

Christina menjongket bahu, tanda tidak tahu.

"Saya ingatkan, dia datang nak ajak awak keluar." Ujar aku.

"Takde pula dia call atau chat ajak keluar. Tu saya pun terkejut dia datang." Balas Christina.

"Hmmm... Pelik. Tapi takpelah, saya turun jumpa Shane dulu tau. Hati-hati, kunci pintu lepas saya keluar." Aku mencapai kunci rumah, serta telefon bimbit aku yang terletak diatas meja kopi.

"Ada nak kirim apa-apa tak?" Soal aku, berdiri dihadapan Christina.

"Hmm.. Takde rasanya."

"Okay, hati-hati tau. Kunci pintu." Ucap aku seraya menggosok perlahan kepala Christina. Laju sahaja dia menepis. Aku tergelak.

Entah, sejak dua menjak ni aku suka gosok kepala Christina. Suka tengok wajah dia geram bila aku buat macam tu. Selalunya memang dia tepis cepat-cepat.

Sepanjang aku berjalan ke arah lif, hati aku berbisik sendiri. Tertanya-tanya kehadiran Shane kali ini. Memanglah dia selalu datang sini, tapi ni dah kira pelik.

'Kenapa nak kena borak dekat court?'

'Kenapa muka dia serius sangat. Tak pernah Shane serius macam ni.'

Berlegar-legar persoalan tu di dalam kepala aku.

Biasanya, apa-apa masalah dia selalu bincang dengan aku dekat rumah. Ni sampai nak kena turun bawah. Hmm..
Musykil.

Aku menghampiri Shane yang duduk dibangku batu, menghadap ke arah court basketball.

"Ada apa nak cakap sampai kena turun bawah? Macam kau tak biasa dengan rumah aku. Pelik betul kau ni." Ucap aku sebaik berdiri di sebelah Shane.

********
Christina P. O. V

Aku memandang dari tingkap rumah. Memandang Shane dengan Alex. Entah apa yang dibincangkan.

Pemandangan dari tingkap rumah ni memang menghadap ke arah court  basketball.

"Dah kenapa sampai nak kena borak dekat bawah." Aku bercakap sendiri. Masih memerhatikan mereka berdua.

Shane yang tadi duduk pada bangku batu, tiba-tiba bangun berhadapan dengan Alex.

'Ish, apasal aku berdebar pula ni.' Aku menyentuh dada yang tiba-tiba membuat lebih kerja.

********
Alex P. O. V

Shane tiba-tiba sahaja bangkit, berhadapan dengan aku. Aku telan liur.

Aura dia lain macam. Ada benda serius nak cakap ke?

"Kau... dengan Tina ada apa-apa ke?" Soal Shane.

Deg! Seperti ada sesuatu menusuk jantung aku. Menyebabkan dia membuat lebih kerja... Berdebar.

"Apa-apa? Apa?" Soal aku.

"Maksud aku, kau dengan Tina ada apa-apa hubungan ke? Relay?" Soal Shane terus terang. Takde kias-kias dah.

Aku tersentak.

"Hubungan apa? Aku dengan dia housemate je lah. Kau yang hantar dia duduk dengan aku. Lupa ke?" Soal aku. Cuba menutup debar yang semakin menggila.

"Ya aku tau, aku maksudkan relay lain. Yang aku tak tau. Yang korang sorokkan di belakang aku. Macam couple?" Soal Shane, masih serius.

Aku tergelak sendiri.

"Kau mengarut apa, Shane. Dia awek kau kot, bakal kakak ipar aku. Takkan aku nak relay dengan dia. Alahaii!" Aku masih tawa aku.

"Tapi, sejak dua menjak ni korang dah makin rapat. Siap main bola keranjang sama-sama. Siap berpeluk. Itu yang aku nampak, yang aku tak nampak. Entah apa jadi." Suara Shane meninggi sedikit. Aku terkedu. Hilang terus tawa aku.

"Woo..sabar. Kau ni kenapa Shane? Dengan adik sendiri kau nak insecure." Aku cuba menenangkan Shane.

"Aku... Aku tak tau. Aku rasa ada benda tak kena. Aku rasa Tina macam tak suka aku pun. Cuma aku je yang beria dengan dia." Luah Shane.

"Aku perasan, bila tiap kali dia pandang kau. Nampak kau, muka dia ceria je. Bila kau takde, dia macam trcari-cari kau. Sentiasa tak sabar nak jumpa kau."

"Tapi bila dengan aku, dia biasa-biasa je. Memanglah dia ikut je bila aku ajak date, ajak keluar. Tapi beza, aku boleh rasa mood dia tak happy. Tak 'sehapppy' bila kau ada."

Aku terkedu.

"Perasaan kau je kot. Aku tak nampak pula Tina happy bila jumpa aku. Yang aku nampak, dia happy bila lepas korang calling. Lepas korang keluar berdua. Aku rasa perasaan kau je kot."

"Pasal berpeluk haritu, kau jangan risau. Tu aku tak sengaja pun. Biasalah kitorang main basketball. Takde apa yang jadi selain dari tu. Kau takyah risau."

"Aku tak terdetik pun nak rampas awek abang aku sendiri. Biarpun aku ni tak straight, aku boleh fikir mana aku boleh ambik mana yang tak. Aku boleh sumpah, antara kami takde apa-apa. Cuma kawan, housemate, Dan dia tu bakal kakak ipar aku. Tu je." Ucap aku. Cuba untuk memberi penjelasan.

Shane diam. Lama...

Perlahan-lahan...Wajah serius nya mulai memudar. Dia tersenyum nipis.

" Aku... Aku minta maaf. Aku salah faham dekat korang. Aku rasa insecure terlebih. Sebab ni pertama kali aku sukakan seseorang sangat-sangat. Aku cintakan dia." Luah Shane.

Aku tersenyum.

Tapi...

Dalam masa yang sama hati aku pedih. Kenapa? Kenapa hati aku sakit?

" Takde hal lah, aku adik kau merangkap best buddy kau kan." Aku menepuk bahu Shane. Masih tersenyum.

" Ehem... " Shane berdehem sedikit.

" Memandangkan kau adik aku, merangkap best buddy aku. Aku nak kau jadi orang pertama tau pasal ni."

"Apa dia?"

"Aku bercadang nak..."

Mata aku membulat.

Hati aku...

Hati aku bagai di carik, ditikam...

Sakit! Sangat-sangat pedih...

Maafkan aku...

Aku luka kan kau sekali lagi.



Holaaaaaa! Hai readers kesayangan.. Sorry lama gila2 tak update. Disebbakn PKP, ada nya kelas On9.. Bila kelas on9.. Kerja menimbun dri biasa... Ayooo ok.. Sorry sngt2..

Never and Always (GxG) Where stories live. Discover now