0:03

634 113 0
                                    

"Ini apa, awak?" soalku pelik melihat balang kaca bersaiz tapak tanganku di atas meja yang dipenuhi dengan potongan ketas warna yang pelbagai dan seperti ada beberapa jenis coklat juga di dalamnya.

"Hadiah anniversary." katanya dengan senyuman lebar. Aku berfikir sejenak.

Anniversary? Setahu aku anniversary tahun ketiga kami minggu lepas. Dia dah bagi dah pun hadiah pada aku. Ini hadiah anniversary apa pula ini?

"This is The Jar of Happiness. Dalam ini ada kata - kata semangat, kata - kata sayang dan kata - kata yang boleh gembirakan awak selain coklat dan gula - gula. Kalau awak sedih awak bukalah, ambil satu. Kalau awak rindu saya, bukalah, ambil satu. Kalau awak bosan pun boleh ambil satu. Tapi kena ambil satu je, no cheating eh sayang." dia menjegilkan matanya padaku yang tersengih.

"Okay okay, saya akan ambil satu je. Saya nak ambil satu sekarang boleh?" dari tadi aku perhatikan kitkat dalam balang itu.

Hendery menggeleng melihatku sudah bersedia untuk membuka balang tersebut.

"Ambillah." katanya membuatkan aku lagi tersengih. Dengan aku dia mana boleh menang.

❛ Deskmate. ❜ + w.henderyWhere stories live. Discover now