Teaser 4

1.3K 20 0
                                    

"Tak boleh jalan lagi tu. Mari abang bawa pergi klinik." Huzair mendesak, mahu aku mengikutnya.

"Takpe bang, Azza ...." Bicaraku terhenti apabila aku ternampak Encik Tengku berpusing dan menonong datang ke arah kami.

Tak cakap apa-apa, dia tolak bahu Huzair agar ke tepi. Dia pula yang berdiri di sebelahku. Matanya memandang ke bahu kiriku. Melihat pandangannya, aku ikut memandang apa yang dia pandang.

Saat itulah, tangan Luqman yang memegang bahuku terus dilepaskan.

Kenapa?

Adakah dia marah Luqman dan Huzair membantuku?

Aku pandang Huzair. Senyumannya sangat pelik.

Kemudian, aku pandang Luqman pula. Riak wajahnya tenang saja.

"Pergi klinik." Tiba-tiba Encik Tengku bersuara. Tonasinya sangat dingin tapi seperti memberi arahan.

"Encik...." Bicaraku mati di situ apabila dia menunduk dan terus mencempungku tanpa amaran.

Terkejut dengan tindakannya dan takut terjatuh, tanganku automatik memaut lehernya. Mata juga automatik pandang Huzair dan Luqman. Air muka dua lelaki itu juga sama sepertiku. TERKEJUT!

"Encik....." Bicaraku mati lagi saat melihat wajah Encik Tengku yang beku.

Bayangkan, dia sedang mencempungku tapi muka dia macam sedang angkat sebatang kayu.

"Saya boleh jalan sendiri." Rendah suaraku memberitahu. Hati tidak yakin sebenarnya apatah lagi bila ternampak balutan di kaki yang sudah dipenuhi darah. Mungkin sebab aku menekan ketika berjalan tadi.

Encik Tengku buat-buat tak dengar kata-kataku. Terus melangkah. Muka dia dan cara dia berjalan tu, macam tubuh aku ni ringan sangat. Tak membebankan apa-apa pun. Gaya cool saja.

Aku pejam celik mata. Rasa macam bermimpi pun ya juga. Tapi, ini memang kenyataan. Sungguh aku tak percaya, lelaki yang dikatakan gila oleh pekerja resort tempat aku bekerja, yang sombong dan garang serta berlagak ini boleh cempung aku begini sebab kaki aku sakit. Macam ada rasa terharu masuk ke hati tapi tengok wajah dia yang beku gaya macam orang terpaksa tu, tak jadi aku nak terharu.

Yalah, aku anggap dia terpaksa. Tapi tak ada pun yang paksa dia susahkan diri sendiri untuk cempung. Dia pun ada cakap sebelum ni agar aku jangan susahkan hidup dia. Kenapa pula sekarang ni dia nak susahkan diri sendiri?

Senyap dan diam, langkahnya menghampiri kereta yang sudah sedia menunggu di depan sana. Dan Luqman sudah melangkah laju mendahului Encik Tengku untuk membukakan pintu kereta di bahagian penumpang.

Dia letakkan aku dulu sebelum melangkah berpusing ke sebelah kanan kereta dan ikut naik duduk di sebelahku. Luqman pula naik di bahagian depan sebelah pemandu. Kereta MPV warna hitam tapi aku tak tahu kereta apa.

"Cari klinik dulu." Nada arahan keluar dari bibir Encik Tengku.

KATAKAN SAJAWhere stories live. Discover now