Teaser 3

1.4K 22 0
                                    


"Encik.."

"Panggil abang jer. Abang Huz." Huzair memintas. Mata tepat memandangku. Nampak ikhlas permintaannya itu.

Aku angguk perlahan. Dalam hidup aku, tak pernah lagi aku panggil abang pada lelaki. Selalunya encik saja. Sebabnya, aku tak mahu ada keakraban yang terjalin. Sejarah hidup, buat aku sangat berhati-hati dengan lelaki.

"Abang...." Rasa terbelit lidah nak panggil seperti yang dia suruh, aku ringkaskan panggil abang saja.

Huzair pandang ke wajahku, menanti aku bersuara lanjut. Lembut wajahnya mengingatkan aku pada Cikgu Hesyam.

"Boleh saya baring sekejap tak? Kepala rasa pening pula." Aku buat permintaan sebagai alasan untuk tidak menjawab soalannya.

Dalam hati, aku hanya mahu sampai ke daratan dan aku akan bawa haluan sendiri.

Tak cakap banyak, Huzair angguk membenarkan. Dia tunjuk pada sofa di sebelah kiri.

"Takpelah, saya tidur kat kerusi ni pun okey. Takut kotor pula sofa tu." Aku menolak. Yang sebenarnya aku nak cakap, takut Encik Tengku marah pula. Tapi, ayat berlapik aku luahkan.

"Tidur sana, selesa sikit. Kalau Khalief marah, cakap abang yang suruh." Seolah faham apa yang berladung di hatiku, Huzair bersuara.

Tawaran Huzair aku tolak. Terus menyelesakan diri di kerusi kecil tempat aku duduk. Kepala aku lentokkan ke sisi dan tangan naik berpeluk tubuh. Mata aku pejam rapat. Tak mahu lihat apa-apa lagi.

Sebenarnya, aku tak tidur pun. Macam mana nak lelap kalau diri berada di dalam sebuah bot yang penghuninya semua lelaki kecuali aku.

Dan tiba-tiba aku dengar suara Encik Tengku dengan Huzair saling bertingkah.

"Kau dah tanya kenapa dia lari dalam keadaan begitu?" Suara Encik Tengku bertanya.

Senyap.

"Kalau dia buat jenayah dan lari. Kita sedang bawa seorang jenayah, kau tahu tak?" Masih suara Encik Tengku. Kali ini nada sedikit keras seperti marah.

Nafas aku tarik panjang.

Penjenayah?

Adakah apa yang aku buat itu melayakkan aku untuk digelar sebagai penjenayah?

Salahkah aku jika mahu menyelamatkan diri sendiri dari kerakusan nafsu lelaki?

Adakah aku hanya perlu diam dan bertahan saja, biar dirogol ayah sendiri? Tutup mulut dan hadap seperti yang emak lakukan?

"Emak..." Nama itu aku seru dan setitis air jernih keluar dari tepi kelopak mataku yang tertutup.

Tangan aku naik mengesat mata.

Saat yang sama, aku terdengar bunyi tapak kaki masuk ke ruang tempat aku sedang duduk. Kepala aku automatik terangkat dan mata terbuka.

Langkahnya terhenti. Terus pandanganku bersabung dengan pandangan Encik Tengku.

Hanya seketika, dia teruskan langkah dan buat-buat aku tak wujud di situ, masuk dan terus menuju ke arah kabinet yang terdapat di dalam ruangan tersebut.

"Saya bukan penjenayah, kalau itu yang Encik Tengku risaukan." Aku beranikan diri bersuara.

Pergerakan Encik Tengku terhenti. Beberapa detik berlalu, dia langsung tak memandangku. Pergerakan yang terhenti tadi kembali bersambung. Tangannya membuka pintu kabinet dan mencapai sesuatu di dalamnya.

Kemudian dia melangkah mendekatiku. Dengan pouch bag di tangan, berdiri tegak di depanku.

"IC ada?" Tegas dia menyoal, seperti pegawai polis yang sedang meminta dari individu yang dituduh bersalah.

Terkedu dan tak menyangka akan disoal begitu, aku geleng kepala perlahan. Baru teringat yang aku lari sehelai sepinggang, apa pun aku tak sempat capai.

"Kalau bukan penjenayah, tak ada pengenalan diri, boleh dianggap pendatang."

"Saya rakyat Malaysia." Tegasku pantas.

Tegak terus tubuhku melihat muka kering Encik Tengku yang menuduhku sebagai pendatang asing.

Dan dia masih tegak di depanku, tanpa suara. Hanya matanya yang tajam merenungku.

"Saya lari untuk selamatkan diri dan maruah. Tak sempat bawa apa-apa." Rendah suaraku menjelaskan hal sebenar.

Dada jadi ketat. Jemari aku genggam kemas menahan rasa.

KATAKAN SAJAWhere stories live. Discover now