Sehelai kertas yang mampu mengubah masa depan seseorang. Hanya tandatangan yang mewakili persetujuan diperlukan.
- Sign the heart with love not the paper with a pen -
Start :30 March 2020
End :17 october 2020
Hari ini peperiksaan tidak dijalankan. Jadi kelas tersebut kembali bising dengan gelak tawa,jeritan,bebelan dan bermacam-macam lagi.
"Wey ! Petang ni datang rumah aku tau. Shayling nak masak spiecial untuk korang".
"Nice ! Eomma aku pon takde kat rumah hari ni. Selamat perut aku tak payah kene tahan lapar". Jisung memegang perutnya.
"Ha ye nanti kami datang" Hyunjin meletakkan kepalanya di atas meja. Senyuman tidak muncul langsung di bibirnya.
Shayling yang perasan akan kelakuan Hyunjin mula mendekatinya. Di halau Jisung yang duduk di sebelah lelaki itu lalu duduk.
"Okay tak ni ? Kenapa macam badmood je ?"
Hyunjin memandang Shayling lama. Dia kemudiannya bangun lalu menarik kerusi dibelakangnya dan diletakkan di sebelah kerusi miliknya. Shayling hanya memerhati tingkah laku Hyunjin.
"Kau nak buat apa denga.." ayat Shayling tergantung apabila Hyunjin mula berbaring di pehanya.
"I nak tido. If you want to play with my hair,just do it" katanya lalu memejamkan mata.
Shayling membetulkan posisi duduknya lalu mengeluarkan telefon dari poket. Tangan kiri memegang telefon manakala tangan kanan bermain dengan rambut Hyunjin.
"Gedik sial Lee Felix ni !" Marah Seungmin. Mereka yang lain tergelak melihat adengan drama murahan antara Seungmin dan Felix.
📃
Petang di rumah Haemi,seperti yang dijanjikan mereka semua berkumpul. Shayling sudah mula bertugas di dapur.
"Geng,korang nak tau tak tadi kan dekat sekolah Hyunjin bukan main sweet sial dengan Shay. Siap baring baring dalam kelas lagi. Ingat sweet lah tu ?!" Cerita Felix sedikit iri hati. Maklumlah member acah single,kononnya takde patner.
"Baring ? Baring macam ni eh ?" Ujar Chris lalu berbaring di peha teman wanitanya. Bergegar rumah tersebut dengan jeritan mereka. Cringe katakan.
Hyunjin menggelengkan kepalanya lalu berjalan menuju ke dapur. "Baik aku masak dari layan perangai bengong korang ni".
"Eleh macam taktau dia nak dating berdua dekat dapur tu"
"Macam lah kau pandai masak"
"Tak habis habis nak buat aku jealous. Tau lah aku takde patner."
Hyunjin hanya mengabaikan kata-kata rakannya lalu memasuki dapur. Di sandarkan badannya ke dinding lalu di pandang Shayling yang sedang memotong sayur.
"Aku tau aku lawa Hyunjin tapi tak payah lah tenung aku lelama macam tu" Shayling masih memotong sayur tanpa memandang Hyunjin.
"Kau masak apa ni ?" Tanya Hyunjin lalu duduk di bar dapur. Di tongkahkan mukanya menggunakan kedua tangan. Ala macam Flower Pose tu.
"Ma Po Tofu, Kung Pao Chicken, Fried Shrimp with Cashew nuts, and Hot Pot" balas Shayling membasuh Sayur yang selesai dipotong lalu mengambil seekor ayam yang telah dipotong.
"Chinese food ? Banyak gila. Dah lah kau masak sorang. Haemi bengong tu bukan reti nak tolong pon." Hyunjin masih memerhati Shayling dari tempat duduknya.
Shayling tergelak mendengar ayat Hyunjin. "Korang ramai takkan nak masak sikit. Lagipon aku yang tak bagi dia tolong. Dia mana tau nak masak Chinese food ni. Nanti jadi lain pulak". Balasnya lalu memasukkan beberapa bahan ke dalam kuali.
"Let me help you. Takde lah kau penat masak sorang-sorang" kata Hyunjin membasuh tangannya.
Shayling memandang Hyunjin. "Tau ke masak Chinese dishes? " Soalan Shayling mendapat gelengan dari Hyunjin.
"Kau ajar lah". Hyunjin mendekati Shayling. Gadis itu tersenyum lalu mula memberi beberapa arahan memasak yang perlu dilakukan oleh lelaki itu.
Usai memasak mereka semua berkumpul di meja makan. Haruman masakan dapat dihidu dari jauh telah menaikkan selera mereka.
"Iyen nak tanya ni. Korang dua ingat sweet ke tho ?" Tanya Jeongin menunjukkan sebuah gambar di telefonnya.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Bila masa gambar itu diambil pon mereka tak perasan. Kedua-dua mereka mula saling berpandangan.
"Tau lah aku takde patner tapi tak payah lah nak sweet sangat. Sendu lah tho single ni" Felix membuat muka sedih namun menadapat pukulan tak berbayar dari orang disebelahnya.
"Tak sedar diri tu dah ada Jinhae. Aku bunuh kau apa takdapat". Changbin menjeling. Felix hanya tersengih seperti kerang busuk.
(Aku tau nama Jinhae tu macam familiar. Suka hati aku lah en story aku kahkahkah)
Hyunjin hanya tersenyum malu. Hidangan di hadapannya di pandang lalu matanya di alihkan memandang Shayling di sebelahnya.
"Lepas ni boleh lah kau masakkan untuk aku selalu kan ?" Guraunya. "Anytime. Cakap je nak makan apa nanti aku masak okey?" Balas Shayling memandang Hyunjin kembali.
"Serius lah ? Aku gurau je lah" tanya Hyunjin menginginkan kepastian. Shayling mengangguk.
Mereka tersenyum melihat hubungan Shayling dan Hyunjin. Tak nampak langsung macam couple atas contract. Ibarat couple real yang saling menyayangi.
"Korang memang nak tengok je ke makanan ni? Makan lah". Kata Shayling memegang chopstick miliknya.
Mereka menyengih lalu mula menguyah. Mata dibulatkan. Dipandang satu sama lain.
"Sedap tho"
Ujar mereka serentak. Shayling tersenyum gembira. Hyunjin yang melihat senyuman gadis itu turut tersenyum. Hatinya berdegup sedikit laju. Memang akan jadi begitu setiap kali dia melihat senyuman manis gadis disebelahnya.
'jangan cakap aku dah jatuh cinta dengan Shay.'
Bisik hati kecil Hyunjin. Dipandang kembali Shayling yang masih tersenyum. Sekali lagi jantungnya berdegup laju. Tanpa disedari senyuman manis mula terukir di bibirnya.
Chris yang perasan akan senyuman itu mula menyiku Minho disebelah. "Apa?" Tanya Minho.
"After 5 years,baru hari ni senyuman tu muncul balik" bisik Chris perlahan sambil memandang Hyunjin. Minho yang hairan turut memandang Hyunjin.
"Eh ye tho. Dah lama dia tak senyum macam tu. Aku yang happy tengok dia senyum." Minho turut tersenyum memandang rakannya.
Selesai sahaja mereka,mereka kembali berkumpul di ruang. Beberapa aktiviti dilakukan. Ada yang menang,kalah. Ada juga yang menjerit tidak ingin di denda akibat kekalahan yang terjadi.