BAB 3

84 5 0
                                    

Keesokan harinya

           Aku turun ke bawah untuk sarapan apabila aku tiba di meja makan aku lihat mama, papa dan abang Izwan sudah berada di meja makan.Mereka mengucapkan selamat pagi kepadaku dan aku membalasnya mama menyuruh aku duduk untuk sarapan bersama.

         pada pagi itu abang Izwan yang menghantarku untuk ke sekolah , aku tiba di sekolah pada jam 7:15 pagi.Turun sahaja daripada kereta aku bergegas ke tapak perhimpunan  hampir sahaja aku jatuh tersembam kerana tersepak batu. Abang Izwan yang melihat kekalutanku itu hanya menggeleng kepala sambil menahan ketawa.

             Setibanya di tapak perhimpunan aku mencari barisan kelasku seterusnya mencari sarah,tidak lama selepas itu kami semua dibenarkan pulang ke kelas masing-masing.Aku dan  sarah beriringan menuju ke kelas, apabila kami masuk sahaja ke kelas kami mendapat khabar yang amat gembira iaitu guru tidak akan masuk sehingga tamatnya waktu rehat.Cikgu tak masuk sampai waktu rehat woi siapa yang tak suka memang tak ada perasaaan lah jawabnya.

         Aku dan Sarah mengambil keputusan untuk berbal kosong memandangkan kami sedang kebosanan,aku mengambil peluang ini untuk bertanya kepada Sarah tentang Zahran memandangkan kami tidak sempat berbual panjang di dalam wassap semalam lagipun masih banyak soalan yang aku nak tanya si Sarah ni.


Wei Sarah aku nak tanya ni kau ada bagi tahu aku semalam kenapa Zahran digelar ustaz tapi kau tak bagi tahu habis kau cakap nak sambung harini sambunglah aku nak tahu ni

"oh pasal tu hmm macam ni  antara sebab lain Zahran digelar ustaz ialah ada orang cakap dia tu pandai tentang perubatan islam ada juga orang cakap yang suara dia merdu kalau dia mengaji tapi tak ramai yang dapat dengar suara dia sebab dia mengaji waktu tak ada orang je yang tahu suara dia merdu tu pun sebab terdengar dia mengaji. Dia juga pandai bab-bab agama ni lagipun ayah dia ustaz kat sekolah ni ustaz umar ayah dia lah.Ada orang cakap  kalau terdengar dia mengaji orang tu beruntung sebab tak ramai yang dapat dengar.

Terang Sarah panjang lagi lebar

Aku terpegun mendengar penjelasan Sarah  jadi Zahran bukanlah calang-calang pelajar, aku yang mendengar cerita sarah tentang Zahran terpegun tiba-tiba aku terasa ingin lebih mengenali Zahran.


tidak lama selepas itu waktu rehat pun tiba aku menuju ke kantin seorang diri kerana dalam perjalanan tadi Sarah berkata ingin ke tandas dan meminta aku untuk ke kantin terlebih dahulu, aku hanya menurut. Sesampainya aku di kantin aku mengambil keputusan untuk membeli makanan sementara menunggu Sarah.


Dalam perjalanan untuk mencari tempat duduk bahuku telah dirempuh oleh seseorang akibatnya makanan yang aku beli telah tumpah dan mengenai bajuku.Apabila aku pandang ke atas atau lebih tepat ke arah orang yang telah melanggar aku , orang yang melanggarku  tadi sedang tersenyum sinis ke arah aku dia menengkingku

"woi tak nampak jalan ke hah mata kau letak mana?" katanya

"saya minta maaf saya tak perasan" kataku kepadanya

"tak nampak kepala hotak kau aku punyalah tinggi  dan besar kau boleh tak nampak mata kau letak kat mana hah kat kepala lutut ke?" katanya lagi

"saya minta maaf "ulangku lagi dalam hati aku berkata "sedar pula diri dia tu tinggi dan besar tak boleh tepi sikit ke?"

dia mengarahkan aku untuk memberi tunduk hormat kepadanya dan aku tidak menghiraukanya lalu aku beredar

oh ya lupa nak bagi tahu yang langgar aku tadi tu maya dengan kawan dia mira sekelas dengan aku dia memang suka kacau aku sejak aku mula-mula menjejakkan kaki ke sekolah ni lagi.

Ketua Kelas Hafiz Al-Quran Itu Milik AkuWhere stories live. Discover now