Eunha menarik nafasnya dalam sambil memandang sekolah yang bakal dia belajar dan menjadi salah seorang pelajar di dalam sekolah yang dipanggil sebagai SOPA atau nama penuhnya Singing Of Performing Academic High School.
Eunha melangkah masuk ke dalam kawasan sekolah tersebut dengan yakinnya.
Namun belum dia tiba lebih dalam ke kawasan sekolah, kedengaran suasana sekolah tiba-tiba menjadi meriah. Kakinya berhenti melangkah dan turut memandang dari jauh apa yang dibisingkan oleh pelajar-pelajar lain disitu.
"BTS! BTS! BTS!" laungan dari pelajar-pelajar bergema di kawasan sekolah itu.
"BTS? Siapa pula BTS nii?" soal Eunha pelik. Dia dapat melihat beberapa pelajar lelaki berada di tengah-tengah dalam bulatan yang dibuat oleh pelajar-pelajar itu.
Sejak bila pelajar-pelajar lelaki yang bergelar BTS itu berada disitu dia pun tidak tahu.
"Kan bagus kalau salah seorang dari mereka tu jadi kekasih aku."
Eunha memandang kanannya apabila mendengar kata pelajar perempuan yang berada di sebelahnya itu.
"Ha'ah aku sokong. Kalau lah Jungkook oppa tu pilih aku, sanggup aku buat apa je untuk dia." kata kawan pelajar perempuan itu pula yang berada di sebelahnya lagi.
Tersentak Eunha apabila mendengar nama Jungkook disebut. Matanya kembali memandang sekumpulan pelajar-pelajar lelaki, BTS yang masih dikeremuni oleh pelajar-pelajar lain itu.
'Jungkook aku ke?' soal Eunha dalam hatinya sambil matanya tidak lepas memandang BTS itu, mencari seseorang.
"Banyak sangat pelajar perempuan minat kat dia kan."
"Ha'ah. Tapi sayang dia dah ada yeojachingu."
Berdiri bulu roma Eunha mendengar perbualan dua orang rakan itu. Namun dia dengarkan sahaja perbualan itu walaupun tidak melihat ke arah mereka.
"Jadi takkan kau nak mengalah? Tak semestinya hubungan dia dengan yeojachingu dia tu akan kekal lama."
'Ish, menghasut buat jahat ke apa diorang nii?' gumam Eunha dalam hatinya.
"Entahlah."
"Takpe, aku akan tolong kau dapatkan Jungkook dan aku juga akan dapatkan Taehyung tu."
Eunha memutarkan biji matanya ke atas. Menyampah mendengar kata mereka itu.
'Jungkook? Jungkook mana satu nii? Banyak ke nama Jungkook kat sekolah nii?' Eunha berkata-kata dalam hatinya.
KRINGG!!!
Eunha melepaskan keluhan mendengar bunyi lonceng berbunyi menandakan waktu pertama pembelajaran bakal bermula.
Baru sahaja Eunha ingin melangkah pergi, baru dia nampak orang yang dicarinya tadi. Langkahnya serta merta terhenti tapi matanya mengikut langkah lelaki itu bersama kawan-kawannya yang lain.
Eunha turut tersenyum memandang lelaki itu tersenyum.
Setelah itu dia terus berjalan menuju ke arah pejabat pengetua seperti yang dikatakan oleh namjachingunya semasa mereka bertelefon semalam.
Opss, terbagitahu dah rahsia Eunha. Mian.
Disebabkan dah bagitahu jadi ini rahsia kita-kita je ok.
YOU ARE READING
[hiatus] Our Secret Relationship
FanfictionMempunyai kekasih yang popular sangat sukar untuk dilalui walaupun rasa beruntung sebab mempunyai kekasih yang popular. Tapi disebabkan kepopularan yang dimiliki oleh Jungkook menyebabkan Eunha meminta untuk merahsiakan hubungan mereka dari pelajar...