OSR - 2

89 9 1
                                    

Semua pelajar berpusu-pusu keluar dari kelas setelah guru yang mengajar keluar dari kelas mereka.


Sempat lagi Eunha melirik ke tempat duduk Jungkook. Dan dia melepaskan keluhan lega setelah melihat kelibat Jungkook tiada di sana. Dia tahu dia akan dihujani soalan yang banyak dari Jungkook selepas ini.


"Eunha-ya, kau pulang dengan siapa? Ada keluarga kau yang akan ambil kau ke?" soal Yuju menyebabkan Eunha kembali ke alam realiti.


Eunha pantas memandang Yuju disebelahnya yang kini telah berdiri. Buku yang berada di tangan Eunha kembali pantas dimasukan ke dalam beg sekolahnya.


"Ah? Ah, tak. Aku balik sendiri. Tidak apa aku boleh juga balik sendiri jadi jangan risau lah pasal aku." kata Eunha tanpa memandang Yuju tapi sibuk menyelesaikan kerjanya menyusun barang-barang sekolahnya.


"Ouh, kalau macam tu aku balik dulu lah ye. Jumpa lagi esok." kata Yuju sambil tersenyum. Eunha membalas senyuman itu setelah mengangguk. Akhirnya Eunha hanya mampu melihat kepergian Yuju keluar dari kelas itu.


"Sekarang aku kena balik dan sediakan jawapan yang banyak." kata Eunha seraya berdiri dan mengangkat beg sekolahnya. Dalam perjalanan ke luar sekolah, mindanya sibuk memikirkan Jungkook.


"Ahhk." Eunha teriak kecil saat dirinya ditarik dari kanan secara tiba-tiba. Tangan kanannya dengan pantas naik memukul tepi kepala orang yang menariknya secara tiba-tiba itu.


"Yak, ini aku Jungkook." kata Jungkook orang yang menarik Eunha secara tiba-tiba itu sambil memegang tepi kepalanya yang sakit itu akibat pukulan Eunha yang berbisa itu.


"Omo. Mian Jungkook-ah. Awak pun satu, terus tarik lengan saya kenapa? Awak tidak tahu nama saya ke apa? Sampai mau tarik-tarik bagai. Bukannya saya pekak pun kalau awak panggil." bebel Eunha sambil memegang bahu Jungkook yang tertunduk menahan sakit ditepi kepalanya itu.


"Yak, Jungkook sudah lah tu. Sakit sangat ke?" kata Eunha geram sambil menyilangkan tangannya di dada dan memandang Jungkook.


Jungkook tiba-tiba berdiri lurus semula dan dengan pantas melastik tepat di dahi bersih Eunha itu.


"Aduh." kali ini Eunha pula yang mengaduh kesakitan sambil memegang dahinya dengan menggunakan kedua belah tangannya.


"Kenapa awak lastik saya?" soal Eunha sambil mendongak memandang Jungkook yang sekarang sedang menyilangkan tangannya di dada. Menggantikan perbuatan Eunha tadi itu.


"Sebab kau tidak mahu rehat dengan aku tadi." jawab Jungkook selamba.


"Itu bukan salah saya tapi salah awak." kata Eunha kini meletakkan kedua belah tangannya di sisi.


"Salah ku? Aku lama tunggu kau, senang je kau tolak perlawaan aku yang nak ajak kau rehat ni." kata Jungkook.


"Siapa suruh jadi popular kat sini?" kata Eunha sedikit perlahan tapi masih dapat didengari oleh mereka berdua. Tangannya disilangkan didada.


"Ouh, kau cemburu ye aku popular kat sini? Atau kau cemburu sebab aku banyak peminat perempuan?" kata Jungkook kini membongkokkan sedikit badannya supaya ketinggihannya dengan Eunha sama. Mukanya jelas terpancar ingin menyakat Eunha.


"Awak rasa macam mana?" soal Eunha memandang wajah Jungkook itu dengan pandangan menyampah.


"Hmm, nak rasa apa ya?" soal Jungkook main-main mahu menyakat yeojachingunya itu.


"Baiklah, esok saya akan mula rapat dengan pelajar lelaki kat dalam kelas itu. Ingat awak je ke ada peminat?" kata Eunha sakarstik lalu berjalan meninggalkan Jungkook yang terdiam itu.


[hiatus] Our Secret RelationshipWhere stories live. Discover now