Chapter 3

62 3 0
                                    

Chan pov

Aku bangun dengan kesakitan di kepala aku

Aku dapati aku berada di dalam bilik yang gelap di kelilingi bau mayat dan daging daging mayat yang tergantung

"A.. Aku Kat Ma... Mana ni" Bisik pada diri aku sendiri

Kemudian pintu dibuka dan mucul seorang lelaki bertopeng

Dia datang ke arah aku perlahan lahan dan melutut supaya sama paras dengan aku

Dia menyentuh dagu Ku sambil berkata

"Lena tido? Macam mana dengan tempat ni? Selesa? " Kata lelaki tersebut

Aku tidak berkata apa apa kerana aku takut aku akan di apa apakan

Aku dapat rasa dia tersenyum sinis di dalam topengnya

Lalu dia bangun dan keluar dari bilik ini, kemudian dia mengarahkan seorang lelaki berbaju hitam untuk membawaku ke suatu tempat

"Lepaskan aku!! " Jerit Chan

Tapi tiada guna walaupun aku meronta-ronta

Aku di bawa ke sebuah bilik yang ada 4 lagi gadis yang sedang menangis

Seorang berpakaian seperti tomboy dan rambut karat,

seorang berpakaian seperti pembantu rumah,

seorang berpakaian seperti pelacur,

seorang lagi berpakaian seperti pelajar sekolah

Dan aku berpakaian seperti budak kolej, .......memang pon.........

Selepas itu kami mendengar orang bercakap melalui speaker

"Hi gadis gadis jelita sekalian, nak main satu permainan? " Kata lelaki bertopeng

Aku tahu tu lelaki bertopeng sebab aku kenal suara tu, baru tadi dia cakap dengan aku

"Tak nak, aku nak kau lepaskan kitorang! " Kata gadis tomboy

"Aaauuu, kalau korang nak bebas korang kenalah main game ni dulu" Kata lelaki bertopeng itu lagi

"Nama game ini ialah Werewolf game, biar aku terangkan permainannya"

Seperti yang kamu semua lihat kamu semua ada 5 orang, jadi di dalam kandang ada 5 ekor biri biri tetapi salah seekor biri biri tersebut ialah serigala

Jadi kamu kena teka atau berjaga jaga dengan satu sama lain, ada yang kamu boleh percaya dan tidak, setiap seekor biri biri akan diberikan pisau 🔪 tapi itu tak bermakna kamu akan bunuh biri biri yang lain sesuka hati. Kamu perlu kenal pasti siapakah serigala yang sebenar dan bunuh serigala tersebut dengan pisau yang ada pada kamu. Jika kamu salah bunuh kamu perlu cari lagi sehingga dapat

Jika sehingga satu lawan satu kamu perlu berlawan dengan satu sama lain tanpa mengunakan senjata tetapi jika kamu bijak kamu boleh gunakannya

Kamu diberi 10 minit awal untuk mengenal pasti kawasan ini, selepas 10 minit game ini akan bermula dan serigala akan memulakan pemburuan

Kamu jugak perlu mencari klu klu yang ada di dalam tempat ini untuk mencari serigala yang sebenar

" Semoga berjaya biri biri sekalian"kata lelaki bertopeng dengan ketawa yang agak menyeramkan

"Wey serius lah kita kena bunuh satu sama lain"kata tomboy

" Ye....... Betul "kata pembantu rumah

" Akk akk, saya takut "kata budak sekolah

Aku mendekatinya lalu memeluk tubuh pelajar itu

SERIAL KILLERWhere stories live. Discover now